CLOSE
CLOSE AD

Karan Johar Dan Zoya Akhtar Bakal Anjur Konsert Amal "I For India"?

  • 29 Apr 2020
Karan-Johar-Dan-Zoya-Akhtar-Bakal-Anjur-Konsert-Amal-I-For-India

Dua pembikin filem Bollywood terkenal Karan Johar dan Zoya Akhtar dilaporkan akan bekerjasama bagi menganjurkan sebuah konsert amal "I For India" untuk mengumpul dana bagi Pertubuhan Give India.

Cadangan untuk menganjurkan konsert dalam talian itu dibincangkan beberapa hari selepas tayangan konsert One World: Together At Home yang dianjurkan penyanyi Pop Hollywood Lady Gaga.

"Karan dan Zoya telah menyelaraskan projek ini bersama aktor-aktor terkenal Bollywood selama beberapa minggu dan berjaya mendapatkan persetujuan hampir kesemua mereka.

"Para aktor akan diminta untuk berkongsikan persembahan masing-masing tidak lebih dari empat minit," dedah sumber terdekat menerusi laporan Mumbai Mirror.

Tambah sumber itu lagi, konsert berkenaan akan diadakan selama dua jam menerusi laman Facebook yang meliputi persembahan nyanyian, tarian, ucapan dan beberapa persembahan lain.

Antara selebriti yang terlibat dengan konsert itu termasuklah Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Akshay Kumar, Hrithik Roshan, Aamir Khan, Kareena Kapoor Khan, Ranveer Singh, Varun Dhawan, Alia Bhatt, Arjun Kapoor, Sidharth Malhotra, Katrina Kaif, Priyanka Chopra dan Anushka Sharma.

Selebriti-selebriti yang terlibat akan melakukan persembahan di kediaman masing-masing memandangkan Perintah Berkurung di India masih dilaksanakan untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, buat masa ini Karan dan Zoya masih belum mengesahkan butiran berkenaan.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: HuffPost India & Magzter)