CLOSE
CLOSE AD

Bintang Bollywood Tolak Tawaran Berlakon Kerana Gandingan Tak Sesuai

  • 12 Jun 2020
Bintang-Bollywood-Tolak-Tawaran-Berlakon-Kerana-Gandingan-Tak-Sesuai

Tahun demi tahu, industri Bollywood dilihat semakin berkembang dengan filem-filem berkualiti. Namun di sebalik kejayaannya, industri Bollywood juga terkenal dengan pertelingkahan antara selebriti-selebriti terkenal. Jika sudah berada dalam industri seni hiburan dan perfileman, tidak mustahil jika para peminat sering mendengar ura-ura tentang perselisihan faham antara selebriti. Jadi ia merupakan perkara normal jika tajuk utama berita mengenai pertukaran pelakon bagi sesebuah filem.

Antara sebab perkara itu berlaku ialah jadual kerja yang padat, selebriti bersikap selektif terhadap tawaran filem dan tidak berminat dengan skrip filem. Walau bagaimanapun, dalam entri kali ini, kami ingin menyenaraikan bintang-bintang terkenal Bollywood yang menolak tawaran filem kerana merasakan gandingan pelakon mereka tidak sesuai. Nak tahu siapa dan sebab apa? Jom baca!

Aishwarya Rai dan Emraan Hashmi

Diva Bollywood Aishwarya Rai mengakui perkara yang paling membuatkan dia terasa hati adalah apabila dilabel plastik dan palsu oleh aktor Emraan Hashmi. Situasi itu berlaku ketika Emraan menjadi tetamu jemputan program bual bicara Karan Johar, Koffee with Karan pada 2014. Maka apabila Aishwarya ditawarkan untuk membintangi filem Bhushan Kumar "Baadshaho", serta merta dia menolaknya kerana Emraan turut membintangi filem tersebut.

Amitabh Bachchan dan Kareena Kapoor

Kareena Kapoor Khan merupakan aktres pilihan Sanjay Leela Bhansali untuk filem arahannya "Black". Walau bagaimanapun, perkara itu tidak disenangi oleh bintang veteran Amitabh Bachchan yang akhirnya ingin menarik diri dari filem tersebut. Memandangkan Bhansali ingin Bachchan terus membintangi filemnya, dia akhirnya menggantikan Kareena dengan Rani Mukherji. Difahamkan keluarga Bachchan dan Kapoor tiada lagi persefahaman sejak Abhishek Bachchan dan Karisma Kapoor memutuskan pertunangan mereka pada 2002.

Ranveer Singh dan Katrina Kaif

Demi menjaga perasaan isteri kesayangan iaitu Deepika Padukone, aktor Ranveer Singh membuat keputusan untuk menolak tawaran filem "Baar Baar Dekho". Ranveer ingin mengelakkan timbulnya kontroversi kerana filem itu akan menggandingkannya dengan Katrina Kaif. Seperti yang diketahui umum, Deepika dan Katrina sudah lama bermasam muka, semuanya bermula pada 2009 apabila aktor Ranbir Kapoor berlaku curang terhadap Deepika untuk bersama Katrina. Kemesraan Ranbir dan Deepika juga menjadi punca Katrina menjauhkan diri daripada Ranbir.

Ranbir Kapoor dan Sonakshi Sinha

Nama Ranbir Kapoor pernah menjadi bualan ramai kerana dia menolak untuk berganding dengan Sonakshi Sinha dalam sebuah filem komedi romantik. Punca utamanya adalah Ranbir merasakan Sonakshi kelihatan terlalu berusia daripadanya dan gandingan mereka tidak secocok. Keputusan Ranbir menolak filem itu membuatkan Sonakshi terasa hati memandangkan dia teruja untuk bekerjasama dengan aktor tersebut. Jadi mungkin para peminat tidak akan dapat menyaksikan gandingan dua selebriti ini sampai bila-bila.

Katrina Kaif dan Arjun Kapoor

Katrina Kaif menolak tawaran untuk membintangi filem "Half Girlfriend" kerana tidak mahu berkongsi skrin dengan Arjun Kapoor. Keputusan Katrina telah mengejutkan ramai pihak kerana kedua-duanya merupakan rakan baik. Katrina akhirnya menjelaskan sebab mengapa dia menolak iaitu kerana Arjun kelihatan lebih muda daripadanya. Pengarah Mohit Suri akhirnya menggantikan Katrina dengan Shraddha Kapoor.

Kareena Kapoor dan Emraan Hashmi

Nampaknya bukan Aishwarya Rai sahaja yang enggan berganding dengan Emraan Hashmi, tetapi juga Kareena Kapoor! Menurut spekulasi yang tular suatu ketika dulu, Kareena telah menolak berlakon filem pertama kerjasama Karan Johar dan Ekta Kapoor, "Badtameez Dil", kerana perlu digandingkan dengan Emraan. Semuanya kerana Emraan dilabel sebagai 'Bollywood's Serial Kisser' dan Kareena tidak selesa untuk melakonkan babak bercium dengannya.

Katrina Kaif dan Aditya Roy Kapur

Katrina Kaif dan Aditya Roy Kapur pernah digandingkan dalam filem "Fitoor" pada 2016 namun filem itu gagal meraih kutipan pecah panggung. Sejak itu juga, Katrina bersikap selektif terhadap tawaran filem dan enggan bekerjasama dengan Aditya untuk menjaga reputasi kariernya. Biarpun mereka merupakan rakan baik, namun Katrina telah menolak tawaran sebuah filem komedi romantik bersama Aditya.

Aishwarya Rai dan Salman Khan

Filem epik Sanjay Leela Bhansali "Bajirao Mastani" asalnya ditawarkan kepada Aishwarya Rai dan Salman Khan. Namun memandangkan kedua-dua selebriti itu telah memutuskan hubungan mereka selepas bercinta selama dua tahun, hasrat Bhansali tidak kesampaian. Kisah mereka pernah menjadi kontroversi apabila Aishwarya mendedahkan sikap Salman yang panas baran. Bhansali akhirnya memberi watak itu kepada pasangan Ranveer Singh dan Deepika Padukone.

John Abraham dan Bipasha Basu

Para peminat tidak akan dapat menyaksikan gandingan John Abraham dan Bipasha Baru, lebih-lebih lagi sejak mereka memutuskan hubungan selepas hampir sedekad bersama. Punca mereka berpisah adalah kerana tiada lagi persefahaman dan pada ketika itu John belum bersedia untuk berkahwin. Filem terakhir yang menggandingkan mereka di layar perak adalah "Madhoshi" terbitan Anil Sharma.



Suggested Articles

Kakak-Alia-Bhatt-Shaheen-Dedah-Mesej-Ugutan-Bunuh-Dan-Rogol-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Kakak Alia Bhatt, Shaheen Dedah Mesej Ugutan Bunuh Dan Rogol Di Media Sosial

Shaheen menegaskan dia akan mengambil tindakan terhadap semua pelaku.

Shabana-Azmi-Hema-Malini-Kesal-Pelakon-Veteran-Tak-Dibenarkan-Sertai-Penggambaran Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Shabana Azmi & Hema Malini Kesal Pelakon Veteran Tak Dibenarkan Sertai Penggambaran

Kerajaan India tak benarkan pelakon veteran sambung penggambaran.

Transformasi-Aktres-Bollywood-Era-90-an-Yang-Terkini Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Transformasi Aktres Bollywood Era 90-an Yang Terkini

Jom lihat perubahan wajah dan penampilan baru aktres-aktres yang disenaraikan.

Aishwarya-Rai-Daughter-Test-Positive-For-Covid-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jul 2020

Aishwarya Rai & Daughter Test Positive For Covid-19!

Aishwarya Rai and Jaya Bachan's Covid-19 test results are finally out... 

6-Selebriti-Bollywood-Yang-Kembali-Bekerja-Dalam-Tempoh-Pandemik Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

6 Selebriti Bollywood Yang Kembali Bekerja Dalam Tempoh Pandemik

Ia susulan kerajaan India melonggarkan sekatan Perintah Berkurung baru-baru ini.

Warganet-Kecam-Tindakan-Karan-Johar-Hadiri-Majlis-Hari-Jadi-Neetu-Kapoor Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

Warganet Kecam Tindakan Karan Johar Hadiri Majlis Hari Jadi Neetu Kapoor

Ia susulan pembikin filem itu dikatakan sedang mengalami kemurungan.