CLOSE
CLOSE AD

Bintang-Bintang Bollywood Yang Pilih Kaedah Ibu Tumpang

  • 29 May 2020
Bintang-Bintang-Bollywood-Yang-Pilih-Kaedah-Ibu-Tumpang

Proses melahirkan anak melalui ibu tumpang semakin terkenal dan diterima di India, semuanya kerana selebriti-selebriti Bollywood berani mendedahkan percubaan mereka untuk menimang cahaya mata menerusi proses tersebut.

Walau bagaimanapun, kerajaan India hanya membenarkan pasangan yang telah berkahwin sekurang-kurangnya lima tahun untuk meneruskan proses mendapatkan anak melalui ibu tumpang.

Ibu tumpang merupakan satu proses, yang disokong oleh satu perjanjian sah, di mana seorang wanita bersetuju untuk mengandungkan anak kepada orang lain yang bakal menjadi ibu bapa kepada anak itu setelah ia dilahirkan. Kebiasaannya ia dilakukan kerana masalah kesihatan, contohnya ketidaksuburan salah seorang daripada satu pasangan atau kedua-duanya sekali.

Kali ini, kami ingin menyenaraikan pasangan selebriti Bollywood terkenal yang memilih proses ibu tumpang untuk menimang cahaya mata masing-masing.

Aamir Khan

Aamir Khan adalah antara selebriti terawal yang memilih proses persenyawaan in-vitro (IVF) dan ibu tumpang, sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai selepas dia mengumumkan kelahiran anak lelakinya Azad pada 2011. Menurut Aamir, selama bertahun-tahun dia dan isterinya Kiran Rao berusaha untuk menimang cahaya mata namun hampa apabila Kiran mengalami keguguran serta komplikasi rahim. Secara tidak langsung, pasangan itu telah membuka mata ramai masyarakat India untuk mencuba proses tersebut.

Shah Rukh Khan

Keputusan Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri Khan memilih ibu tumpangan untuk melahirkan anak mereka telah menjadi buah mulut ramai pihak suatu masa dahulu, tambahan lagi mereka sudah mempunyai dua anak iaitu Aryan dan Suhana. Shah Rukh Khan akhirnya mendedahkan dia dan isteri rindu akan suasana mempunyai anak kecil di rumah memandangkan Aryan dan Suhana kini di usia remaja. Selain itu, Gauri juga berdepan komplikasi ketika mengandung dan bertarung nyawa ketika melahirkan Aryan. Pada 2013, Shah Rukh Khan mengumumkan kelahiran anak lelakinya, AbRam.

Karan Johar

Menjadi bapa tunggal merupakan keputusan paling indah yang pernah dibuat oleh pembikin filem Karan Johar memandangkan sekian lama dia menginginkan anak. Pada 2017, Karan atau KJo membuat pengumuman bahawa dia kini bergelar bapa kepada kembar bayi lelaki dan perempuan yang dinamakan Yash dan Roohi, yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang. Kata KJo, biarpun secara umumnya dia seorang bapa tunggal, namun dia tidak memikul tanggungjawab seorang diri memandangkan ibunya rela hati membantu untuk sama-sama membesarkan anak-anaknya.

Sunny Leone

Sunny Leone dan suaminya Daniel Weber membuat keputusan untuk mengambil anak angkat iaitu Nisha dari sebuah rumah anak-anak yatim pada 2017. Pada ketika itu Nisha hanya berusia 21 hari. Kehidupan pasangan selebriti ini diceriakan lagi dengan kehadiran bayi kembar lelaki, Noah dan Asher, yang dilahirkan dengan kaedah ibu tumpang. Sebenarnya Sunny tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan, cuma kesibukan kerja yang menjadi penghalang utama untuk aktres ini hamil anak sendiri walaupun sudah berkahwin sejak 2011. Malah Sunny sendiri pernah memberitahu ia adalah keputusannya untuk terus bekerja walaupun sudah bergelar ibu.

Shilpa Shetty Kundra

Pasangan Shilpa Shetty dan Raj Kundra dikurniakan dengan seorang anak perempuan menerusi proses ibu tumpang pada 14 Februari 2020, iaitu Samisha. Difahamkan pasangan itu membuat keputusan tersebut memandangkan Shilpa pernah beberapa kali mengalami keguguran sebelum ini akibat penyakit autoimun dan tidak mahu anak sulungnya Viaan, membesar sebagai anak tunggal. Menurut Shilpa, sebelum memilih proses ibu tumpang, mereka pernah bercadang untuk mengambil anak angkat tetapi rumah anak yatim yang mereka pilih untuk mengambil anak angkat itu ditutup.

Ekta Kapoor dan Tusshar Kapoor

Idea untuk pembikin filem Ekta Kapoor memilih untuk menjadi ibu tunggal tercetus selepas abangnya yang juga aktor, Tusshar, mengambil anak angkat bernama Laksshya yang dilahirkan menerusi ibu tumpang pada 2016. Memandangkan Ekta agak rapat dengan Laksshya, dia akhirnya berkeinginan untuk mempunyai anak angkat sendiri dan akhirnya menjadi ibu kepada Ravie, anak lelaki yang diperolehi menerusi ibu tumpang pada 2019. Terdahulu, Ekta pernah membuat percubaan untuk hamil menerusi proses IVF selama tujuh tahun namun tidak berjaya. Sehingga kini, kedua-dua beradik ini masih belum mahu berkahwin.

Lisa Ray

Seperti diketahui umum, Lisa Ray merupakan aktres, model dan seorang pesakit kanser darah pada 2009 dan sembuh pada tahun berikutnya. Namun dia masih perlu bergantung pada ubat-ubatan, menyebabkan dia tidak berpeluang untuk hamil. Perjalanan Lisa dan suaminya Jason Dehni untuk mendapatkan anak melalui proses ibu tumpang tidaklah semudah yang disangka. Pada asalnya mereka ingin mengambil anak angkat tetapi bertukar arah ke proses ibu tumpang kerana ia lebih cepat.

Hasrat mereka hampa kerana pada ketika itu India mengharamkan proses ibu tumpang. Mereka kemudiannya mendapatkan khidmat bantuan dari agensi Elite yang cuba meneruskan proses itu di Mexico tetapi gagal dan akhirnya Lisa mencari sendiri negara yang membenarkan proses itu dan menemui Georgia. Pada 2018, mereka dikurniakan sepasang bayi kembar perempuan yang diberi nama Sufi dan Soleil.

Krushna Abhishek dan Kashmera Shah

Pasangan Krushna Abhishek dan isterinya Kashmera Shah mendedahkan percubaan mereka mendapatkan anak menerusi proses IVF sebanyak 14 kali gagal, menyebabkan mereka hampir putus asa. Ia berikutan Kashmera mempunyai masalah untuk hamil. Doktor mereka akhirnya mencadangkan proses ibu tumpang, dan mereka membuat keputusan itu secepat mungkin sebelum ia diharamkan di India. Pada 2017, Krushna dan Kashmera dikurniakan sepasang bayi kembar lelaki bernama Raayan dan Krishaang. Kini mereka dalam perancangan untuk mengambil anak angkat perempuan pula.

Sohail Khan

Aktor, pengarah dan adik kepada bintang terkenal Salman Khan iaitu Sohail Khan, bersama isterinya Seema Khan membuat keputusan untuk menimang cahaya mata kedua menerusi proses ibu tumpang IVF, selepas sepuluh tahun kelahiran anak lelaki mereka Nirvaan. Pada 2011, lahirnya bayi lelaki yang diberi nama Yohan dalam keluarga mereka. Siapa tahu, mungkin selepas ini giliran Salman Khan pula untuk mencuba proses yang sama untuk menimang cahaya mata sendiri.



Suggested Articles

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!

Apa-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang "Naagin 5"

Jom ketahui fakta-fakta tentang siri televisyen 'supernatural' kegemaran ramai ini!

Karan-Patel-Jadi-Mr-Bajaj-Dalam-Kasautii-Zindagii-Kay-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Karan Patel Jadi Mr. Bajaj Dalam "Kasautii Zindagii Kay 2"

Aktor itu menggantikan tempat Karan Singh Grover yang sebelumnya membintangi musim pertama.