CLOSE
CLOSE AD

Katrina Kaif Dedah Dua Projek Filem Bajet Besar Terbarunya

  • 31 May 2020
Katrina-Kaif-Dedah-Dua-Projek-Filem-Bajet-Besar-Terbarunya

Kerinduan para peminat untuk melihat bintang terkenal Katrina Kaif beraksi di layar perak bakal terubat apabila mendedahkan dua projek filem berbajet besar yang bakal dibintanginya.

"Saya dapat rasa kami semua bergerak dalam hala tuju yang betul. Saya tahu terdapat beberapa perbincangan berlaku di sekeliling saya dan saya juga meletakkan harapan yang tinggi.

"Terdapat dua perbincangan yang berlaku buat masa ini dan akan diteruskan. Ia akan direalisasikan tidak lama lagi," dedahnya menerusi laporan dari News18.

Walau bagaimanapun, aktres filem "Bharat" itu tidak dapat mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai projek-projek berkenaan, termasuk siapa pembikin filem, memandangkan ia masih dalam fasa awal.

Difahamkan salah satu daripada projek itu merupakan sebuah filem yang mengetengahkan wanita sebagai peneraju utama.

Kali terakhir Katrina dilihat berlakon adalah menerusi filem "Angrezi Medium", di mana dia berkongsi skrin bersama bintang terkenal Irrfan Khan buat kali terakhir.

Dalam perkembangan lain, aktres itu kini sedang menantikan tayangan filem aksi polis Rohit Shetty "Sooryavanshi", di mana dia digandingkan bersama Akshay Kumar.

(Sumber: News18)
(Sumber foto: MelodyFuse)



Suggested Articles

Divvya-Chouksey-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-28-Tahun-Akibat-Kanser Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Divvya Chouksey Meninggal Dunia Pada Usia 28 Tahun Akibat Kanser

Aktres itu sempat berkongsikan nota menyayat hati Instagram sebelum kematiannya.

Kakak-Alia-Bhatt-Shaheen-Dedah-Mesej-Ugutan-Bunuh-Dan-Rogol-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Kakak Alia Bhatt, Shaheen Dedah Mesej Ugutan Bunuh Dan Rogol Di Media Sosial

Shaheen menegaskan dia akan mengambil tindakan terhadap semua pelaku.

Shabana-Azmi-Hema-Malini-Kesal-Pelakon-Veteran-Tak-Dibenarkan-Sertai-Penggambaran Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Shabana Azmi & Hema Malini Kesal Pelakon Veteran Tak Dibenarkan Sertai Penggambaran

Kerajaan India tak benarkan pelakon veteran sambung penggambaran.

Transformasi-Aktres-Bollywood-Era-90-an-Yang-Terkini Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Transformasi Aktres Bollywood Era 90-an Yang Terkini

Jom lihat perubahan wajah dan penampilan baru aktres-aktres yang disenaraikan.

Aishwarya-Rai-Daughter-Test-Positive-For-Covid-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jul 2020

Aishwarya Rai & Daughter Test Positive For Covid-19!

Aishwarya Rai and Jaya Bachan's Covid-19 test results are finally out... 

6-Selebriti-Bollywood-Yang-Kembali-Bekerja-Dalam-Tempoh-Pandemik Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

6 Selebriti Bollywood Yang Kembali Bekerja Dalam Tempoh Pandemik

Ia susulan kerajaan India melonggarkan sekatan Perintah Berkurung baru-baru ini.