CLOSE
CLOSE AD

Karan Johar Nafi Bayaran Pengarah Dan Pelakon "Brahmastra" Ditolak

  • 05 May 2020
Karan-Johar-Nafi-Bayaran-Pengarah-Dan-Pelakon-Brahmastra-Ditolak

Pembikin filem Bollywood tersohor Karan Johar tampil menafikan bahawa spekulasi mengenai bayaran pengarah dan para pelakon filem fantasi adiwira "Brahmastra" telah ditolak.

Sehubungan dengan itu, Karan atau lebih mesra disapa KJo, turut meminta agar semua pihak menjalankan tanggungjawab untuk tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita palsu mengenai isu tersebut.

"Permintaan besar kepada rakan-rakan media saya supaya tidak menimbulkan sebarang andaian mengenai filem-filem kami.

"Ini merupakan waktu yang menguji bagi perniagaan tersebut, dan berita-berita palsu hanya akan membuatkan situasi bertambah buruk!

"Tolong nantikan pengumuman rasmi di mana-mana akaun media sosial saya! Dengan rendah hati saya tampilkan permintaan ini," tulisnya di laman Twitter.

Sebelum ini terdapat media yang melaporkan pengarah Ayan Mukerji serta pelakon Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor bersetuju untuk menerima penolakan bayaran bagi memastikan projek filem itu diteruskan.

Buat masa ini, jadual terakhir sesi penggambaran filem dinanti-nanti ramai itu tergendala akibat pandemik COVID-19.

Filem yang dijadual tayang pada 2021 itu turut dibintangi bintang Bollywood Shah Rukh Khan yang bakal membuat penampilan istimewa.

Dalam perkembangan lain, KJo tampil memberi ucapan penghargaan kepada semua selebriti yang terlibat dalam menjayakan konsert amal "I for India" baru-baru ini.

KJo turut berterima kasih kepada orang ramai yang sudi menderma kepada tabung bantuan barisan hadapan hingga mencecah kutipan sebanyak Rs 52 Crore (kira-kira RM29.6 juta).

Antara selebriti yang terlibat dengan konsert amal itu ialah Akshay Kumar, Kareena Kapoor Khan, Katrina Kaif, Amitabh Bachchan, Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Ayushmann Khurrana, Hrithik Roshan, Ranveer Singh, Priyanka Chopra dan ramai lagi.

Malah ia juga disertai selebriti Hollywood seperti Nick Jonas, Joe Jonas dan Sophie Turner, Jack Black, Will Smith, Russell Peters dan Mick Jagger.

(Sumber: Karan Johar Twitter)
(Sumber foto: Karan Johar Instagram)



Suggested Articles

Filem-filem-Bollywood-paling-Hot-Lakonan-Sunny-Leone Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Filem-filem Bollywood paling 'Hot' Lakonan Sunny Leone

Sunny Leone terkenal dengan filem-filem bergenre dewasa yang dibintanginya.

Kartik-Aaryan-Atau-Ranveer-Singh-Yang-Akan-Terajui-Remake-Ala-Vaikunthapurramuloo Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kartik Aaryan Atau Ranveer Singh Yang Akan Terajui 'Remake' "Ala Vaikunthapurramuloo"?

Pembikin filem ini masih belum membuat keputusan mereka.

Karan-Johar-Ingin-Jemput-Vicky-Kaushal-Dan-Katrina-Kaif-Dalam-Koffee-With-Karan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Karan Johar Ingin Jemput Vicky Kaushal Dan Katrina Kaif Dalam Koffee With Karan

Mereka akan tampil dalam musim baru program bual bicara tersebut.

Kiara-Advani-Kembali-Kongsi-Skrin-Dengan-Mahesh-Babu-Dalam-Sarkaru-Vaari-Paata Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kiara Advani Kembali Kongsi Skrin Dengan Mahesh Babu Dalam "Sarkaru Vaari Paata"

Pembikin filem merasakan Kiara aktres paling sesuai untuk filem itu.

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.