CLOSE
CLOSE AD

Ananya Panday Bual Bicara Pembulian Siber Bersama James dari The Vamps

  • 08 May 2020
Ananya-Panday-Bual-Bicara-Pembulian-Siber-Bersama-James-dari-The-Vamps

Aktres Ananya Panday bakal mengadakan sebuah program bual bicara mengenai pembulian siber dan media sosial bersama gitaris kumpulan muzik British terkenal The Vamps iaitu James McVey.

Program bual bicara itu diadakan secara langsung menerusi laman Instagram So Positive DSR, iaitu akaun sosial khas yang diwujudkan oleh Ananya bagi menyebarkan kesedaran mengenai isu pembulian siber yang semakin berleluasa.

Selain itu, misi So Positive DSR juga adalah untuk mengurangkan kadar kes pembulian siber dan menggalakkan orang ramai menyebarkan kata-kata positif menerusi media sosial.

"Tidak sabar menantikan perbualan saya bersama James McVey, secara langsung di Instagram So Positive DSR pada Jumaat, 8 Mei jam 7pm IST untuk berbincang mengenai pembulian siber," tulisnya di Twitter.

Ananya Panday -

Menurut Ananya, ianya adalah penting untuk orang ramai sama-sama menjalankan tanggungjawab dalan menyebarkan perkara-perkara positif dalam keadaan dunia dilanda krisis kesihatan COVID-19.

"Saya berasa senang hati kerana saya dan Jamas McVey akan sama-sama menentang isu ini dengan cara kami tersendiri," tambahnya lagi.

Sebelum ini juga James sudah terkenal secara global dalam menyebarkan perkara-perkara positif menerusi media sosial dan kolaborasi antara kedua-dua mereka sedikit sebanyak dapat membuka mata lebih ramai orang mengenai isu tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ananya bakal muncul dengan dua buah filem terbaru yang mana penggambarannya masih tergendala buat masa ini.

Filem-filem itu ialah "Khaali Peeli" terbitan Ali Abbas Zafar yang menggandingkannya dengan aktor Ishaan Khatter dan sebuah filem arahan Puri Jagannadh yang masih belum diberi judul.

(Sumber: Ananya Panday & So Positive DSR Twitter)
(Sumber foto: Ananya Panday Instagram, The Vamps News)