CLOSE
CLOSE AD

Kekasih Arjun Rampal, Gabriella Demetriades Bidas Komen Netizen

  • 15 May 2020
Kekasih-Arjun-Rampal-Gabriella-Demetriades-Bidas-Komen-Netizen

Model dan teman wanita kepada aktor Arjun Rampal, Gabriella Demetriades membidas komen beberapa pengguna media sosial yang melabel bentuk wajahnya dengan komen-komen berbentuk sindiran.

Seperti yang dilihat di Instagram, Gabriella aktif berkongsikan foto-fotonya yang bergaya dan sering menerima pujian dan kata-kata positif daripada para peminat.

Baru-baru ini, salah seorang daripada pengguna media sosial menyatakan bentuk bibir Gabriella berupa pelik di ruangan komen salah satu fotonya di kolam renang.

"Saya akan berbincang dengan ibu bapa saya mengenai perkara ini dan akan cuba mencari jalan penyelesaiannya," balas model yang berasal dari Afrika Selatan itu.

Selain itu, terdapat juga komen yang mengatakan tiada sesiapa pun yang ingin melihat wajah Gabriella di Instagram, kecuali foto bayinya.

"Okay, jadi mengapa kamu ada di sini?" bidas Gabriella ringkas dan penuh sindiran.

Dalam ruangan komen foto itu juga terdapat komen romantik daripada Arjun yang mengatakan Gabriella lebih jelita jika dilihat di depan mata.

Buat pengetahuan lanjut, Arjun dan Gabriella mengenali antara satu sama lain ketika menghadiri acara Liga Perdana India pada 2009 dan mula bercinta sejak dua tahun lalu selepas Arjun berpisah dengan isterinya Mehr Jesia.

Terdahulu, Arjun pernah meluahkan rasa gembira mengenali Gabriella dan senang hati kerana anak-anaknya, Mahikaa dan Myra, menerima teman wanitanya dalam hidup mereka.

(Sumber: Gabriella Demetriades Instagram)
(Sumber foto: Arjun Rampal Instagram)

 



Suggested Articles

Shah-Rukh-Khan-Bakal-Ke-Set-Penggambaran-Pathan-November-ini Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Aug 2020

Shah Rukh Khan Bakal Ke Set Penggambaran "Pathan" November ini!

Bintang Bollywood itu dilaporkan akan berganding dengan aktres Deepika Padukone.

Hrithik-Roshan-Bakal-Kembali-Dengan-Sekuel-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Aug 2020

Hrithik Roshan Bakal Kembali Dengan Sekuel "Super 30"?

Pakar Matematik Anand Kumar mendedahkan bahawa ia masih dalam proses perbincangan.

10-Bintang-Bollywood-Bersama-Stunt-Double-Filem-Mereka Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Aug 2020

10 Bintang Bollywood Bersama 'Stunt Double' Filem Mereka

Jom kenali beberapa 'stunt double' yang beraksi dalam filem-filem Bollywood kegemaran anda!

7-Bintang-Bollywood-Yang-Sanggup-Ambil-Risiko-Demi-Jayakan-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Aug 2020

7 Bintang Bollywood Yang Sanggup Ambil Risiko Demi Jayakan Watak

Bintang-bintang ini sanggup melakukan apa sahaja untuk memberi persembahan terbaik.

Billboard-USA-Perjuangkan-Hak-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Aug 2020

Billboard USA Perjuangkan Hak Sushant Singh Rajput

Foto Billboard itu dikongsikan oleh kakak Sushant yang menetap di Amerika Syarikat.

Pejabat-Shah-Rukh-Khan-Kini-Beroperasi-Sebagai-Wad-ICU Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Aug 2020

Pejabat Shah Rukh Khan Kini Beroperasi Sebagai Wad ICU

Ia dijalankan di bawah kerjasama pertubuhan MEER Foundation, Hospital Hinduja serta BMC.