CLOSE
CLOSE AD

Sussanne Khan Dedah Cara Besarkan Anak-Anak Bersama Hrithik Roshan

  • 13 May 2020
Sussanne-Khan-Dedah-Cara-Besarkan-Anak-Anak-Bersama-Hrithik-Roshan

Pereka dalaman Sussanne Khan akhirnya mendedahkan kehidupan membesarkan anak-anak bersama bekas suami yang juga aktor Hrithik Roshan sepanjang tempoh Perintah Berkurung dilaksanakan di India.

Menurut Sussanne, keputusan untuk tinggal bersama selama hampir dua bulan adalah satu perkara yang dianggap bijak dan berjiwa besar untuk diri sendiri serta dua anak lelaki mereka, Hrehaan dan Hridhaan.

"Seperti mana-mana ibu bapa yang lain, saya percaya perkara paling penting adalah bagaimana kami membesarkan anak-anak. Saya dan Hrithik berbangga menjadi ibu bapa yang tekun kepada dua anak kami.

"Kami sering berfikir apa yang kami boleh lakukan untuk mengasuh insan-insan yang bakal menyumbang kepada dunia yang tidak dapat diramal ini," katanya yang dipetik dari Vogue India.

Sebagai cara untuk menghilangkan rasa bosan di rumah, mereka telah menyediakan satu senarai aktiviti-aktiviti kuarantin bersama keluarga pada hari pertama Perintah Berkurung dilaksanakan.

"Ideanya adalah untuk memastikan aktiviti-aktiviti harian kami dapat membina minda, menjaga hati serta memastikan tubuh badan kami sentiasa cergas dan kuat.

"Kami tiada pilihan lain selain menggunakan sedikit kreativiti dan inovasi untuk menikmati hari-hari kami bersama tanpa rasa suram," tambahnya lagi.

Seperti yang dilihat menerusi laman Instagram Hrithik, keluarga mereka melakukan pelbagai aktiviti berfaedah bersama seperti bersenam, bermain catur serta menyertai konsert anjuran Karan Johar "I For India" baru-baru ini.

Pasangan Hrithik dan Sussanne telah berkahwin pada 20 Disember 2000 dalam sebuah majlis tertutup, namun diumumkan bercerai pada November 2014 setelah kedua-duanya membuat haluan masing-masing.

(Sumber: Vogue India)
(Sumber foto: India TV News)



Suggested Articles

Filem-filem-Bollywood-paling-Hot-Lakonan-Sunny-Leone Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Filem-filem Bollywood paling 'Hot' Lakonan Sunny Leone

Sunny Leone terkenal dengan filem-filem bergenre dewasa yang dibintanginya.

Kartik-Aaryan-Atau-Ranveer-Singh-Yang-Akan-Terajui-Remake-Ala-Vaikunthapurramuloo Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kartik Aaryan Atau Ranveer Singh Yang Akan Terajui 'Remake' "Ala Vaikunthapurramuloo"?

Pembikin filem ini masih belum membuat keputusan mereka.

Karan-Johar-Ingin-Jemput-Vicky-Kaushal-Dan-Katrina-Kaif-Dalam-Koffee-With-Karan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Karan Johar Ingin Jemput Vicky Kaushal Dan Katrina Kaif Dalam Koffee With Karan

Mereka akan tampil dalam musim baru program bual bicara tersebut.

Kiara-Advani-Kembali-Kongsi-Skrin-Dengan-Mahesh-Babu-Dalam-Sarkaru-Vaari-Paata Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Kiara Advani Kembali Kongsi Skrin Dengan Mahesh Babu Dalam "Sarkaru Vaari Paata"

Pembikin filem merasakan Kiara aktres paling sesuai untuk filem itu.

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.