CLOSE
CLOSE AD

Set Filem Biopik Ajay Devgn "Maidaan" Telah Dirobohkan

  • 01 Jun 2020
Set-Filem-Biopik-Ajay-Devgn-Maidaan-Telah-Dirobohkan

Pihak produksi filem biopik "Maidaan" yang diterajui oleh aktor Ajay Devgn telah merobohkan set penggambaran filem itu memandangkan musim tengkujuh bakal melanda India.

Perkara itu telah disahkan oleh penerbit Boney Kapoor yang turut menyatakan set penggambaran filem berkenaan tidak dapat digunakan buat sementara waktu akibat pandemik COVID-19.

"Kami telah membina sebuah set penggambaran seluas 16 ekar di sekitar Mumbai, bersama dengan infrastruktur syarikat produksi.

"Ketika sesi penggambaran ingin dimulakan, pandemik telah menyerang dunia. Set itu kini telah dirobohkan memandangkan musim hujan bakal melanda bandar Mumbai.

"Proses pembinaan semula akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan, di mana ia akan bermula pada September, supaya penggambaran boleh disambung pada November," ujarnya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Tambah Boney lagi, ia merupakan satu kerugian besar buat syarikat produksinya, namun turut berasa lega kerana semua penggambaran babak latihan telah difilemkan di Lucknow dan Kolkata.

Buat masa ini, sesi penggambaran filem berbaki kira-kira 30 hari lagi dan pihak produksi tidak merancang untuk memfilemkannya di luar negara memandangkan jumlah produksi terlalu ramai.

Diarahkan oleh Amit Ravindrenath Sharma, "Maidaan" mengisahkan kehidupan sebenar pengurus dan jurulatih pasukan bola sepak India, Syed Abdul Rahim, yang juga dianggap sebagai salah seorang jurulatih terhebat negara itu.

Selain Ajay, filem itu turut menampilkan pelakon lain seperti Priyamani dan Gajraj Rao dan ia dijadual untuk ditayangkan pada 11 Disember 2020.

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: New India Times & IMDB)



Suggested Articles

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!

Apa-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang "Naagin 5"

Jom ketahui fakta-fakta tentang siri televisyen 'supernatural' kegemaran ramai ini!

Karan-Patel-Jadi-Mr-Bajaj-Dalam-Kasautii-Zindagii-Kay-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Karan Patel Jadi Mr. Bajaj Dalam "Kasautii Zindagii Kay 2"

Aktor itu menggantikan tempat Karan Singh Grover yang sebelumnya membintangi musim pertama.