CLOSE
CLOSE AD

Tips Memilih Seluar Jeans Yang Ideal Dengan Bentuk Tubuh Anda

  • 01 Jun 2020
Tips-Memilih-Seluar-Jeans-Yang-Ideal-Dengan-Bentuk-Tubuh-Anda

Setiap wanita pasti sentiasa ingin kelihatan cantik dan bergaya apabila berpakaian dan pasti juga anda mempunyai pelbagai jenis seluar jeans sebagai koleksi peribadi dalam almari anda. Ianya mudah untuk digayakan dengan sebarang baju mahupun kasut. Malah ia juga dilabel sebagai pakaian paling kasual di dunia.

Namun begitu, golongan wanita seringkali berdepan dilema untuk memilih seluar jeans yang sesuai dengan bentuk tubuh mereka. Tak semestinya jika ianya mengikut 'trend', ianya sesuai dengan bentuk tubuh anda. Bentuk tubuh badan wanita dikategorikan dalam pelbagai jenis seperti bentuk epal, 'hourglass' (jam pasir), bentuk pir, segi empat sama, segi tiga terbalik dan banyak lagi.

Jangan risau, kali ini kami akan bantu anda memilih seluar jeans yang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Pertama sekali, jangan lupa untuk berdiri di hadapan cermin dan telitikan betul-betul bentuk tubuh anda jenis yang mana ya! Bolehlah anda bergaya seperti bintang-bintang Bollywood yang turut kami senaraikan dalam entri kali ini.

Bentuk buah epal

Bentuk tubuh epal adalah apabila bahagian bahu atau dada anda lebih lebar berbanding bahagian pinggul atau peha. Manakala bahagian pinggang pula kurang terbentuk. Oleh itu, anda yang mempunyai tubuh badan berbentuk epal haruslah memfokuskan kepada aset anda iaitu bahagian kaki. Contoh wanita berbadan epal adalah aktres Huma Qureshi yang menggayakan seluar jeans hitamnya dengan ranggi!

  • Anda boleh mencuba kombinasi seluar jeans 'slim-fit' bersama baju peplum untuk menarik perhatian kepada bahagian tubuh yang paling ramping. Ia akan menghasilkan ilusi lengkungan pada tubuh anda.
  • Pilih seluar jeans 'high-rise' jika anda berbadan gempal dan jenis 'low-rise' untuk yang berbadan langsing.
  • Jika anda memakai kemeja atau T-shirt, elakkan dari memasukkan bahagian bawah baju anda ke dalam seluar ('tuck in).

 

Bentuk buah pir

Golongan wanita yang tubuh badannya berbentuk buah pir mempunyai bahagian pinggul dan peha yang lebih lebar daripada bahagian dada dan bahu, serta mempunyai pinggang yang berbentuk. Tips sesuai untuk memastikan seluar jeans anda muat pada bahagian pinggang adalah memilih jenis seluar yang longgar sedikit bagi menyeimbangkan bentuk tubuh anda. Lihat bagaimana aktres Sobhita Dhulipa menggayakan seluar jeans longgar dan berwarna gelap tetapi nampak 'trendy'!

  • Untuk mengalih perhatian daripada bentuk pinggul anda yang lebar, anda boleh memilih warna seluar jeans yang lebih gelap seperti biru gelap dan hitam.
  • Anda juga boleh mencuba kombinasi seluar jeans 'high-waisted', 'non-stretch' dan 'tapered leg' ataupun menggayakan 'boyfriend jeans' untuk gaya yang lebih kasual dan selesa.
  • Jika anda menggayakan seluar jeans 'bootcut', jangan lupa untuk memakai kasut tumit tinggi. Ia akan memberi pandangan kaki anda panjang dan langsing.

 

Bentuk hourglass

Bentuk hourglass merupakan bentuk badan paling ideal atau sempurna bagi wanita. Anda boleh dikatakan bertuah kerana mempunyai bahagian bahu, dada, pinggang serta punggung yang sederhana lebar dan berisi. Bahu anda juga selaras dengan bahagian pinggul. Jika anda mempunyai bentuk badan hourglass, anda sama seperti bintang terkenal Kareena Kapoor Khan yang bergaya dengan seluar jeans 'bootcut' ini!

  • Bagi anda yang mempunyai bentuk tubuh hourglass, seluar jeans 'bootcut' adalah rakan baik anda! Ia akan menyeimbangkan bentuk punggung dan peha anda dengan bahagian bawah seluar yang lebih lebar.
  • Bagi menambah ilusi yang lebih langsing, anda bolehlah menggayakan baju yang mempunyai leher berbentuk V untuk gaya klasik dan ringkas.

 

Bentuk segi empat tepat

Salah satu lagi bentuk badan yang ideal adalah bentuk segi empat empat iaitu anda seorang yang tinggi, berkaki panjang, mempunyai pinggang yang tegap persis 'supermodel'. Tubuh badan anda juga kurang berlengkung. Jika anda fikir anda sukar untuk menggayakan sebarang pakaian, anda silap kerana ia adalah sebaliknya! Tak percaya? Cuba lihat bintang jelita Deepika Padukone menggayakan seluar jeans jenis 'baggy' bersama T-shirt yang dimasukkan ke dalam seluar. Ringkas dan bergaya!

  • Seluar jeans jenis 'baggy' dan 'ripped' paras buku lali adalah cara terbaik untuk anda gayakan bersama sepasang sandal atau kasut tumit tinggi.
  • Selain itu, anda juga boleh mengenakan seluar jeans jenis 'flared' yang memberi ilusi lengkungan dan mengaburkan pandangan bentuk tubuh anda yang bersegi. Seluar ini anda boleh gabungkan dengan apa-apa jenis baju.
  • Jangan hadkan gaya anda hanya kepada seluar jeans yang kosong sahaja. Apa kata anda cuba gayakan seluar jeans bersulam ataupun bercorak 'embroidery' pula. Barulah 'style'!

 

Bentuk segi tiga terbalik

Serupa seperti bentuk epal, anda yang mempunyai bentuk tubuh segi tiga terbalik mempunyai bahu atau dada yang lebar. Cuma apa yang bezanya adalah anda mempunyai pinggang yang terbentuk dan sedikit berlekuk. Selain memilih seluar jeans yang sesuai, anda juga perlu peka akan pakaian serta aksesori lain yang akan anda gabungkan bersama. Aktres Janhvi Kapoor tampak menawan dengan kombinasi seluar jeans 'slim-fit', 'stonewashed' dan kasut tumit tinggi!

  • Seluar jeans jenis palazzo, lebar atau 'cropped' adalah yang paling sesuai untuk anda yang mempunyai bentuk tubuh segi tiga terbalik. Padankan seluar anda dengan apa-apa jenis baju yang ringkas.
  • Bagi memastikan pandangan terletak pada aset utama anda iaitu bahagian kaki, anda perlu kurangkan penggunaan aksesori. Cukup sekadar memakai barang kemas yang kecil dan tidak terlalu menonjol.
  • Untuk gaya yang lebih selesa, anda juga boleh mengenakan seluar jeans jenis 'straight cut' dan berwarna cerah atau 'stonewashed'. Stail ini sesuai untuk anda yang berjiwa muda dan mengikut 'trend'!

 



Suggested Articles

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!

Apa-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang "Naagin 5"

Jom ketahui fakta-fakta tentang siri televisyen 'supernatural' kegemaran ramai ini!

Karan-Patel-Jadi-Mr-Bajaj-Dalam-Kasautii-Zindagii-Kay-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Karan Patel Jadi Mr. Bajaj Dalam "Kasautii Zindagii Kay 2"

Aktor itu menggantikan tempat Karan Singh Grover yang sebelumnya membintangi musim pertama.