CLOSE
CLOSE AD

Rahsia Selebriti Bollywood Untuk Atasi Masalah Rambut Berminyak

  • 16 Jun 2020
Rahsia-Selebriti-Bollywood-Untuk-Atasi-Masalah-Rambut-Berminyak

Rambut merupakan mahkota setiap wanita dan mempunyai rambut cantik menawan membuktikan anda adalah seorang yang berketerampilan! Walau bagaimanapun, ramai wanita yang mengalami masalah rambut berminyak, menimbulkan kesukaran untuk menjaga rambut untuk kekal berkilat sepanjang hari.

Masalah rambut berminyak juga akan membuat anda rasa rimas dan tidak selesa terutamanya wanita yang berhijab. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai rambut nipis. Masalah ini timbul akibat pengeluaran sebum (minyak semula jadi) yang berlebihan di kulit kepala anda, sehingga menyebabkan kegatalan dan kelemumur.

Jangan risau, jika anda menghadapi masalah rambut berminyak dan keguguran rambut, jom ketahui cara bagaimana untuk mengatasinya menerusi entri kali ini. Kami turut menyertakan rahsia selebriti-selebriti Bollywood dalam penjagaan rambut mereka untuk hasil yang pasti memuaskan!

Elak sikat rambut dengan kerap

 

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya menyikat rambut dengan terlalu kerap akan menyebabkan kulit kepala berminyak. Ia akan merangsang pengeluaran sebum di kulit kepala. Jika anda kerap menyikat rambut, apa kata sebaliknya anda ikut rahsia Kareena Kapoor Khan untuk mengekalkan seri rambutnya, iaitu melakukan urutan kulit kepala dengan menggunakan campuran minyak kastor, badam, kelapa dan zaitun sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Elak cuci rambut dengan kerap

 

Jika anda fikir mencuci rambut setiap hari akan membuatkan rambut anda sihat, tanggapan anda sebenarnya salah! Perbuatan ini menggalakkan penghasilan sebum secara berlebihan. Jika anda mempunyai rambut berminyak secara semulajadi, elakkan mencucinya setiap hari. Sebaliknya, anda disarankan mencuci rambut kira-kira tiga atau empat kali seminggu. Alia Bhatt berkongsi tipsnya untuk mencuci rambut selang sehari berserta pengambilan Vitamin A setiap hari bagi memastikan rambut bebas minyak dan kotoran.

Berhenti sentuh rambut dengan kerap

 

Pernah dengar menyentuh kulit wajah anda dengan kerap akan menyebabkan pertumbuhan jerawat? Ya, sama juga seperti rambut kerana ia akan membuatkan rambut anda semakin berminyak. Produk kecantikan atau kosmetik mahupun bahan masakan anda yang berminyak mungkin akan berpindah ke rambut anda jika menyentuhnya menggunakan tangan.

Sebagai tambahan kekuatan akar rambut dan rambut bersinar, anda boleh mencuba tips Priyanka Chopra Jonas merapikan rambutnya dengan campuran setengah cawan yogurt dan dua sudu besar jus lemon. Ratakan campuran ini di kulit kepala anda selama 30 minit dan cuci sehingga bersih.

Tak perlu ikat rambut setiap hari

 

Salah satu punca rambut berminyak adalah perbuatan mengikat rambut anda setiap hari. Ikatan rambut akan membuatkan kotoran dan minyak berkumpul. Jika keluar rumah, anda boleh kemaskan rambut dengan menggunakan sepit rambut. Mungkin bagi anda yang berhijab agak sukar untuk mengelakkan perkara ini jika anda mempunyai rambut panjang, jadi pastikan anda melepaskan rambut apabila berada di rumah dan mencucinya dengan kaedah yang betul serta syampu sesuai.

Telur putih merupakan bahan utama Jacqueline Fernandes gunakan untuk membuat 'masker' rambut asli. Selain itu, dia juga sering mengurut kulit kepala menggunakan minyak kelapa sekali seminggu. Hasilnya rambut anda akan lebih kuat, lebat dan berkilau. Tambah Jacqueline lagi, jangan lupa untuk syampu rambut selepas anda melakukan sebarang rawatan rambut di salon!

Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang

 

Pengambilan makanan yang sihat memainkan peranan penting bukan sahaja untuk kulit, malah rambut yang cantik juga. Nutrisi seperti Vitamin A, Vitamin D, zink, zat besi dan minyak omega yang terdapat dalam makanan anda merupakan elemen-elemen penting untuk membantu merawat masalah rambut, contohnya keguguran rambut.

Shilpa Shetty Kundra sememangnya terkenal dengan gaya hidup sihat. Untuk memastikan rambutnya kekal kuat dan menawan, Shilpa memberitahu dia mengikut petua neneknya iaitu banyakkan makan kacang badam, buah ara dan kacang walnut. Selain itu, dia juga menambah biji chia dan biji rami dalam minumannya, serta banyakkan minum air kelapa.



Suggested Articles

6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

Jom ketahui mengapa 'King of Bollywood' ini menolak filem-filem hebat ini!

Pooja-Bhatt-Sindir-Kangana-Ranaut-Kerana-Persoalkan-Nepotisme Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

Pooja Bhatt Sindir Kangana Ranaut Kerana Persoalkan Nepotisme

Aktres itu tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap keluarganya.

Rahul-Roy-Dedah-Sebab-Dia-Undur-Diri-Dari-Dunia-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Rahul Roy Dedah Sebab Dia Undur Diri Dari Dunia Bollywood

Aktor itu menjelaskan keputusannya tidak ada kena mengena dengan industri tersebut.

Priyanka-Chopra-Bakal-Bintangi-Filem-Keanu-Reeves-The-Matrix-4 Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Priyanka Chopra Bakal Bintangi Filem Keanu Reeves "The Matrix 4"

Berita yang tular di Internet ini telah membangkitkan keterujaan ramai peminat.

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.