CLOSE
CLOSE AD

Shah Rukh Khan Dedah Pernah Cuba Beli Anugerah Aktor Terbaik Filmfare

  • 02 Jun 2020
Shah-Rukh-Khan-Dedah-Pernah-Cuba-Beli-Anugerah-Aktor-Terbaik-Filmfare

Bergelar bintang paling terkenal Bollywood, semestinya Shah Rukh Khan mempunyai koleksi trofi juara pelbagai Anugerah Berprestij sepanjang menapak dalam industri perfileman.

Namun di sebalik semua kemenangan itu, Shah Rukh Khan telah membuat pendedahan bahawa dia pernah menawarkan wang rasuah untuk merangkul trofi Anugerah Aktor Terbaik Filmfare 1994.

"Apabila seseorang inginkan sesuatu, dia akan menjadi seorang yang teruk dengan berkata saya mahu ini, saya mahu itu, sebuah kereta, sebuah banglo, sama seperti sama menginginkan anugerah.

"Jadi saya rasa terlalu terdesak untuk menjuarai Anugerah Aktor Terbaik, kerana saya merasakan diri saya memang layak untuk memenanginya.

"Saya patut dapatkan anugerah ini pada tahun ini, dan atas keinginan itu saya menjadi seorang yang teruk.

"Saya berkata pada penyunting, saya seorang yang teruk, saya betul-betul mahukan anugerah ini tetapi jika encik mahukan wang, saya boleh bayar," katanya yang dipetik dari Desi Martini.

Biarpun penyunting itu telah menolak tawaran Shah Rukh Khan, namun tuah berpihak kepadanya apabila dia berjaya memenangi Anugerah Aktor Terbaik bagi filem "Baazigar" buat kali pertama.

Sehingga kini, Shah Rukh Khan telah memenangi sebanyak 15 buah Anugerah Filmfare bagi filem-filemnya seperti "Dilwale Dulhania Le Jayenge", "Dil To Pagal Hai", "Kuch Kuch Hota Hai" dan "My Name Is Khan".

Kali terakhir Shah Rukh Khan dilihat berlakon di layar perak adalah menerusi filem "Zero" dan bakal kembali menerusi filem "Brahmastra" yang turut dibintangi oleh Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt.

(Sumber: Desi Martini)
(Sumber foto: Brown Girl Magazine)



Suggested Articles

6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

Jom ketahui mengapa 'King of Bollywood' ini menolak filem-filem hebat ini!

Pooja-Bhatt-Sindir-Kangana-Ranaut-Kerana-Persoalkan-Nepotisme Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

Pooja Bhatt Sindir Kangana Ranaut Kerana Persoalkan Nepotisme

Aktres itu tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap keluarganya.

Rahul-Roy-Dedah-Sebab-Dia-Undur-Diri-Dari-Dunia-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Rahul Roy Dedah Sebab Dia Undur Diri Dari Dunia Bollywood

Aktor itu menjelaskan keputusannya tidak ada kena mengena dengan industri tersebut.

Ibu-Jiah-Khan-Dakwa-Kes-Kematian-Sushant-Singh-Rajput-Sama-Seperti-Kes-Anaknya Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Jul 2020

Ibu Jiah Khan Dakwa Kes Kematian Sushant Singh Rajput Sama Seperti Kes Anaknya

Ibu aktres itu percaya ada pihak atasan mensabotaj penyiasatan polis.