CLOSE
CLOSE AD

Anurag Kashyap Tubuhkan Syarikat Produksi Good Bad Films

  • 02 Jun 2020
Anurag-Kashyap-Tubuhkan-Syarikat-Produksi-Good-Bad-Films

Pembikin filem dan aktor Anurag Kashyap mengumumkan penubuhan syarikat produksi terbarunya yang diberi nama Good Bad Films berserta sebuah filem baru berjudul "Choked: Paisa Bolta Hai".

Pengumuman itu telah dibuat menerusi laman Instagram miliknya, sekaligus memperkenalkan laman Instagram rasmi Good Bad Films berserta logonya.

Sehubungan dengan itu, pengarah filem "Bombay Velvet" itu turut memperkenalkan dua orang rakan kongsinya yang terlibat dalam pertubuhan Good Bad Films iaitu Dhruv Jagasia dan Akshay Thakker.

"Jadi inilah dia syarikat produksi terbaru kami @goodbadfilmsofficial. Memperkenalkan yang baik, yang jahat dan filem terbitan Good Bad Films pada hari keluaran filem pertama produksi kami "Choked: Paisa Bolta Hai".

"Dhruv Jagasia dan Akshay Thakker. Dua tulang belakang saya. Cuma saya tak dapat pastikan siapa baik dan siapa jahat antara dua penerbit saya ini, jadi saya biarkan anda yang tentukan.

"Jom berseronok dengan "Choked Paisa Bolta Hai" yang akan dirilis pada 5 Jun ini! Logo direka oleh Sam Madhu dan foto oleh @khamkhaphotoartist," tulisnya di entri tersebut.

Buat pengetahuan lanjut, ini merupakan syarikat produksi ketiga yang ditubuhkan oleh Anurag selepas Phantom Films dan Anurag Kashyap Films.

Berbalik kepada "Choked: Paisa Bolta Hai", filem itu dibintangi oleh Saiyami Kher dan Roshan Mathew sebagai peneraju utama.

Diarahkan oleh Anurag, ia bakal menemui penonton pada 5 Jun ini menerusi sebuah portal penstriman berbayar.

(Sumber: Anurag Kashyap Instagram)
(Sumber foto: Anurag Kashyap Instagram)



Suggested Articles

Shah-Rukh-Khan-Bakal-Ke-Set-Penggambaran-Pathan-November-ini Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Aug 2020

Shah Rukh Khan Bakal Ke Set Penggambaran "Pathan" November ini!

Bintang Bollywood itu dilaporkan akan berganding dengan aktres Deepika Padukone.

Hrithik-Roshan-Bakal-Kembali-Dengan-Sekuel-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Aug 2020

Hrithik Roshan Bakal Kembali Dengan Sekuel "Super 30"?

Pakar Matematik Anand Kumar mendedahkan bahawa ia masih dalam proses perbincangan.

10-Bintang-Bollywood-Bersama-Stunt-Double-Filem-Mereka Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Aug 2020

10 Bintang Bollywood Bersama 'Stunt Double' Filem Mereka

Jom kenali beberapa 'stunt double' yang beraksi dalam filem-filem Bollywood kegemaran anda!

7-Bintang-Bollywood-Yang-Sanggup-Ambil-Risiko-Demi-Jayakan-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Aug 2020

7 Bintang Bollywood Yang Sanggup Ambil Risiko Demi Jayakan Watak

Bintang-bintang ini sanggup melakukan apa sahaja untuk memberi persembahan terbaik.

Billboard-USA-Perjuangkan-Hak-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Aug 2020

Billboard USA Perjuangkan Hak Sushant Singh Rajput

Foto Billboard itu dikongsikan oleh kakak Sushant yang menetap di Amerika Syarikat.

Pejabat-Shah-Rukh-Khan-Kini-Beroperasi-Sebagai-Wad-ICU Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Aug 2020

Pejabat Shah Rukh Khan Kini Beroperasi Sebagai Wad ICU

Ia dijalankan di bawah kerjasama pertubuhan MEER Foundation, Hospital Hinduja serta BMC.