CLOSE
CLOSE AD

Produksi Filem John Abraham "Mumbai Saga" Bakal Disambung Julai Ini

  • 12 Jun 2020
Produksi-Filem-John-Abraham-Mumbai-Saga-Bakal-Disambung-Julai-Ini

Perintah Berkurung di India sudah mula dilonggarkan bermakna produksi filem akan disambung tidak lama lagi termasuk filem aksi jenayah "Mumbai Saga" lakonan John Abraham yang dijangka bersambung Julai ini.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Anuradha Gupta, yang bertindak sebagai salah seorang penerbit di samping Bhushan Kumar, Krishan Kumar dan Sangeeta Ahir.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan keselamatan semua pihak terjaga, kumpulan produksi telah mengubah lokasi penggambaran yang sepatutnya berlangsung di Mumbai ke Hyderabad.

"Ya, kami sedang merancang untuk menyambung penggambaran di Ramoji Rao Film City memandangkan mereka mempunyai semua kemudahan dan kelengkapan yang diperlukan.

"Ia termasuk kru dan staf teknikal, serta hotel untuk kumpulan produksi dari Mumbai. Kesemuanya ada di premis studio itu dan ia membantu mengurangkan risiko," ujar Gupta yang dipetik dari Pinkvilla.

Bercakap mengenai soal garis panduan, Gupta memberitahu kumpulan produksi telah pun menerima kelulusan daripada kerajaan Telangana untuk menyambung penggambaran filem tersebut.

Tambahnya lagi, para pelakon juga teruja untuk menyiapkan filem itu untuk dipersembahkan buat para penonton yang sudah lama ternanti-nantikannya sejak ia diumumkan.

Selain John, "Mumbai Saga" turut membariskan aktor-aktor hebat lain iaitu Emraan Hashmi, Jackie Shroff, Kajal Aggarwal, Suniel Shetty, Prateik Babbar, Pankaj Tripathi, Rohit Roy, Amole Gupte, Samir Soni, Gulshan Grover dan Sharman Joshi.

Pada asalnya, ia dijadualkan untuk dirilis pada 19 Jun ini namun kini tarikh tayangannya telah dianjak ke satu tarikh baru yang bakal diumumkan kelak.

(Sumber: Pinkvilla)
(Sumber foto: Cinema Express)



Suggested Articles

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!

Apa-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang "Naagin 5"

Jom ketahui fakta-fakta tentang siri televisyen 'supernatural' kegemaran ramai ini!

Karan-Patel-Jadi-Mr-Bajaj-Dalam-Kasautii-Zindagii-Kay-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Karan Patel Jadi Mr. Bajaj Dalam "Kasautii Zindagii Kay 2"

Aktor itu menggantikan tempat Karan Singh Grover yang sebelumnya membintangi musim pertama.