CLOSE
CLOSE AD

Poster Filem Anushka Sharma "Bulbbul" Buat Warga Twitter Tak Tidur Malam!

  • 12 Jun 2020
Poster-Filem-Anushka-Sharma-Bulbbul-Buat-Warga-Twitter-Tak-Tidur-Malam

Aktres dan penerbit Anushka Sharma telah membangkitkan keterujaan ramai peminat apabila mendedahkan poster bergerak bagi filem seram baru terbitannya, "Bulbbul", baru-baru ini.

"Ini adalah gambaran pertama "Bulbbul", sebuah kisah menarik tentang pencarian diri sendiri dan keadilan, berserta mitos, misteri dan tipu daya, akan datang tidak lama lagi. Tak sabar untuk kongsikan lebih lanjut!" tulisnya di Twitter.

Namun, apa yang lebih menjadi bualan ramai di media sosial adalah apabila warga Twitter menyedari sesuatu mengerikan tentang poster itu dan tidak ramai yang perasan akan perkara tersebut.

Poster bergerak itu menunjukkan seorang wanita berambut panjang, melompat di atas pohon-pohon rendang di kawasan hutan berlatarbelakang bulan penuh berwarna merah.

Biarpun wanita itu kelihatan lemah lembut dan mempesonakan, tetapi apa yang ngeri adalah kedua-dua kakinya yang terbalik sehingga ada pengguna Twitter berasa sukar untuk tidur malam selepas melihatnya.

Menurut legenda dan mitos di India, wanita itu digelar sebagai Chudail atau roh pokok, iaitu roh wanita yang mati ketika mengandung dan akan membalas dendam terhadap orang-orang yang menganiayainya.

Kakinya yang terbalik adalah untuk memudahkannya memanjat pokok dan juga memperdayakan mangsa ataupun orang yang ingin menyerangnya.

Diterbitkan oleh syarikat produksi Anushka, Clean Slate Films, "Bulbbul" dibintangi oleh Avinash Tiwary, Tripti Dimri dan Rahul Bose sebagai peneraju utama. Ia bakal menghantui penonton di sebuah portal penstriman video pada 24 Jun ini!

(Sumber: Anushka Sharma Twitter)
(Sumber foto: Anushka Sharma Twitter & Rediff)



Suggested Articles

Divvya-Chouksey-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-28-Tahun-Akibat-Kanser Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Divvya Chouksey Meninggal Dunia Pada Usia 28 Tahun Akibat Kanser

Aktres itu sempat berkongsikan nota menyayat hati Instagram sebelum kematiannya.

Kakak-Alia-Bhatt-Shaheen-Dedah-Mesej-Ugutan-Bunuh-Dan-Rogol-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Kakak Alia Bhatt, Shaheen Dedah Mesej Ugutan Bunuh Dan Rogol Di Media Sosial

Shaheen menegaskan dia akan mengambil tindakan terhadap semua pelaku.

Shabana-Azmi-Hema-Malini-Kesal-Pelakon-Veteran-Tak-Dibenarkan-Sertai-Penggambaran Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Shabana Azmi & Hema Malini Kesal Pelakon Veteran Tak Dibenarkan Sertai Penggambaran

Kerajaan India tak benarkan pelakon veteran sambung penggambaran.

Transformasi-Aktres-Bollywood-Era-90-an-Yang-Terkini Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Transformasi Aktres Bollywood Era 90-an Yang Terkini

Jom lihat perubahan wajah dan penampilan baru aktres-aktres yang disenaraikan.

Aishwarya-Rai-Daughter-Test-Positive-For-Covid-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jul 2020

Aishwarya Rai & Daughter Test Positive For Covid-19!

Aishwarya Rai and Jaya Bachan's Covid-19 test results are finally out... 

6-Selebriti-Bollywood-Yang-Kembali-Bekerja-Dalam-Tempoh-Pandemik Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

6 Selebriti Bollywood Yang Kembali Bekerja Dalam Tempoh Pandemik

Ia susulan kerajaan India melonggarkan sekatan Perintah Berkurung baru-baru ini.