CLOSE
CLOSE AD

Salman Khan Tonjol Bakat Menulis Dengan Hasilkan Skrip Filem Romantik

  • 04 Jun 2020
Salman-Khan-Tonjol-Bakat-Menulis-Dengan-Hasilkan-Skrip-Filem-Romantik

Ternyata bintang terkenal Salman Khan mempunyai pelbagai bakat terpendam kerana selain berlakon, menyanyi dan melukis, kini dia mengikut jejak langkah bapanya Salim Khan sebagai penulis skrip.

Difahamkan Salman sedang menghasilkan skrip bagi sebuah filem romantik selepas menyumbang hasil penulisannya untuk memperkembangkan jalan cerita filem aksi "Dabangg 3".

"Salman sering mengemukakan konsep 'one-line'; minatnya terhadap penulisan jalan cerita mungkin timbul disebabkan oleh bapanya Salim Khan yang juga penulis.

"Sekian lama dia telah memikirkan sebuah kisah cinta pasangan muda dalam fikirannya. Tempoh Perintah Berkurung adalah waktu yang sesuai untuk mengembalikan idea itu.

"Setiap hari Salman meluangkan beberapa jam untuk menghasilkan draf pertama, dan berharap skrip itu akan siap pada hujung tahun ini," dedah satu sumber menerusi Mid-Day.

Menurut sumber itu lagi, filem yang masih belum diberi judul itu akan diterbitkan di bawah syarikat produksi milik Salman iaitu Salman Khan Films (SKF).

Walau bagaimanapun, buat masa ini berita berkenaan masih belum disahkan oleh pelakon filem "Bharat" tersebut.

Baru-baru ini, Salman telah menghadiahkan para peminatnya dengan tiga buah lagu berjudul "Bhai Bhai", "Tere Bina" dan "Pyaar Karona" sepanjang mengkuarantinkan diri di rumah ladangnya di Panvel.

Ia susulan Salman tidak dapat meriliskan filem terbarunya "Radhe: Your Most Wanted Bhai" yang dinanti-nanti ramai sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

(Sumber: Mid-Day)
(Sumber foto: Biz Asia)



Suggested Articles

Divvya-Chouksey-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-28-Tahun-Akibat-Kanser Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Divvya Chouksey Meninggal Dunia Pada Usia 28 Tahun Akibat Kanser

Aktres itu sempat berkongsikan nota menyayat hati Instagram sebelum kematiannya.

Kakak-Alia-Bhatt-Shaheen-Dedah-Mesej-Ugutan-Bunuh-Dan-Rogol-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Kakak Alia Bhatt, Shaheen Dedah Mesej Ugutan Bunuh Dan Rogol Di Media Sosial

Shaheen menegaskan dia akan mengambil tindakan terhadap semua pelaku.

Shabana-Azmi-Hema-Malini-Kesal-Pelakon-Veteran-Tak-Dibenarkan-Sertai-Penggambaran Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Shabana Azmi & Hema Malini Kesal Pelakon Veteran Tak Dibenarkan Sertai Penggambaran

Kerajaan India tak benarkan pelakon veteran sambung penggambaran.

Transformasi-Aktres-Bollywood-Era-90-an-Yang-Terkini Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Transformasi Aktres Bollywood Era 90-an Yang Terkini

Jom lihat perubahan wajah dan penampilan baru aktres-aktres yang disenaraikan.

Aishwarya-Rai-Daughter-Test-Positive-For-Covid-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jul 2020

Aishwarya Rai & Daughter Test Positive For Covid-19!

Aishwarya Rai and Jaya Bachan's Covid-19 test results are finally out... 

6-Selebriti-Bollywood-Yang-Kembali-Bekerja-Dalam-Tempoh-Pandemik Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

6 Selebriti Bollywood Yang Kembali Bekerja Dalam Tempoh Pandemik

Ia susulan kerajaan India melonggarkan sekatan Perintah Berkurung baru-baru ini.