CLOSE
CLOSE AD

Tiger Shroff Beri Petunjuk Untuk Sekuel Filem Blokbuster "War"?

  • 04 Jun 2020
Tiger-Shroff-Beri-Petunjuk-Untuk-Sekuel-Filem-Blokbuster-War

Bintang filem aksi Tiger Shroff seakan memberi petunjuk kepada para peminat bahawa dia bakal kembali berkongsi skrin bersama Hrithik Roshan dalam sekuel filem aksi pecah panggung "War".

Semuanya selepas Tiger membalas pertanyaan aktres Vaani Kapoor, yang turut sama menjayakan filem itu, mengenai pengalamannya bekerjasama dengan aktres tersebut menerusi laman Instagram Story.

"Harapnya kita berdua akan hidup balik untuk sekuel filem ini dan saya boleh menjadi penari latar dalam lagu "Ghungroo 2.0" di belakang awak dan Kabir (Hrithik Roshan)," balasnya dengan nada gurauan.

 

Tiger Shroff membalas pertanyaan Vaani Kapoor menerusi Instagram Story.

Seperti yang dilaporkan menerusi Republic World, pengarah Siddharth Anand pernah memberitahu perancangannya untuk memperkembangkan "War" sebagai sebuah francais selepas melihat reaksi para penonton.

Melihat kembali kejayaan filem "War" yang ditayangkan pada tahun lalu, maka para penonton sudah boleh menjangka bahawa perancangan Anand dapat direalisasikan tidak lama lagi.

Beralih ke perkembangan lanjut, Tiger yang kali terakhir beraksi dalam "Baaghi 3" akan kembali ke layar perak menerusi filem "Rambo" arahan Siddharth Anand dan "Heropanti 2" yang akan ditayang pada 2021.

(Sumber: Republic World)
(Sumber foto: Cinema Express & Tiger Shroff Instagram)



Suggested Articles

6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

Jom ketahui mengapa 'King of Bollywood' ini menolak filem-filem hebat ini!

Pooja-Bhatt-Sindir-Kangana-Ranaut-Kerana-Persoalkan-Nepotisme Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

Pooja Bhatt Sindir Kangana Ranaut Kerana Persoalkan Nepotisme

Aktres itu tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap keluarganya.

Rahul-Roy-Dedah-Sebab-Dia-Undur-Diri-Dari-Dunia-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Rahul Roy Dedah Sebab Dia Undur Diri Dari Dunia Bollywood

Aktor itu menjelaskan keputusannya tidak ada kena mengena dengan industri tersebut.

Priyanka-Chopra-Bakal-Bintangi-Filem-Keanu-Reeves-The-Matrix-4 Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Priyanka Chopra Bakal Bintangi Filem Keanu Reeves "The Matrix 4"

Berita yang tular di Internet ini telah membangkitkan keterujaan ramai peminat.

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.