CLOSE
CLOSE AD

Filem Janhvi Kapoor "Gunjan Saxena: The Kargil Girl" Ke Platform Digital

  • 10 Jun 2020
Filem-Janhvi-Kapoor-Gunjan-Saxena-The-Kargil-Girl-Ke-Platform-Digital

Persoalan mengenai medium tayangan filem biopik "Gunjan Saxena: The Kargil Girl" akhirnya terjawab apabila para pembikin filem mengumumkan ia bakal dirilis menerusi sebuah portal penstriman video berbayar.

Filem yang dibintangi aktres Janhvi Kapoor itu diinspirasikan daripada kehidupan Gunjan Saxena, seorang juruterbang Tentera Udara India yang menjadi wanita India pertama untuk membuat penerbangan dalam zon kombat.

Berita itu telah dikongsikan oleh studio produksi Dharma Productions milik Karan Johar, yang juga bertindak sebagai penerbit filem, menerusi laman Twitter baru-baru ini.

""Gunjan Saxena" adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar mengenai keberanian seorang wanita yang tiada tandingan, dan menjadi inspirasi kepada ramai orang pada tahun-tahun berikutnya.

"Kami teruja berkongsikan kisah yang menginspirasikan orang ramai untuk ikut kata hati dan mengejar impian dengan berjuta-juta penonton di seluruh dunia," ujar Karan Johar yang dipetik dari The Indian Express.

Sehubungan dengan itu, bukan para peminat sahaja yang meluahkan keterujaan mereka menerusi laman Twitter, malah bintang-bintang Bollywood seperti Boney Kapoor, Kartik Aaryan, Nimrat Kaur dan Vicky Kaushal juga dilihat sama.

Filem ini menandakan debut Sharan Sharma sebagai pengarah yang sebelum ini membantu Ayan Mukerji menerusi filem "Yeh Jawani Hai Deewani".

Selain Janhvi, "Gunjan Saxena: The Kargil Girl" turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Pankaj Tripathi, Angad Bedi, Manav Vij dan Vineet Kumar Singh.

(Sumber: The Indian Express, Dharma Productions Twitter)
(Sumber foto: Tumblr & IMDB)



Suggested Articles

Divvya-Chouksey-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-28-Tahun-Akibat-Kanser Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Divvya Chouksey Meninggal Dunia Pada Usia 28 Tahun Akibat Kanser

Aktres itu sempat berkongsikan nota menyayat hati Instagram sebelum kematiannya.

Kakak-Alia-Bhatt-Shaheen-Dedah-Mesej-Ugutan-Bunuh-Dan-Rogol-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Kakak Alia Bhatt, Shaheen Dedah Mesej Ugutan Bunuh Dan Rogol Di Media Sosial

Shaheen menegaskan dia akan mengambil tindakan terhadap semua pelaku.

Shabana-Azmi-Hema-Malini-Kesal-Pelakon-Veteran-Tak-Dibenarkan-Sertai-Penggambaran Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Shabana Azmi & Hema Malini Kesal Pelakon Veteran Tak Dibenarkan Sertai Penggambaran

Kerajaan India tak benarkan pelakon veteran sambung penggambaran.

Transformasi-Aktres-Bollywood-Era-90-an-Yang-Terkini Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Transformasi Aktres Bollywood Era 90-an Yang Terkini

Jom lihat perubahan wajah dan penampilan baru aktres-aktres yang disenaraikan.

Aishwarya-Rai-Daughter-Test-Positive-For-Covid-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jul 2020

Aishwarya Rai & Daughter Test Positive For Covid-19!

Aishwarya Rai and Jaya Bachan's Covid-19 test results are finally out... 

6-Selebriti-Bollywood-Yang-Kembali-Bekerja-Dalam-Tempoh-Pandemik Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

6 Selebriti Bollywood Yang Kembali Bekerja Dalam Tempoh Pandemik

Ia susulan kerajaan India melonggarkan sekatan Perintah Berkurung baru-baru ini.