CLOSE
CLOSE AD

10 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Anushka Sharma

  • 04 May 2020
10-Fakta-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Anushka-Sharma

Anushka Sharma merupakan salah seorang aktres Bollywood yang paling terkenal dan mendapat bayaran tinggi. Kejayaannya dibuktikan lagi dengan anugerah-anugerah berprestij yang dimenanginya termasuk Anugerah Filmfare. Anushka juga pernah ditampilkan dalam senarai 100 Selebriti Forbes India dan senarai 30 Under 30 Forbes Asia pada 2018.

Mula menceburi industri perfileman Bollywood pada 2008 menerusi filem debutnya "Rab Ne Bana Di Jodi", Anushka kini mempunyai 20 buah filem dalam tangan seperti "Sanju" (2018), "Zero" (2018) dan "Angrezi Medium" (2020). Selain berlakon, Anushka juga merupakan seorang penerbit di bawah syarikat produksi miliknya Clean Slate Films yang kini mempunyai tiga buah filem. Malah aktres ini turut mencipta nama sebagai usahawan dan model berjaya!

Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya bulan ini, kali ini min menyenaraikan fakta-fakta menarik tentang Anushka Sharma!

Lahir dalam keluarga tentera

Dilahirkan pada 1 Mei 1988 di Uttar Pradesh, India, Anushka mempunyai sebuah keluarga berlatarbelakangkan tentera. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang pernah terlibat dengan Perang Kargil 1999 iaitu Kolonel Ajay Kumar Sharma, sementara abang sulungnya Karnesh Sharma pula seorang anggota Tentera Laut. Anushka memberitahu membesar dalam keluarga tentera telah mengajarnya untuk mudah menyesuaikan diri, berfikiran terbuka dan berkeyakinan tinggi walaupun berada dalam bidang perfileman.

Bermula sebagai seorang model

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa Anushka memulakan kariernya sebagai model selepas pereka fesyen terkenal Wendell Rodricks terjumpanya di sebuah kedai denim di Bangalore. Rodricks kemudiannya menawarkan Anushka beberapa tugasan dan akhirnya Anushka berjaya mencipta nama sebagai model pada 2007. Dia sering terpilih untuk menjadi duta kempen sebelum menapak dalam dunia Bollywood. Malah ketika berehat dunia pemodelan, Anushka tak mahu menjadi aktres kerana ingin menjadi model berjaya.

Pencinta haiwan dan alam sekitar

Sudahlah cantik, penyayang pula! Anushka mempunyai sifat pencinta haiwan dan alam sekitar dalam dirinya. Di sebalik karier sebagai pelakon, Anushka juga banyak melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan alam sekitar dan haiwan. Malah dia turut bercadang untuk menubuhkan sebuah pusat perlindungan haiwan di sebuah perkampungan di Shahapur. Menerusi media sosial, Anushka sering memberi kesedaran kepada orang supaya tidak mengabaikan kebajikan haiwan. Pada 2017, Anushka telah melibatkan diri dengan projek membersihkan pantai Versova, Mumbai. Dia turut dinobatkan sebagai duta Clean India Mission.

Seorang yang pemalu dan kurang berkeyakinan

Biarpun bergelar model dan aktres ternama, namun Anushka mengakui dia sebenarnya mempunyai sifat pemalu dan kurang berkeyakinan suatu masa dahulu. Menurut Anuskha, dia berharap untuk menjadi wanita berkeyakinan tinggi seperti watak-watak yang dijayakan dalam filem-filem lakonannya. Walau apapun, Anushka melihat kejayaannya sekarang, ternyata Anushka telah mencabar dirinya untuk keluar dari zon selesa!

Pentingkan pelajaran

Berjaya dalam karier tidak semestinya Anushka mengabaikan pelajarannya. Selain pernah menjadi pelajar cemerlang sewaktu zaman persekolahan, Anushka juga merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang seni. Terkini, Anushka sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang ekonomi bagi ijazah sarjana pula.

Peminat tegar Shah Rukh Khan

Siapa sahaja yang tak pernah terpegun dengan bakat King of Bollywood Shah Rukh Khan? Anushka mengakui dia sangat meminati Shah Rukh Khan. Bagaikan durian runtuh, Anushka akhirnya berpeluang untuk digandingkan dengan idolanya itu menerusi filem arahan Aditya Chopra "Rab Ne Bana Di Jodi" (2008). Buat pengetahuan lanjut, ia juga merupakan filem debut Anushka yang melayakkannya menerima anugerah Aktres Debut Terbaik Anugerah Persatuan Penerbit Filem dan Televisyen Apsara, serta tercalon dalam kategori Aktres Terbaik Anugerah Filmfare. Selain itu, Anushka juga sekali lagi berkongsi skrin dengan Shah Rukh Khan menerusi filem "Zero".

Tak suka merancang

Kebiasaannya seseorang lebih gemar untuk merancang sebelum melakukan sesuatu. Lain pula bagi Anushka yang memberitahu dia lebih memilih untuk 'go with the flow'. Katanya, setiap kali dia merancang untuk membuat sesuatu, ianya tak akan terjadi, tetapi Tuhan memberinya sesuatu lebih baik dari apa yang dirancang. Jadi, Anushka menganggap itu adalah petanda supaya dia tak merancang.

Bergelar penerbit paling muda

Selepas berjaya dalam bidang lakonan, Anushka mula menunjuk minat dalam bidang penerbitan pula maka tertubuhlah Clean Slate Films iaitu syarikat produksi yang dibangunkan oleh Anushka bersama abangnya Karnesh pada 2014. Pada ketika itu, Anushka baru berusia 25 tahun, sekaligus memberikannya gelaran penerbit paling muda! Filem pertama terbitannya adalah "NH10" (2015), diikuti dengan "Phillauri" (2017) dan "Pari" (2018). Dalam perkembangan baru, Anushka akan beralih ke portal penstriman video pula dengan beberapa projek baru seperti "Bulbul" dan "Kaneda".

Mempunyai jenama pakaian tersendiri

Karier Anushka dikembangkan lagi dalam dunia perniagaan apabila dia menubuhkan jemama pakaian NUSH yang menghasilkan pakaian-pakaian wanita bergaya. Ujar Anushka, idea untuk menubuhkan NUSH timbul selepas dia menyedari fesyen banyak mempengaruhi golongan belia di India selama bertahun-tahun dan dia ingin menghasilkan pakaian yang menepati cita rasa mereka. Koleksi pakaian NUSH boleh didapati menerusi laman sesawang rasminya.

Berkahwin dengan ketua pasukan kriket India

Sebelum menamatkan zaman bujangnya, Anushka pernah bercinta dengan enam lelaki termasuk aktor terkenal Ranveer Singh, Ranbir Kapoor, Arjun Kapoor dan Shahid Kapoor. Anushka akhirnya ditakdirkan untuk berkahwin dengan ketua pasukan kriket India, Virat Kohli, dalam sebuah majlis meriah pada 2017. Pada awalnya, pasangan ini merahsiakan hubungan mereka sebelum Shah Rukh Khan mendedahkannya dalam sebuah acara. Seperti yang dilihat di Instagram, pasangan ini tidak malu untuk menunjukkan kebahagiaan rumah tangga mereka yang kini hampir tiga tahun.



Suggested Articles

Filem-filem-Bollywood-paling-Hot-Lakonan-Sunny-Leone Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Filem-filem Bollywood paling 'Hot' Lakonan Sunny Leone

Sunny Leone terkenal dengan filem-filem bergenre dewasa yang dibintanginya.

Kartik-Aaryan-Atau-Ranveer-Singh-Yang-Akan-Terajui-Remake-Ala-Vaikunthapurramuloo Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kartik Aaryan Atau Ranveer Singh Yang Akan Terajui 'Remake' "Ala Vaikunthapurramuloo"?

Pembikin filem ini masih belum membuat keputusan mereka.

Karan-Johar-Ingin-Jemput-Vicky-Kaushal-Dan-Katrina-Kaif-Dalam-Koffee-With-Karan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Karan Johar Ingin Jemput Vicky Kaushal Dan Katrina Kaif Dalam Koffee With Karan

Mereka akan tampil dalam musim baru program bual bicara tersebut.

Kiara-Advani-Kembali-Kongsi-Skrin-Dengan-Mahesh-Babu-Dalam-Sarkaru-Vaari-Paata Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kiara Advani Kembali Kongsi Skrin Dengan Mahesh Babu Dalam "Sarkaru Vaari Paata"

Pembikin filem merasakan Kiara aktres paling sesuai untuk filem itu.

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.