CLOSE
CLOSE AD

Filem "Sandeep Aur Pinky Faraar" Dirilis Di Platform Digital?

  • 08 May 2020
Filem-Sandeep-Aur-Pinky-Faraar-Dirilis-Di-Platform-Digital

Filem lakonan Arjun Kapoor dan Parineeti Chopra "Sandeep Aur Pinky Faraar" berkemungkinan akan dirilis menerusi platform digital susulan pandemik COVID-19 yang menjejaskan industri perfileman.

Perkara itu masih dalam pertimbangan dan belum diputuskan oleh pihak produksi Yash Raj Films yang sebelumnya membuat keputusan untuk menangguhkan tarikh tayangan filem tersebut.

Walau bagaimanapun, Arjun berpendapat tidak salah jika filem itu dirilis secara digital memandangkan ia adalah salah satu medium yang terkenal buat masa ini.

"Saya tak terlibat dengan penjualan dan pembelian untuk mana-mana filem saya. Ia bergantung kepada para penerbit saya. Ianya adalah realiti bagi sesetengah filem yang memilih platform itu. Saya tak nampak apa salahnya.

"Filem merupakan satu cara untuk mengalih perhatian orang ramai daripada Perintah Berkurung Coronavirus di India. Sebagai seorang artis, jika anda lihat secara terang-terangan, medium yang digunakan tak penting.

"Mengeluarkan kandungan anda ke luar sana adalah lebih penting. Untuk itu, jika sesetengah filem perlu dirilis secara digital, saya tak nampak apa salahnya," kata Arjun menerusi Hindustan Times.

"Sandeep Aur Pinky Faraar" merupakan sebuah filem komedi gelap yang diterbit, ditulis dan diarahkan oleh Dibakar Banerjee. Asalnya ia akan ditayangkan pada 20 Mac lalu sebelum ditunda.

Filem itu berkisarkan tentang pertemuan antara pegawai polis Haryanavi, Pinkesh Dahiya, dan seorang wanita korporat bernama Sandeep Kaur yang akhirnya menimbulkan kacau bilau antara sesama sendiri.

Selain Arjun dan Parineeti, ia turut dibintangi oleh Pankaj Tripathi, Jaideep Ahlawat, Raghubir Yadav, Neena Gupta, Sanjay Mishra, Archana Puran Singh, Ananya Khare dan Sheeba Chaddha.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Gulf News)



Suggested Articles

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.

Anak-Saudara-Nawazuddin-Siddiqui-Fail-Laporan-Gangguan-Seksual-Terhadap-Adiknya Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Anak Saudara Nawazuddin Siddiqui Fail Laporan Gangguan Seksual Terhadap Adiknya

Kejadian itu mula berlaku sejak wanita itu berusia sembilan tahun.

Ranveer-Singh-Kongsi-Persamaannya-Dengan-Watak-Gully-Boy Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Ranveer Singh Kongsi Persamaannya Dengan Watak "Gully Boy"

Aktor itu menghargai pengarah kerana memilihnya untuk terlibat dengan filem tersebut.

Anushka-Sharma-Akan-Terus-Terbitkan-Karya-karya-Berkualiti Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Anushka Sharma Akan Terus Terbitkan Karya-karya Berkualiti

Ia susulan kejayaan siri web terbitannya "Paatal Lok" yang menerima maklum balas positif.

Kartik-Aaryan-Ingin-Calon-Isteri-Seperti-Deepika-Padukone Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Kartik Aaryan Ingin Calon Isteri Seperti Deepika Padukone

Aktor itu turut meluahkan hasratnya untuk membintangi filem bersama Deepika Padukone.