CLOSE
CLOSE AD

Jackie Shroff Kecewa Tak Dapat Berkongsi Skrin Dengan Rishi Kapoor

  • 06 May 2020
Jackie-Shroff-Kecewa-Tak-Dapat-Berkongsi-Skrin-Dengan-Rishi-Kapoor

Bintang veteran Jackie Shroff meluahkan rasa hampa kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi skrin dengan Rishi Kapoor selepas legenda Bollywood itu meninggal dunia minggu lalu.

"Chintu (Rishi) selalu memberitahu saya, "Jaggu dada, saya ingin membintangi sebuah filem di samping kamu. Kita telah bekerjasama dalam banyak filem tetapi tidak pernah berkongsi babak yang sama."

"Memandangkan Rishi adalah senior saya dan merupakan salah seorang aktor terbaik dalam industri, jadi sudah tentu saya ingin berlakon di sampingnya.

"Saya berasa sangat sedih memikirkan hasrat itu tak akan pernah tercapai lagi. Kami semua telah kehilangan sebuah permata berharga," luahnya yang dipetik India TV News.

Menurut bintang berusia 63 tahun itu lagi, kali pertama dia melihat Rishi berlakon adalah menerusi filem klasik terkenal "Bobby" pada 1973 dan sejak itu mula meminati legenda tersebut.

Buat pengetahuan lanjut, kedua-dua mereka pernah berkolaborasi dalam filem-filem seperti "Azaad Desh Ke Gulam" (1990), "Aurangzeb" (2013) dan "Chalk n Duster" (2016).

Baru-baru ini juga, anak kepada Jackie yang juga aktor filem aksi terkenal Tiger Shroff telah memberi 'tribute' kepada bintang legenda itu menerusi Twitter.

Tiger Shroff -

Dalam perkembangan lain, Jackie bakal kembali ke layar perak dengan beberapa filem baru yang kini masih dalam proses penggambaran yang tergendala akibat pandemik COVID-19.

Antaranya ialah "Sooryavanshi", "Radhe: Your Most Wanted Bhai", "Mumbai Saga" serta beberapa filem Tamil seperti "Soorarai Pottru" dan "Paandi Muni".

(Sumber: India TV News)
(Sumber foto: Santa Banta)