CLOSE
CLOSE AD

Hubungan Sulit Sunny Deol Dan Dimple Kapadia Belum Berakhir?

  • 15 Jun 2020
Hubungan-Sulit-Sunny-Deol-Dan-Dimple-Kapadia-Belum-Berakhir

Bintang Bollywood Sunny Deol dan Dimple Kapadia terkenal dengan keserasian mereka berkongsi skrin dalam filem-filem klasik seperti "Arjun", "Manzil-Manzil", "Aag Ka Gola", "Gunah" dan "Narasimha".

Selain mencipta keserasian di dalam skrin lebar, nama mereka juga sering tampil sebagai tajuk utama berita gara-gara kontroversi hubungan sulit mereka sejak kira-kira 30 tahun lalu.

Seperti yang dilaporkan menerusi Bollywood Shaadis, ketika Sunny mula menceburi industri Bollywood, ramai pihak terkejut apabila mendapat tahu dia telah berkahwin dengan Pooja, sekaligus mengakhiri hubungannya dengan aktres Amrita Singh.

Sehubungan dengan itu, kontroversi antara Sunny dan Dimple timbul semula selepas Dimple disahkan berpisah dengan suaminya Rajesh Khanna, yang juga seorang aktor dan penerbit, pada 2012.

Hubungan Sunny dan Dimple merupakan satu rahsia antara mereka berdua yang disimpan rapi sehinggalah Amrita tampil mendedahkan bahawa kedua-dua selebriti itu sememangnya bercinta.

"Dia (Dimple) tidak akan rugi apa-apa dan apa yang paling penting, dia mempunyai seorang lelaki yang dia mahukan. Apa salahnya jika ia tiada hala tuju?

"Dia sudah mempunyai kehidupan yang sempurna, maka dia bahagia dengan hubungan yang sulit," ujar Amrita dalam satu kenyataan lama.

Terdahulu, terdapat spekulasi yang menyatakan Pooja pernah mengugut Sunny untuk meninggalkan Dimple, atau dia akan pergi meninggalkan Sunny dan membawa anak-anak mereka bersama untuk hidup berasingan.

Biarpun tahun berganti tahun, namun sehingga kini spekulasi mengatakan bahawa mereka masih bercinta susulan video skandal mereka yang pergi bercuti bersama tular di media sosial pada 2017.

Dalam perkembangan lain, kali terakhir Sunny dilihat berlakon adalah menerusi filem aksi thriller "Blank" sebelum mengarah filem "Pal Pal Dil Ke Paas" yang ditayangkan tahun lalu.

Beralih kepada Dimple pula, dia akan tampil dalam filem Hollywood arahan Christopher Nolan, "Tenet", serta dua filem Hindi terbaru iaitu "Brahmastra" arahan Ayan Mukerji dan sebuah filem komedi arahan Dinesh Vijan.

(Sumber: Bollywood Shaadis)
(Sumber foto: Desi Martini & Wikimedia)



Suggested Articles

6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

Jom ketahui mengapa 'King of Bollywood' ini menolak filem-filem hebat ini!

Pooja-Bhatt-Sindir-Kangana-Ranaut-Kerana-Persoalkan-Nepotisme Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

Pooja Bhatt Sindir Kangana Ranaut Kerana Persoalkan Nepotisme

Aktres itu tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap keluarganya.

Rahul-Roy-Dedah-Sebab-Dia-Undur-Diri-Dari-Dunia-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Rahul Roy Dedah Sebab Dia Undur Diri Dari Dunia Bollywood

Aktor itu menjelaskan keputusannya tidak ada kena mengena dengan industri tersebut.

Priyanka-Chopra-Bakal-Bintangi-Filem-Keanu-Reeves-The-Matrix-4 Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Priyanka Chopra Bakal Bintangi Filem Keanu Reeves "The Matrix 4"

Berita yang tular di Internet ini telah membangkitkan keterujaan ramai peminat.

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.