CLOSE
CLOSE AD

Alia Bhatt Sambung Penggambaran "Gangubai Kathiawadi" Selepas Perintah Berkurung?

  • 30 May 2020
Alia-Bhatt-Sambung-Penggambaran-Gangubai-Kathiawadi-Selepas-Perintah-Berkurung

Filem "Gangubai Kathiawadi" diterajui oleh aktres Alia Bhatt berkemungkinan menjadi filem Bollywood pertama yang akan menyambung sesi penggambaran sejurus sahaja Perintah Berkurung berakhir.

"Sanjay Leela Bhansali (penerbit dan pengarah) telah pun melangsungkan penggambaran di Filmcity dan set penggambarannya masih berada di sana.

"Jadi kemungkinan filemnya akan menjadi yang pertama untuk menyambung penggambaran dengan langkah berjaga-jaga, sebaik sahaja ia mendapat kebenaran daripada Ketua Menteri.

"Ramai pembikin filem yang mengekalkan set penggambaran mereka, sementara menantikan waktu sesuai untuk menyambung penggambaran selepas tamat Perintah Berkurung," ujar Setiausaha Agung Persekutuan Pekerja Cine India Barat (FWICE), Ashok Dubey, yang dipetik dari Eastern Eye.

Terdahulu, Sanjay dikatakan ingin merobohkan set penggambarannya untuk mengurangkan kos sewa yang mahal dan membina set baru dengan kos yang lebih rendah.

Sehingga kini, pihak produksi masih belum memaklumkan tarikh tayangan baru bagi filem berkenaan, di mana pada asalnya mereka telah menetapkan tarikh tayangan pada 11 September 2020.

"Gangubai Kathiawadi" merupakan sebuah filem biopik jenayah mengenai Ratu Mafia dan 'ibu ayam' bagi sebuah rumah pelacuran, yang mana wataknya akan dijayakan oleh Alia.

Selain Alia, filem itu turut dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Shantanu Maheshwari, Vijay Raaz, Mohammed Samad, Seema Pahwa dan Bajrangbali Singh.

(Sumber: Eastern Eye)
(Sumber foto: Pinterest & IMDB)



Suggested Articles

Kakak-Alia-Bhatt-Shaheen-Dedah-Mesej-Ugutan-Bunuh-Dan-Rogol-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Kakak Alia Bhatt, Shaheen Dedah Mesej Ugutan Bunuh Dan Rogol Di Media Sosial

Shaheen menegaskan dia akan mengambil tindakan terhadap semua pelaku.

Shabana-Azmi-Hema-Malini-Kesal-Pelakon-Veteran-Tak-Dibenarkan-Sertai-Penggambaran Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Shabana Azmi & Hema Malini Kesal Pelakon Veteran Tak Dibenarkan Sertai Penggambaran

Kerajaan India tak benarkan pelakon veteran sambung penggambaran.

Transformasi-Aktres-Bollywood-Era-90-an-Yang-Terkini Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Transformasi Aktres Bollywood Era 90-an Yang Terkini

Jom lihat perubahan wajah dan penampilan baru aktres-aktres yang disenaraikan.

Aishwarya-Rai-Daughter-Test-Positive-For-Covid-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jul 2020

Aishwarya Rai & Daughter Test Positive For Covid-19!

Aishwarya Rai and Jaya Bachan's Covid-19 test results are finally out... 

6-Selebriti-Bollywood-Yang-Kembali-Bekerja-Dalam-Tempoh-Pandemik Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

6 Selebriti Bollywood Yang Kembali Bekerja Dalam Tempoh Pandemik

Ia susulan kerajaan India melonggarkan sekatan Perintah Berkurung baru-baru ini.

Warganet-Kecam-Tindakan-Karan-Johar-Hadiri-Majlis-Hari-Jadi-Neetu-Kapoor Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

Warganet Kecam Tindakan Karan Johar Hadiri Majlis Hari Jadi Neetu Kapoor

Ia susulan pembikin filem itu dikatakan sedang mengalami kemurungan.