CLOSE
CLOSE AD

Skrin Latar Telefon Nick Jonas Bersama Priyanka Chopra Tular Di Internet

  • 09 Jun 2020
Skrin-Latar-Telefon-Nick-Jonas-Bersama-Priyanka-Chopra-Tular-Di-Internet

Pasangan selebriti romantik Nick Jonas dan Priyanka Chopra terus menjadi tumpuan para peminat apabila baru-baru ini foto skrin latar telefon pintar Nick telah tular di Internet.

Menurut laporan dari Times of India, sebuah laman media peminat di Instagram memuat naik foto 'throwback' Nick dan Priyanka berjalan berpegangan tangan di sebuah lapangan terbang antarabangsa di New York.

Namun apa yang lebih menarik perhatian para peminat adalah foto skrin latar telefon pintar Nick yang menampilkan penyanyi Hollywood itu dan isterinya berpandangan mata.

Seperti yang dilihat di media sosial, Priyanka juga sentiasa menghiburkan para peminat dengan aktiviti-aktiviti harian mereka sepanjang tempoh kuarantin termasuk video muzik lagu Nick yang terbaru.

Dalam pada itu, mereka juga dilihat memainkan peranan dengan bersuara melalui media sosial tentang isu perkauman yang sedang berlaku di Amerika Syarikat serta menderma kepada badan-badan kebajikan.

Beralih ke perkembangan lain, Priyanka mempunyai beberapa projek filem baru dalam tangan termasuk "The White Tiger" bersama Rajkummar Rao dan filem arahan Robert Rodriguez "We Can Be Heroes".

(Sumber: Times of India & nickyanka18 Instagram)
(Sumber foto: Times of India)



Suggested Articles

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!

Apa-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang "Naagin 5"

Jom ketahui fakta-fakta tentang siri televisyen 'supernatural' kegemaran ramai ini!

Karan-Patel-Jadi-Mr-Bajaj-Dalam-Kasautii-Zindagii-Kay-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Karan Patel Jadi Mr. Bajaj Dalam "Kasautii Zindagii Kay 2"

Aktor itu menggantikan tempat Karan Singh Grover yang sebelumnya membintangi musim pertama.

Fakta-Fakta-Menarik-Tentang-Kehidupan-Tabu Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Jun 2020

Fakta-Fakta Menarik Tentang Kehidupan Tabu

Jom ketahui perkara-perkara penting mengenai soal hidup aktres berbakat besar ini.