CLOSE
CLOSE AD

Filem Bollywood Yang Beri Inspirasi Untuk Anda Pergi Melancong

  • 15 Jun 2020
Filem-Bollywood-Yang-Beri-Inspirasi-Untuk-Anda-Pergi-Melancong

Filem merupakan satu medium untuk memberi inspirasi kepada orang ramai, selain menyampaikan mesej penting dan pengajaran berguna dalam hidup. Salah satunya adalah inspirasi yang membuatkan anda mengidamkan satu percutian yang indah dengan hanya menonton filem di sofa anda. Tiada apa yang lebih menenangkan diri daripada kesibukan bekerja selain melawati tempat-tempat menarik di seluruh dunia. Oleh itu, sebelum anda merancang percutian anda, tidak kira beramai-ramai ataupun secara solo, apa kata tonton dahulu filem-filem Bollywood yang tersenarai ini!

Kisah pertemuan semula tiga sekawan yang pergi bercuti ke Sepanyol dalam
"Zindagi Na Milegi Dobara" arahan Zoya Akhtar. Dibintangi oleh Hrithik Roshan,
Farhan Akhtar, Abhay Deol dan Katrina Kaif. Ikuti mereka menikmati keseronokan
untuk ke festival La Tomatina dengan aktiviti sukan lasak seperti selam skuba,
terjun udara dan Pamplona 'bull run'.

 

Bertemakan sindrom Stockholm, "Highway" arahan Imtiaz Ali berjaya memberi penonton satu perasaan
bebas ketika pergi bercuti. Dalam filem ini, Alia Bhatt menemui kebebasan dalam hidupnya selepas
diculik oleh Randeep Hooda, memandangkan dia sering dikawal oleh kedua ibu bapanya.
Ikuti perjalanan mereka merentasi jalan-jalan raya di Haryana, Delhi, Punjab, Rajasthan dan Himachal.

 

"London Paris New York" adalah filem arahan Anu Menon yang membawa anda ke tiga buah negara.
Dalam pada anda menghayati kisah percintaan antara Ali Zafar dan Aditi Rao Hydari, ia juga membawa
anda bersiar-siar melihat keindahan tiga bandar metropolitan yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong ini.

 

"Piku" menampilkan gandingan tiga selebriti terkenal iaitu Amitabh Bachchan, Deepika Padukone dan
Irrfan Khan merantau ke tempat-tempat menarik di serata India seperti Delhi, Mumbai, Kolkata,
Varanasi dan Gujarat. Salah satu babak dalam filem ini juga difilemkan di
Jambatan Howrah, mercu tanda paling terkenal di Kolkata.

 

"Yeh Jawani Hai Deewani" membuatkan anda ingin berkemas untuk menyertai percutian
'backpackers' bersama rakan-rakan! Dalam filem Ayan Mukerji ini, Deepika Padukone bersama
Ranbir Kapoor, Kalki Koechlin, Aditya Roy Kapur membawa anda menikmati alam semula jadi di
ketinggian 14,000 kaki atas dasar laut dengan suhu serendah -10 darjah Celcius di Gulaba, Banjaar,
Hamta, Udaipur dan Naggar, serta Kuil Hidimba Devi. Selain itu,
ada juga babak telah difilemkan Paris, Perancis.

 

Pasti kaum wanita akan menyimpan keinginan untuk pergi melancong secara solo selepas menonton
"Queen" yang dibintangi Kangana Ranaut. Siapa kata melancong solo itu membosankan?
Lihat saja Kangana melawati bandar-bandar terkenal seperti Paris dan Amsterdam
sambil mengumpul pengalaman menarik serta mengujakan dalam filem arahan Vikas Bahl ini.

 

Diarahkan oleh Aditya Chopra, filem romantik ikonik Bollywood, "Dilwale Dulhania Le Jayenge",
yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol ini membawa anda mengembara di serata benua Eropah!
Antara tempat menarik yang ditampilkan dalam filem ini adalah Tasik Lungeren, Zweisimmen dan
Gstaad di Switzerland, serta Trafalgar Square dan Southall di London, England.

 

"Tamasha" arahan Imtiaz Ali telah difilemkan di sebuah kepulauan Perancis, Corsica.
Pulau ini kaya dengan keindahan persisiran pantai dan pemandangan yang memukau,
di mana ia menyaksikan pertemuan pertama antara watak Deepika Padukone dan Ranbir Kapoor.
Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di pulau ini dan sangat sesuai buat
pasangan yang ingin berbulan madu.

 

"Dil Dhadakne Do" adalah filem wajib tonton bagi anda yang gemar bercuti! Ikuti Priyanka Chopra,
Anushka Sharma, Ranveer Singh, Anil Kapoor dan Farhan Akhtar dalam percutian mereka dalam
sebuah kapal persiaran mewah. Filem arahan Zoya Akhtar ini juga membawa anda
melihat keindahan Turki, Sepanyol dan Tunisia!

 



Suggested Articles

6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

Jom ketahui mengapa 'King of Bollywood' ini menolak filem-filem hebat ini!

Pooja-Bhatt-Sindir-Kangana-Ranaut-Kerana-Persoalkan-Nepotisme Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

Pooja Bhatt Sindir Kangana Ranaut Kerana Persoalkan Nepotisme

Aktres itu tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap keluarganya.

Rahul-Roy-Dedah-Sebab-Dia-Undur-Diri-Dari-Dunia-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Rahul Roy Dedah Sebab Dia Undur Diri Dari Dunia Bollywood

Aktor itu menjelaskan keputusannya tidak ada kena mengena dengan industri tersebut.

Priyanka-Chopra-Bakal-Bintangi-Filem-Keanu-Reeves-The-Matrix-4 Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Priyanka Chopra Bakal Bintangi Filem Keanu Reeves "The Matrix 4"

Berita yang tular di Internet ini telah membangkitkan keterujaan ramai peminat.

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.