CLOSE
CLOSE AD

Komposer Muzik Wajid Khan Meninggal Dunia Pada Usia 42 Tahun

  • 01 Jun 2020
Komposer-Muzik-Wajid-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-42-Tahun

Komposer muzik, pengarah dan penyanyi Bollywood Wajid Khan disahkan meninggal dunia pada usia 42 tahun selepas didapati positif wabak COVID-19. Menurut laporan dari India Today, Wajid turut menghidap beberapa komplikasi kesihatan lain iaitu penyakit buah pinggang, yang memerlukannya untuk menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang beberapa bulan lalu.

Wajid telah dikejarkan ke Hospital Surana, Chembur, beberapa hari lalu dan difahamkan tahap kesihatannya semakin merosot hari demi hari ketika berada di wad hospital.

"Dia menghidap beberapa masalah kesihatan. Dia menghidap penyakit buah pinggang dan menjalani pemindahan buah pinggang tetapi baru-baru ini dia disahkan menghidap jangkitan buah pinggang.

"Selama empat hari lalu, dia hanya bergantung kepada alat pengudaraan selepas tahap kesihatannya semakin merosot.

"Jangkitan buah pinggang hanya permulaan dan kemudian dia semakin kritikal," ujar komposer muzik Salim Merchant.

Untuk rekod, Wajid merupakan salah seorang daripada komposer muzik duo terkenal Sajid-Wajid yang telah menghasilkan runut bunyi filem-filem besar seperti "Pyaar Kiya Toh Darna Kya" lakonan Salman Khan, "Garv", "Hello Brother", "Wanted", "Partner" dan francais "Dabangg".

Baru-baru ini juga, mereka telah bekerjasama untuk menggubah lagu baru nyanyian Salman Khan berjudul "Bhai Bhai" yang dilancarkan pada awal perayaan Aidilfitri.

Sehubungan dengan itu, selebriti-selebriti Bollywood termasuk Priyanka Chopra, Amitabh Bachchan dan Karan Johar tampil memberi tribute terakhir buat Wajid menerusi laman sosial masing-masing.

(Sumber: India Today, Twitter)
(Sumber foto: Koimoi)



Suggested Articles

6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

Jom ketahui mengapa 'King of Bollywood' ini menolak filem-filem hebat ini!

Pooja-Bhatt-Sindir-Kangana-Ranaut-Kerana-Persoalkan-Nepotisme Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

Pooja Bhatt Sindir Kangana Ranaut Kerana Persoalkan Nepotisme

Aktres itu tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap keluarganya.

Rahul-Roy-Dedah-Sebab-Dia-Undur-Diri-Dari-Dunia-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Rahul Roy Dedah Sebab Dia Undur Diri Dari Dunia Bollywood

Aktor itu menjelaskan keputusannya tidak ada kena mengena dengan industri tersebut.

Priyanka-Chopra-Bakal-Bintangi-Filem-Keanu-Reeves-The-Matrix-4 Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Priyanka Chopra Bakal Bintangi Filem Keanu Reeves "The Matrix 4"

Berita yang tular di Internet ini telah membangkitkan keterujaan ramai peminat.

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.