CLOSE
CLOSE AD

Tahira Kashyap Akui Masih Belum Bersedia Untuk Mengarah Ayushmann Khurrana

  • 03 Jun 2020
Tahira-Kashyap-Akui-Masih-Belum-Bersedia-Untuk-Mengarah-Ayushmann-Khurrana

Pengarah dan penulis Tahira Kashyap membuat pengakuan bahawa sehingga kini dia masih belum bersedia untuk mengarah filem untuk suaminya yang juga aktor terkenal Ayushmann Khurrana.

Menurut Tahira, dia berpendapat bahawa dia perlu mencapai satu tahap yang tinggi sebelum mengarah suaminya kerana Ayushmann adalah seorang aktor yang dianggap senior dan versatil.

"Sudah tentu saya berkeinginan untuk bekerjasama dengannya dari perspektif mengarah seorang artis yang hebat. Pada masa yang sama, dia adalah senior saya apabila bekerja.

"Saya perlu menjayakan beberapa filem atau mencapai satu tahap di mana saya layak untuk mengarahnya. Saya juga berasa gusar kerana saya tak tahu bagaimana situasinya nanti kerana kami adalah suami isteri.

"Mampukah kami menjaga adab sebagai pengarah dan aktor di set penggambaran? Itu sesuatu yang kami inginkan jawapan," katanya yang dipetik dari NDTV.

Sebagai langkah awal di bangku pengarah, Tahira telah berjaya menggarap dua buah filem pendek yang ditayangkan menerusi saluran YouTube iaitu "Pinni" (2020) dan "Toffee" (2018).

Malah Tahira turut mendedahkan yang dia sedang menghasilkan beberapa skrip untuk filem-filem cereka dalam perancangannya.

Sementara itu, Ayushmann pula akan dilihat membintangi filem "Gulabo Sitabo" bersama bintang veteran Amitabh Bachchan yang dirilis menerusi sebuah portal penstriman berbayar.

(Sumber: NDTV)
(Sumber foto: Pinkvilla)



Suggested Articles

6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

Jom ketahui mengapa 'King of Bollywood' ini menolak filem-filem hebat ini!

Pooja-Bhatt-Sindir-Kangana-Ranaut-Kerana-Persoalkan-Nepotisme Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

Pooja Bhatt Sindir Kangana Ranaut Kerana Persoalkan Nepotisme

Aktres itu tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap keluarganya.

Rahul-Roy-Dedah-Sebab-Dia-Undur-Diri-Dari-Dunia-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Rahul Roy Dedah Sebab Dia Undur Diri Dari Dunia Bollywood

Aktor itu menjelaskan keputusannya tidak ada kena mengena dengan industri tersebut.

Priyanka-Chopra-Bakal-Bintangi-Filem-Keanu-Reeves-The-Matrix-4 Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Priyanka Chopra Bakal Bintangi Filem Keanu Reeves "The Matrix 4"

Berita yang tular di Internet ini telah membangkitkan keterujaan ramai peminat.

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.