CLOSE
CLOSE AD

Zayed Khan Buat Kemunculan Semula Dengan Filem Perang terbaru

  • 20 May 2020
Zayed-Khan-Buat-Kemunculan-Semula-Dengan-Filem-Perang-terbaru

Setelah lima tahun menyepi dari dunia perfileman, aktor Zayed Khan bakal membuat kemunculan semula apabila diumumkan akan membintangi filem biopik sejarah Perang Indo-Pakistan 1947.

Sehubungan dengan itu, Zayed akan dilancarkan semula oleh bapanya yang juga aktor terkenal Sanjay Khan, di mana dia turut bertindak sebagai pengarah filem tersebut.

Biarpun filem itu masih belum diberi judul, namun Sanjay mendedahkan ia berkisarkan tentang kehidupan Brigadier Mohammad Usman yang berjuang dalam peperangan itu sehingga nafas terakhir.

"Zayed adalah salah seorang aktor paling kacak dalam industri perfileman. Sebagai bapa, ianya adalah tanggungjawab saya untuk menghasilkan filem untuk dia.

"Para penonton akan mengenali dia semula dalam filem ini. Saya sedang berusaha keras untuk menulis skrip kerana saya mahu ia kelihatan asli sebaik mungkin.

Saya ingin menggambarkan keberanian Tentera India dan bagaimana mereka berjuang walaupun tidak mempunyai artileri dan senjata yang mencukupi," ujar Sanjay yang dipetik dari Hindustan Times.

Untuk rekod, kali terakhir Zayed tampil di layar perak adalah menerusi filem thriller komedi "Sharafat Gayi Tel Lene" (2015) yang turut menampilkan Rannvijay Singh dan Tena Desae.

Dalam perkembangan lain, Zayed juga akan membuat kemunculan dalam filem komedi romantik "Desi Magic", di mana ia akan ditayangkan menerusi sebuah portal penstriman video berbayar.

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: India West)



Suggested Articles

Radhe-Your-Most-Wanted-Bhai-Tampilkan-Lima-Lagu Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

"Radhe: Your Most Wanted Bhai" Tampilkan Lima Lagu

Dua buah lagu daripada runut bunyi itu telah digubah oleh komposer duo terkenal Sajid-Wajid.

Pengarah-Filem-Don-Dedah-Tiga-Aktor-Pilihannya-Sebelum-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Pengarah Filem "Don" Dedah Tiga Aktor Pilihannya Sebelum Amitabh Bachchan

Ketiga-tiga aktor itu tidak berminat untuk membintangi filem tersebut.

Anak-Saudara-Nawazuddin-Siddiqui-Fail-Laporan-Gangguan-Seksual-Terhadap-Adiknya Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Jun 2020

Anak Saudara Nawazuddin Siddiqui Fail Laporan Gangguan Seksual Terhadap Adiknya

Kejadian itu mula berlaku sejak wanita itu berusia sembilan tahun.

Ranveer-Singh-Kongsi-Persamaannya-Dengan-Watak-Gully-Boy Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Ranveer Singh Kongsi Persamaannya Dengan Watak "Gully Boy"

Aktor itu menghargai pengarah kerana memilihnya untuk terlibat dengan filem tersebut.

Anushka-Sharma-Akan-Terus-Terbitkan-Karya-karya-Berkualiti Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Anushka Sharma Akan Terus Terbitkan Karya-karya Berkualiti

Ia susulan kejayaan siri web terbitannya "Paatal Lok" yang menerima maklum balas positif.

Kartik-Aaryan-Ingin-Calon-Isteri-Seperti-Deepika-Padukone Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jun 2020

Kartik Aaryan Ingin Calon Isteri Seperti Deepika Padukone

Aktor itu turut meluahkan hasratnya untuk membintangi filem bersama Deepika Padukone.