CLOSE
CLOSE AD

Empat Filem Bollywood Yang Akan Ditayangkan Sempena Hari Raya Di Saluran Astro Colors

  • 21 May 2020
Empat-Filem-Bollywood-Yang-Akan-Ditayangkan-Sempena-Hari-Raya-Di-Saluran-Astro-Colors

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sedia maklum bahawa raya tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya susulan kerajaan masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun itu tidak menghalang kita untuk menghidupkan suasana berhari raya bersama insan-insan tersayang walaupun di rumah. Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali tibanya musim raya, pasti saluran-saluran televisyen akan menayangkan filem-filem Bollywood klasik seperti "Kabhi Khushi Kabhie Gham..." dan "Mohabbatein".

Jika filem-filem itu sudah biasa anda tonton, jangan risau! Bersempena hari raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, Astro Colors (saluran 116) akan menyajikan anda dengan filem-filem Bollywood menarik dan juga terbaru untuk anda tonton bersama keluarga di rumah bermula 22 hingga 25 Mei ini!

"Dil Vil Pyar Vyar"

Hiburkan malam anda dengan dengan filem muzikal "Dil Vil Pyar Vyar" yang menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Madhavan, Jimmy Shergill, Sanjay Suri, Namrata Shirodkar, Sonali Kulkarni dan ramai lagi. Buat pengetahuan lanjut, filem ini diinspirasikan daripada lagu-lagu gubahan composer R. D. Burman. Lebih menarik lagi, ia memaparkan kisah cinta berbeza dari empat pasangan; Dev dan Gauri, Rachna dan Gaurav, Vishal dan Raksha, serta Hrithik dan Jojo. Dev, Vishal dan Hrithik merupakan tiga sekawan yang mengejar impian sama, iaitu menceburi industri muzik. Selepas ditayangkan, ia telah menerima maklum balas dan ulasan positif daripada para penonton.

Tarikh tayangan: Tonton dalam dwibahasa pada 22 Mei (10:00 PM)

"Shimla Mirchi"

Menerusi filem romantik "Shimla Mirchi" terbitan dan arahan Ramesh Sippy ini, Rajkummar Rao membawa watak sebagai Avinash, seorang pemuda yang mudah berasa janggal apabila berdepan dengan perempuan. Dia akhirnya memberanikan diri untuk menulis surat cinta kepada gadis kesukaannya Rukmini, lakonan Hema Malini. Tanpa pengetahuan Avinash, surat itu sampai ke tangan ibu kepada Rukmini, yang akhirnya salah faham dan menganggap surat itu ditulis untuknya. Kini si gadis dan si ibu tunggal itu mula jatuh cinta terhadap pemuda yang sama. Selain Rajkummar dan Hema, filem ini turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Rakul Preet Singh dan Shakti Kapoor.

Tarikh tayangan: Tonton dalam dwibahasa pada 23 Mei (10:00 PM)

"Motichoor Chaknachoor"

Diarahkan oleh Debamitra Biswal, filem "Motichoor Chaknachoor" menyentuh tentang isu semasa iaitu wang hantaran dan kehidupan NRI, iaitu warganegara India yang menetap di luar negara. Nawazuddin Siddiqui dan Athiya Shetty berkongsi skrin untuk menjayakan dua watak utama dalam filem ini, dibantu oleh pelakon lain seperti Vibha Chibber dan Abhishek Rawat.

Pushpinder Tyagi terdesak untuk mencari calon isteri dan sanggup melakukan apa sahaja demi menunaikan hasratnya. Dia kemudiannya jatuh cinta kepada anak jirannya Anita Awasthi, yang juga sedang mencari calon suami. Namun bakal suaminya haruslah mengikut permintaannya untuk menetap di luar negara selepas berkahwin. Pada masa yang sama, keluarga Pushpinder juga meminta wang hantaran yang tinggi daripada pihak keluarga perempuan. Situasi menjadi kacau bilau apabila Anita mendapati Pushpinder telah dibuang kerjanya di Dubai.

Tarikh tayangan: Tonton dalam dwibahasa pada 24 Mei (10:00 PM)

"The Body"

"The Body" merupakan sebuah filem 'remake' versi Hindi kepada filem Sepanyol "The Body" (2012). Terdahulu, ia turut dihasilkan semula dalam versi Tamil dan Kannada. Filem yang mengetengahkan genre thriller ini diarahkan oleh Jeethu Joseph. Buat pengetahuan lanjut, "The Body" menandakan filem terakhir yang dibintangi oleh legenda Bollywood Rishi Kapoor, di mana dia digandingkan bersama aktor Emraan Hashmi, Sobhita Dhulipala dan Vedhika.

Kehilangan mayat seorang usahawan wanita Maya Verma, yang meninggal dunia akibat sakit jantung sebelum bermulanya proses bedah siasat telah menimbulkan tanda tanya. Penguasa Polis Jairaj Rawal telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu dan mencari kebenaran di sebaliknya. Namun Jairaj menemui perkara yang berada di luar jangkaan setelah menyoal siasat suami kepada Maya, iaitu Ajay Puri.

Tarikh tayangan: Tonton dalam dwibahasa pada 25 Mei (10:00 PM)



Suggested Articles

Pejabat-Shah-Rukh-Khan-Kini-Beroperasi-Sebagai-Wad-ICU Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Aug 2020

Pejabat Shah Rukh Khan Kini Beroperasi Sebagai Wad ICU

Ia dijalankan di bawah kerjasama pertubuhan MEER Foundation, Hospital Hinduja serta BMC.

Helaian-Muka-Surat-Diari-Sushant-Singh-Rajput-Telah-Dikoyakkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Aug 2020

Helaian Muka Surat Diari Sushant Singh Rajput Telah Dikoyakkan

Peguam Shehzad Poonawalla syak pihak polis menyembunyikan sesuatu tentang kes Sushant.

Salman-Khan-Bakal-Muncul-Dengan-Filem-Terakhir-Dari-Francais-Tiger Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Salman Khan Bakal Muncul Dengan Filem Terakhir Dari Francais "Tiger

Bintang Bollywood itu merancang untuk menghasilkan filemnya secara besar-besaran.

Rakan-Sushant-Singh-Rajput-Dedah-Aktor-Itu-Mahu-Bercakap-Dengan-Media-Tentang-Disha-Salian Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Rakan Sushant Singh Rajput Dedah Aktor Itu Mahu Bercakap Dengan Media Tentang Disha Salian

Mereka pernah berbual beberapa hari sebelum kematiannya.

Sharad-Malhotra-Bakal-Jadi-Antagonis-Dalam-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Aug 2020

Sharad Malhotra Bakal Jadi Antagonis Dalam "Naagin 5"?

Difahamkan aktor itu adalah pilihan terakhir pihak penerbit untuk menjayakan watak tersebut.

Sushant-Singh-Rajput-Pernah-Cari-Cara-Mati-Tanpa-Sakit-Di-Internet Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Aug 2020

Sushant Singh Rajput Pernah Cari Cara Mati Tanpa Sakit Di Internet

Polis mendakwa aktor itu menghidap skizofrenia dan sedang menjalani rawatan.