CLOSE
CLOSE AD

Priyanka Chopra Kongsi Tips Penjagaan Untuk Kulit cantik

  • 19 May 2020
Priyanka-Chopra-Kongsi-Tips-Penjagaan-Untuk-Kulit-cantik

Sebagai bintang filem, Priyanka Chopra Jonas perlu sentiasa menjaga pemakanan dan kesihatan, terutamanya menjaga kecantikan kulit dan wajah untuk kekal berseri di hadapan kamera.

Malah bekas juara Miss World 2000 ini tidak kedekut untuk berkongsikan tips memiliki kulit yang cantik dan sihat kepada para peminatnya di serata dunia.

Produk yang paling utama dalam senarai produk penjagaan kulit yang digunakannya ialah krim pelindung matahari bagi melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet A (UVA) dan ultraviolet B (UVB).

Priyanka juga tidak pernah tidur tanpa mencuci dan menanggalkan solekan di muka bagi membolehkan kulit bernafas dan mengelakkan liang pori daripada tersumbat sehingga timbul masalah kulit berminyak dan jerawat.

"Perkara paling penting ialah tanggalkan 'make-up' anda sebelum tidur. Ia perlu dijadikan sebagai rutin, seperti mana kita memberus gigi!" katanya yang dipetik dari Emirates Woman.

Seperti yang sering dikongsikan dalam video aktres filem "The Sky Is Pink" ini, Priyanka menggunakan bahan-bahan seperti yogurt, buah lemon dan serbuk kunyit untuk dijadikan masker dan skrub.

"Anda perlu sapukannya di tubuh badan dan gosokkan seperti skrub pengelupasan. Bagi yang berkulit cerah, hati-hati kerana warna kunyit itu akan meninggalkan kesan pada kulit anda," pesan aktres tersebut.

Selain itu, jangan lupa untuk mengekalkan kesegaran, kelembapan serta keanjalan kulit dengan memakai krim pelembap setiap pagi dan malam.

"Memandangkan saya sering melancong, jadi ianya penting untuk saya mengekalkan hidrasi kulit. Saya sering bereksperimentasi dengan pelbagai jenis masker pelembap ketika penerbangan.

"Saya juga akan memakai krim pelembap sebaik sahaja mendarat sebelum memakai solekan. Ia sentiasa berada dalam beg peralatan mandian saya. Ia menjadikan kulit saya lebih segar," tambahnya lagi.

Untuk rekod, Priyanka kini menjadi duta kepada jenama produk kecantikan terkenal iaitu Obagi Skin Care yang diperkenalkan oleh Dr. Zein Obagi pada 1988.

(Sumber: Emirates Woman)
(Sumber foto: NY Times)



Suggested Articles

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.

Anak-Saudara-Nawazuddin-Siddiqui-Fail-Laporan-Gangguan-Seksual-Terhadap-Adiknya Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Anak Saudara Nawazuddin Siddiqui Fail Laporan Gangguan Seksual Terhadap Adiknya

Kejadian itu mula berlaku sejak wanita itu berusia sembilan tahun.

Ranveer-Singh-Kongsi-Persamaannya-Dengan-Watak-Gully-Boy Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Ranveer Singh Kongsi Persamaannya Dengan Watak "Gully Boy"

Aktor itu menghargai pengarah kerana memilihnya untuk terlibat dengan filem tersebut.

Anushka-Sharma-Akan-Terus-Terbitkan-Karya-karya-Berkualiti Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Anushka Sharma Akan Terus Terbitkan Karya-karya Berkualiti

Ia susulan kejayaan siri web terbitannya "Paatal Lok" yang menerima maklum balas positif.

Kartik-Aaryan-Ingin-Calon-Isteri-Seperti-Deepika-Padukone Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Kartik Aaryan Ingin Calon Isteri Seperti Deepika Padukone

Aktor itu turut meluahkan hasratnya untuk membintangi filem bersama Deepika Padukone.