CLOSE
CLOSE AD

"Dil Bechara" Adalah Filem Terakhir Sushant Singh Rajput

  • 15 Jun 2020
Dil-Bechara-Adalah-Filem-Terakhir-Sushant-Singh-Rajput

Pemergian aktor Bollywood yang sedang meningkat naik Sushant Singh Rajput, semalam menandakan "Dil Bechara" arahan debut Mukesh Chhabra adalah filem terakhir lakonannya.

Seperti sedia maklum, filem romantik yang menggandingkan Sushant bersama aktres Sanjana Sanghi itu merupakan sebuah 'remake' versi Hindi kepada filem Hollywood terkenal "The Fault In Our Stars".

Meluahkan rasa sedihnya di media sosial, Sanjana seakan tidak percaya apabila membaca berita kematian Sushant dan meratapi pemergiannya dengan sebuah video 'tribute' buat aktor tersebut. "Saya mengemas kini laman web saya seratus kali dengan harapan apa yang saya baca hanya sekadar gurauan yang teruk. Saya tak mampu nak hadam semua ini dan saya rasa saya tak akan mampu.

"Saya tak mampu nak gambarkan perasaan saya, ini adalah kegagalan saya, tetapi saya tetap mencuba. Selepas dua tahun berdepan cabaran untuk sebuah filem.

"Kita sepatutnya akan sama-sama menonton filem kita – filem pertama saya, dan apa yang awak beritahu saya bahawa ia adalah filem terbaik awak," tulis Sanjana di Instagram.

Sehubungan dengan itu, Sanjana turut memperingati semula kenangan dan pengalamannya bersama Sushant ketika berada di set penggambaran filem tersebut.

Menurut laporan dari DNA India, terdahulu judul filem itu adalah "Kizie Aur Manny" sebelum diubah dan ia juga ditunda sementara selepas Mukesh dituduh atas pergerakan #MeToo.

Asalnya ia akan ditayangkan pada 29 November 2019 namun ditunda sehingga 8 Mei 2020. Kini pandemik COVID-19 turut menjejaskan tayangan filem itu dan akhirnya sekali lagi tarikh tayangannya ditunda.

Selain Sushant dan Sanjana, filem terbitan syarikat produksi Fox Star Studios itu turut menampilkan aktor terkenal Saif Ali Khan, Milind Gunaji dan Javed Jaffrey.

(Sumber: DNA India & Sanjana Sanghi Instagram)
(Sumber foto: eOnline & IMDB)



Suggested Articles

6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

Jom ketahui mengapa 'King of Bollywood' ini menolak filem-filem hebat ini!

Pooja-Bhatt-Sindir-Kangana-Ranaut-Kerana-Persoalkan-Nepotisme Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

Pooja Bhatt Sindir Kangana Ranaut Kerana Persoalkan Nepotisme

Aktres itu tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap keluarganya.

Rahul-Roy-Dedah-Sebab-Dia-Undur-Diri-Dari-Dunia-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Rahul Roy Dedah Sebab Dia Undur Diri Dari Dunia Bollywood

Aktor itu menjelaskan keputusannya tidak ada kena mengena dengan industri tersebut.

Priyanka-Chopra-Bakal-Bintangi-Filem-Keanu-Reeves-The-Matrix-4 Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Priyanka Chopra Bakal Bintangi Filem Keanu Reeves "The Matrix 4"

Berita yang tular di Internet ini telah membangkitkan keterujaan ramai peminat.

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.