CLOSE
CLOSE AD

Selebriti Bollywood Yang Pernah Bintangi Filem Hollywood

  • 14 May 2020
Selebriti-Bollywood-Yang-Pernah-Bintangi-Filem-Hollywood

Seperti diketahui umum, industri perfileman Bollywood menjadi pusat penghasilan filem kedua terbesar di dunia selepas Hollywood. Maka tidak hairanlah jika bintang-bintang Bollywood dikenali secara global. Malah, ramai juga dalam kalangan bintang-bintang Bollywood seperti Priyanka Chopra, Aishwarya Rai dan Irrfan Khan sudah mencipta nama di persada Hollywood sejak beberapa tahun yang lalu. Oleh itu, jom kita lihat antara nama-nama besar Bollywood yang pernah membintangi filem Hollywood!

Priyanka Chopra membawa watak antagonis Victoria Leeds, usahawan wanita yang sering
memberi rasuah kepada anggota majlis bandaraya untuk kepentingannya, dalam filem
aksi komedi "Baywatch" (2017). Filem ini turut dibintangi oleh
Dwayne Johnson, Zac Efron dan Alexandra Daddario.

 

Diva terkenal Aishwarya Rai digandingkan bersama aktor Steve Martin dalam filem aksi
komedi "The Pink Panther 2" (2009). Dalam filem ini Aishwarya menjayakan watak Sonia Solandres,
seorang pakar kriminologi dan salah seorang ahli kumpulan detektif hebat Dream Team
untuk menumpaskan ketua penjenayah 'The Tornado'.

 

Jangan terlepas menyaksikan gandingan hebat antara bintang veteran Amitabh Bachchan bersama
aktor Hollywood terkenal Leonardo DiCaprio dan Tobey Maguire dalam filem berdasarkan novel
F. Scott Fitzgerald "The Great Gatsby" (2013). Dalam debut Hollywood-nya itu, Bachchan menjayakan
watak kaki judi bernama Meyer Wolfsheim yang juga rakan baik kepada Jay Gatsby.

 

Legenda Bollywood Irrfan Khan telah berkongsi skrin bersama aktor Tom Hanks dalam filem
aksi thriller misteri pecah panggung, "Inferno" (2016). Menerusi filem itu, Irrfan menjayakan
watak Harry "The Provost" Sims, iaitu ketua The Consortium. Biarpun dia bukanlah antara watak
utama, namun wataknya banyak membantu jalan cerita filem tersebut.

 

Filem yang menang besar di Anugerah Akademi ke-81, "Slumdog Millionaire" (2008), menampilkan
aktor dan penerbit terkenal Anil Kapoor sebagai watak pengacara program realiti
Who Wants to Be a Millionaire? Versi India iaitu Prem Kumar. Filem ini turut menampilkan
Irrfan Khan sebagai seorang pegawai polis.

 

Aktor Ali Fazal dilihat menjayakan tiga babak filem aksi thriller "Fast & Furious 7" (2015)
yang dibintangi aktor-aktor ternama seperti Vin Diesel, Paul Walker dan Dwayne Johnson.
Dalam filem debut Hollywood-nya itu, Ali membawa watak cameo sebagai Safar,
penjaga alat peranti istimewa yang mampu menggodam segala jenis teknologi.

 

Siapa sangka aktres jelita Deepika Padukone sangat lincah dalam menjayakan aksi-aksi lagak
ngeri dalam filem "XXX: Return of Xander Cage" (2017) bersama aktor Vin Diesel, Donnie Yen,
Kris Wu dan Ruby Rose. Malah menurut Deepika, dia sendiri yang melakukan
babak-babak itu tanpa bantuan daripada 'stunt-double'.

 

Filem komedi romantik "Silver Linings Playbook" (2012) menyaksikan aktor veteran
Anupam Kher sebagai Dr. Cliff Patel, di mana dia telah berkongsi skrin bersama aktor
Bradley Cooper dan Rober De Niro. Ia mengisahkan seorang lelaki yang
menghidap penyakit bipolar, berusaha untuk memenangi hati isterinya semula.
Filem ini berdasarkan novel "The Silver Linings Playbook".

 

Bintang veteran Om Puri membintangi filem drama komedi "The Hundred-Foot Journey" (2014)
sebagai Papa Kadam, bersama Helen Mirren, Manish Dayal dan Charlotte Le Bon.
Filem ini mengisahkan persaingan antara dua buah keluarga pemilik restoran,
satu milik keluarga India dan satu lagi milik keluarga Perancis.

 

"Jurassic World" (2015) membawa anda ke dunia di mana haiwan-haiwan pra-sejarah iaitu dinosaur,
dihidupkan semula dengan bantuan teknologi manusia di sebuah pulau bernama Isla Nublar.
Filem ini menampilkan Irrfan Khan sebagai Simon Masrani, CEO Masrani
Corporation dan pemilik Jurassic World.

 

Dibintangi oleh Priyanka Chopra bersama pelakon-pelakon terkenal seperti Liam Hemsworth,
Rebel Wilson dan Adam DeVine sebagai peneraju utama, "Isn't It Romantic" (2019)
mengisahkan seorang wanita yang membina dunia fantasi sendiri bagaikan sebuah
filem komedi romantik PG-13. Filem ini telah dirilis secara global
menerusi sebuah portal pentsriman video terkenal.

 

Jika para peminat mahu melihat Aishwarya Rai beraksi dalam sut perisai ala-ala pewira zaman dahulu,
silalah tonton filem sejarah dan pengembaraan "The Last Legion" (2007). Ia turut dibintangi
pelakon-pelakon seperti Colin Firth, Ben Kingsley dan Thomas Brodie-Sangster. Filem ini diinspirasikan
daripada zaman keruntuhan Empayar Roman Barat pada kurun kelima, termasuk
legenda dan sejarah Britain mengenai King Arthur.

 



Suggested Articles

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.

Anak-Saudara-Nawazuddin-Siddiqui-Fail-Laporan-Gangguan-Seksual-Terhadap-Adiknya Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Anak Saudara Nawazuddin Siddiqui Fail Laporan Gangguan Seksual Terhadap Adiknya

Kejadian itu mula berlaku sejak wanita itu berusia sembilan tahun.

Ranveer-Singh-Kongsi-Persamaannya-Dengan-Watak-Gully-Boy Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Ranveer Singh Kongsi Persamaannya Dengan Watak "Gully Boy"

Aktor itu menghargai pengarah kerana memilihnya untuk terlibat dengan filem tersebut.

Anushka-Sharma-Akan-Terus-Terbitkan-Karya-karya-Berkualiti Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Anushka Sharma Akan Terus Terbitkan Karya-karya Berkualiti

Ia susulan kejayaan siri web terbitannya "Paatal Lok" yang menerima maklum balas positif.

Kartik-Aaryan-Ingin-Calon-Isteri-Seperti-Deepika-Padukone Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Kartik Aaryan Ingin Calon Isteri Seperti Deepika Padukone

Aktor itu turut meluahkan hasratnya untuk membintangi filem bersama Deepika Padukone.