CLOSE
CLOSE AD

Karisma Kapoor Kembali Berlakon Dalam Siri Web "Mentalhood"

  • 09 Jun 2020
Karisma-Kapoor-Kembali-Berlakon-Dalam-Siri-Web-Mentalhood

Setelah sekian lama menyepikan dari dunia lakonan, kini aktres terkenal Karisma Kapoor kembali membuat debut dalam platform digital menerusi siri drama kekeluargaan "Mentalhood" terbitan Ekta Kapoor.

Menurut Karisma, pada asalnya dia tidak begitu yakin untuk kembali berlakon namun serta merta mengubah fikiran setelah membaca skrip siri tersebut.

Siri yang mula ditayangkan pada Mac lalu itu berkisarkan tentang kehidupan harian dan pengorbanan enam orang ibu dalam menjalankan tanggungjawab membesarkan anak-anak dan menjaga keluarga.

"Saya ingin orang ramai tahu apa yang saya hadapi dalam kehidupan seharian saya. Saya ingin mereka tahu yang mereka tidak keseorangan. Kami, sebagai ibu bapa, akan sama-sama mengharungi perjalanan ini bersama.

"Ini adalah cerita di mana setiap wanita, ibu, gadis muda dan golongan tua akan lebih dikenali. Sama ada mereka telah mengharunginya atau bakal menharunginya pada masa akan datang.

"Dalam setiap episod, kami akan berdepan dengan topik sensitif dan relevan seperti buli, ibu tumpang, anak angkat, menjadi 'tiger mom' dan menjadi ibu atau bapa tunggal. Topik-topiknya serius tetapi skripnya berunsur komedi," jelas Karisma yang dipetik dari Filmfare.

Dalam pada itu, Karisma memberitahu dia tidak menyesal meninggalkan kariernya dalam jangka waktu yang panjang untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anaknya Samiera dan Kiaan Raj.

Tambah ibu tunggal itu lagi, dia juga membuat keputusan itu kerana merasakan impiannya untuk mencipta nama dalam industri seni hiburan sudah tercapai.

Sehubungan dengan itu, Karisma mengakui bahawa dia tidak berdepan sebarang masalah untuk membahagikan masa antara menghadiri sesi penggambaran dan waktu bersama anak-anaknya.

Dalam perkembangan lain, Karisma mendedahkan dia akan terlibat dengan sebuah projek komedi tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut sehingga ia diumumkan oleh pihak penerbit.

(Sumber: Filmfare)
(Sumber foto: Karisma Kapoor Instagram)



Suggested Articles

Divvya-Chouksey-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-28-Tahun-Akibat-Kanser Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Divvya Chouksey Meninggal Dunia Pada Usia 28 Tahun Akibat Kanser

Aktres itu sempat berkongsikan nota menyayat hati Instagram sebelum kematiannya.

Kakak-Alia-Bhatt-Shaheen-Dedah-Mesej-Ugutan-Bunuh-Dan-Rogol-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Kakak Alia Bhatt, Shaheen Dedah Mesej Ugutan Bunuh Dan Rogol Di Media Sosial

Shaheen menegaskan dia akan mengambil tindakan terhadap semua pelaku.

Shabana-Azmi-Hema-Malini-Kesal-Pelakon-Veteran-Tak-Dibenarkan-Sertai-Penggambaran Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Shabana Azmi & Hema Malini Kesal Pelakon Veteran Tak Dibenarkan Sertai Penggambaran

Kerajaan India tak benarkan pelakon veteran sambung penggambaran.

Transformasi-Aktres-Bollywood-Era-90-an-Yang-Terkini Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Transformasi Aktres Bollywood Era 90-an Yang Terkini

Jom lihat perubahan wajah dan penampilan baru aktres-aktres yang disenaraikan.

Aishwarya-Rai-Daughter-Test-Positive-For-Covid-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jul 2020

Aishwarya Rai & Daughter Test Positive For Covid-19!

Aishwarya Rai and Jaya Bachan's Covid-19 test results are finally out... 

6-Selebriti-Bollywood-Yang-Kembali-Bekerja-Dalam-Tempoh-Pandemik Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

6 Selebriti Bollywood Yang Kembali Bekerja Dalam Tempoh Pandemik

Ia susulan kerajaan India melonggarkan sekatan Perintah Berkurung baru-baru ini.