CLOSE
CLOSE AD

Deepika Padukone Pernah Tolak Filem Debut Bersama Salman Khan

  • 03 Jun 2020
Deepika-Padukone-Pernah-Tolak-Filem-Debut-Bersama-Salman-Khan

Jarang sekali penggiat seni Bollywood menolak tawaran membintangi filem bersama bintang terkenal, namun aktres Deepika Padukone mendedahkan dia pernah menolak tawaran filem Salman Khan.

Seperti yang diketahui umum, Deepika telah membuat debut dalam industri filem Hindi menerusi filem klasik "Om Shanti Om", di mana dia berpeluang untuk berkongsi skrin dengan 'King of Bollywood' Shah Rukh Khan.

"Tunjukkan kepada saya siapa yang tak mahu bekerja dengan Salman Khan! Kini biar saya bagitahu anda, saya membuat debut bersama Shah Rukh Khan, tetapi Salman adalah orang pertama yang menawarkan filem kepada saya.

"Dia menyedari bakat saya sebelum "Om Shanti Om" ditayangkan lagi, ketika saya tampil dalam iklan Liril dan Close Up. Ketika itu saya sibuk dengan bidang pemodelan. Jadi sehingga kini tawarannya belum terlaksana.

"Ketika itu saya masih belum bersedia. Saya terlalu muda dan tak pasti bidang kerjaya mana yang patut saya teruskan. Ramai yang menganggap saya rugi besar kerana melepaskan tawaran itu tetapi saya rasa ia sudah tertulis sebagai takdir.

"Walau bagaimanapun, saya berasa lega kerana tidak membintangi filem itu, kerana saya tahu saya tak mampu jayakannya pada waktu itu," jelasnya yang dipetik dari laporan Desi Martini.

Buat pengetahuan lanjut, ia bukan kali pertama Deepika menolak tawaran filem bersama Salman kerana selepas itu dia telah menolak filem lain seperti "Jai Ho", "Bajrangi Bhaijaan", "Kick", "Prem Ratan Dhan Payo" dan "Sultan".

Sehingga kini, para peminat dikatakan masih setia menanti untuk melihat gandingan Deepika dan Salman sebagai peneraju utama dalam sesebuah filem.

Beralih ke perkembangan lain, Deepika akan kembali ke layar perak menerusi filem sukan "83" arahan Kabir Khan, di mana dia digandingkan bersama suaminya yang juga aktor Ranveer Singh.

(Sumber: Desi Martini)
(Sumber foto: Kalinga TV)



Suggested Articles

6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

Jom ketahui mengapa 'King of Bollywood' ini menolak filem-filem hebat ini!

Pooja-Bhatt-Sindir-Kangana-Ranaut-Kerana-Persoalkan-Nepotisme Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

Pooja Bhatt Sindir Kangana Ranaut Kerana Persoalkan Nepotisme

Aktres itu tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap keluarganya.

Rahul-Roy-Dedah-Sebab-Dia-Undur-Diri-Dari-Dunia-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Rahul Roy Dedah Sebab Dia Undur Diri Dari Dunia Bollywood

Aktor itu menjelaskan keputusannya tidak ada kena mengena dengan industri tersebut.

Priyanka-Chopra-Bakal-Bintangi-Filem-Keanu-Reeves-The-Matrix-4 Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Priyanka Chopra Bakal Bintangi Filem Keanu Reeves "The Matrix 4"

Berita yang tular di Internet ini telah membangkitkan keterujaan ramai peminat.

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.