CLOSE
CLOSE AD

Shahid Kapoor Dan Mira Rajput Kongsi Kehidupan Bersama anak-anak

  • 14 May 2020
Shahid-Kapoor-Dan-Mira-Rajput-Kongsi-Kehidupan-Bersama-anak-anak

Aktor Shahid Kapoor dan isteri Mira Rajput sering berkongsikan kehidupan mereka menerusi media sosial yang dilihat semakin bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata Misha dan Zain.

Malah masa bersama keluarga diluangkan dengan pelbagai aktiviti berfaedah sepanjang tempoh Perintah Berkurung dilaksanakan memandangkan Shahid tidak terikat dengan jadual kerja untuk mana-mana filem.

Baru-baru ini, Mira telah berkongsikan foto di laman Instagram di mana dia mengajar Misha untuk menyulam, selain aktiviti mencipta barangan 'DIY' dan mewarna.

 

Hasil sulaman yang dibuat oleh Mira untuk anak perempuannya Misha.

Pada masa yang sama Mira juga mengingatkan para ibu bapa supaya sentiasa prihatin terhadap anak-anak dan menjaga perasaan mereka sepanjang tumbesaran mereka.

"Sayangi mereka. Peluk mereka. Tanya apa perasaan mereka dan biarkan mereka menangis jika mereka tak okay. Cium mereka. Melukis bersama mereka dan biarkan saja jika baju dan dinding kotor. Tonton kartun kegemaran mereka bersama-sama.

"Beri mereka sos lebih jika mereka minta pada hari itu dan apabila anda penat selepas mencuci pinggan dan memasak kemudian mereka ajak anda bermain, ingatlah masa-masa sebegini tak kekal selamanya," tulis Mira.

Menurut Shahid pula, tempoh kuarantin yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak di rumah menjadikan dirinya semakin matang hari demi hari.

Untuk rekod, Shahid mula mengenali Mira ketika dia mula menjalani penggambaran filem "Udta Punjab" dan berkahwin pada 7 Julai 2015 dalam sebuah majlis tertutup, diikuti dengan sebuah lagi majlis yang dihadiri bintang-bintang terkenal Bollywood.

Biarpun tidak mempunyai minat dalam dunia perfileman, namun Shahid mendedahkan Mira sering memberi motivasi dan menyokong kariernya selama mereka bersama.

(Sumber: Shahid Kapoor & Mira Rajput Instagram)

(Sumber foto: Mira Rajput Instagram, Times of India)



Suggested Articles

Pejabat-Shah-Rukh-Khan-Kini-Beroperasi-Sebagai-Wad-ICU Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Aug 2020

Pejabat Shah Rukh Khan Kini Beroperasi Sebagai Wad ICU

Ia dijalankan di bawah kerjasama pertubuhan MEER Foundation, Hospital Hinduja serta BMC.

Helaian-Muka-Surat-Diari-Sushant-Singh-Rajput-Telah-Dikoyakkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Aug 2020

Helaian Muka Surat Diari Sushant Singh Rajput Telah Dikoyakkan

Peguam Shehzad Poonawalla syak pihak polis menyembunyikan sesuatu tentang kes Sushant.

Salman-Khan-Bakal-Muncul-Dengan-Filem-Terakhir-Dari-Francais-Tiger Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Salman Khan Bakal Muncul Dengan Filem Terakhir Dari Francais "Tiger

Bintang Bollywood itu merancang untuk menghasilkan filemnya secara besar-besaran.

Rakan-Sushant-Singh-Rajput-Dedah-Aktor-Itu-Mahu-Bercakap-Dengan-Media-Tentang-Disha-Salian Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Rakan Sushant Singh Rajput Dedah Aktor Itu Mahu Bercakap Dengan Media Tentang Disha Salian

Mereka pernah berbual beberapa hari sebelum kematiannya.

Sharad-Malhotra-Bakal-Jadi-Antagonis-Dalam-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Aug 2020

Sharad Malhotra Bakal Jadi Antagonis Dalam "Naagin 5"?

Difahamkan aktor itu adalah pilihan terakhir pihak penerbit untuk menjayakan watak tersebut.

Sushant-Singh-Rajput-Pernah-Cari-Cara-Mati-Tanpa-Sakit-Di-Internet Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Aug 2020

Sushant Singh Rajput Pernah Cari Cara Mati Tanpa Sakit Di Internet

Polis mendakwa aktor itu menghidap skizofrenia dan sedang menjalani rawatan.