CLOSE
CLOSE AD

Anak Saudara Nawazuddin Siddiqui Fail Laporan Gangguan Seksual Terhadap Adiknya

  • 05 Jun 2020
Anak-Saudara-Nawazuddin-Siddiqui-Fail-Laporan-Gangguan-Seksual-Terhadap-Adiknya

Selepas kecoh isterinya memfailkan penceraian, kini nama aktor Nawazuddin Siddiqui kembali menjadi bualan ramai setelah anak saudaranya memfailkan laporan gangguan seksual terhadap adik bongsunya Minazuddin Siddiqui.

Menurut laporan daripada The New Indian Express, laporan pertama telah difailkan oleh wanita berusia 21 tahun itu di Balai Polis Jamia Nagar, Delhi, pada Isnin lalu selepas dia pergi ke rumah mertuanya.

Kejadian itu berlaku secara berterusan selama tiga bulan sebelum wanita itu berkahwin pada 2017, malah ia mula berlaku ketika dia baru berusia sembilan tahun.

"Saya berusia sembilan tahun apabila pakcik Minazuddin mula berkelakuan pelik dengan saya. Saya tak selesa tetapi saya tak tahu yang ia adalah gangguan seksual.

"Saya mengadu perkara itu kepada ayah (Almas Siddiqui) dan pakcik Nawazuddin Siddiqui tetapi kedua-duanya tak percayakan saya dan menyuruh saya berdiam diri.

"Saya berdepan trauma dan kemurungan sepanjang hidup saya. Malah selepas berkahwin, mereka masih terus mengganggu saya dengan memfailkan kes terhadap kami," katanya.

Wanita itu merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keluarga mereka dan nalurinya bertambah kuat apabila isteri Nawazuddin, Aaliya, memfailkan penceraian atas penderaan mental dan fizikal yang dialaminya.

"Apabila makcik Aaliya mengadu tentang kes dera dalam keluarganya, saya terus menghubunginya dan berkongsi apa yang berlaku kepada saya. Dia menyuruh saya menegakkan hak saya dan akhirnya saya berani untuk bersuara," tambahnya lagi.

Sehingga kini, Nawazuddin masih belum tampil untuk memberi penjelasan berhubung kes penceraiannya mahupun kes gangguan seksual yang dilakukan oleh adik bongsunya itu.

(Sumber: The New Indian Express)
(Sumber foto: Cards Chat)



Suggested Articles

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!

Apa-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang "Naagin 5"

Jom ketahui fakta-fakta tentang siri televisyen 'supernatural' kegemaran ramai ini!

Karan-Patel-Jadi-Mr-Bajaj-Dalam-Kasautii-Zindagii-Kay-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Karan Patel Jadi Mr. Bajaj Dalam "Kasautii Zindagii Kay 2"

Aktor itu menggantikan tempat Karan Singh Grover yang sebelumnya membintangi musim pertama.