CLOSE
CLOSE AD

Akshay Kumar Ingin Ambil Tindakan Terhadap Media Yang Laporkan Berita Palsu

  • 01 Jun 2020
Akshay-Kumar-Ingin-Ambil-Tindakan-Terhadap-Media-Yang-Laporkan-Berita-Palsu

Bintang terkenal Akshay Kumar tampil menafikan berita palsu yang mengatakan dia telah menempah penerbangan sewa khas ke Delhi buat adik perempuannya Alka Bhatia bersama anak-anaknya.

Berita yang diterbitkan oleh sebuah media digital itu memetik kenyataan satu sumber bahawa Akshay telah menempah sebuah penerbangan penumpang untuk dijadikan penerbangan sewa khas.

Sehubungan dengan itu, Akshay memberi amaran kepada pihak media tersebut kerana melaporkan berita palsu serta ingin mengambil tindakan terhadap perbuatan mereka.

"Berita yang mengatakan saya menempah sebuah penerbangan sewa khas untuk adik saya dan dua orang anaknya adalah TIDAK BENAR dari awal hingga akhir.

"Dia tidak pergi ke mana-mana sejak Perintah Berkurung dilaksanakan dan dia hanya ada seorang anak!

"Saya terfikir untuk ambil tindakan, cukup-cukuplah melaporkan berita palsu!" tegasnya menerusi entri yang dimuat naik di Twitter baru-baru ini.

Terdahulu, Akshay juga telah menafikan sebuah berita palsu yang mengatakan syarikat produksinya akan mengadakan sesi uji bakat untuk video muzik lagu "Filhall Part 2".

Dalam perkembangan lain, Akshay mempunyai beberapa projek filem terbaru dalam tangan seperti "Bell Bottom", "Prithviraj", "Sooryavanshi", "Laxmmi Bomb", "Bachchan Pandey" dan "Atrangi Re".

(Sumber: Akshay Kumar Twitter)
(Sumber foto: Hindustan Times)



Suggested Articles

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!

Apa-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang "Naagin 5"

Jom ketahui fakta-fakta tentang siri televisyen 'supernatural' kegemaran ramai ini!

Karan-Patel-Jadi-Mr-Bajaj-Dalam-Kasautii-Zindagii-Kay-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Karan Patel Jadi Mr. Bajaj Dalam "Kasautii Zindagii Kay 2"

Aktor itu menggantikan tempat Karan Singh Grover yang sebelumnya membintangi musim pertama.