CLOSE
CLOSE AD

Astro BollyOne HD Tayang Tiga Filem Sushant Singh Rajput Sebagai 'tribute'

  • 17 Jun 2020
Astro-BollyOne-HD-Tayang-Tiga-Filem-Sushant-Singh-Rajput-Sebagai-tribute

Sebagai 'tribute' kepada aktor Bollywood, Sushant Singh Rajput, yang meninggal dunia baru-baru ini, stesen televisyen satelit Astro akan menayangkan tiga filem lakonan Sushant sepanjang hujung minggu ini.

Disifatkan sebagai aktor berbakat besar, Sushant, 34, mula mencipta nama dalam dunia lakonan menerusi siri televisyen "Pavitra Rishta" sebelum menceburi dunia perfileman Bollywood.

Selain berbakat dalam dunia seni hiburan, Sushant yang juga merupakan graduan kejuruteraan mekanikal dan pernah menyertai kursus jurulatih yang diiktiraf di National Aeronautics and Space Administration (NASA).

Ketiga-tiga filem yang berjudul "Kedarnath" (2018), "Chhichhore" (2019) dan "Sonchiriya" (2019) itu akan ditayang khas menerusi saluran Astro BollyOne HD (saluran 251) bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

"Kedarnath"

 

Sebuah filem tragedi romantik arahan Abhishek Kapoor, menampilkan gandingan hebat Sushant Singh Rajput dan Sara Ali Khan sebagai peneraju utama. Filem ini diinspirasikan oleh tragedi banjir besar yang melanda Uttarakhand pada 2013. Ia juga menandakan debut Sara Ali Khan di Bollywood.

Ia berkisarkan tentang seorang pembawa barang di Kedarnath bernama Mansoor Khan, yang beragama Islam, jatuh cinta kepada "Mukku" Mishra, seorang gadis kaya beragama Hindu. Walau bagaimanapun, apabila cinta mereka semakin mekar, mereka terpaksa berdepan pelbagai tentangan, termasuk tidak direstui keluarga dan banjir besar yang melanda Uttrakhand.

Tarikh tayangan: "Kedarnath" akan ditayangkan pada Jumaat, 19 Jun 2020, jam 9 malam.

"Chhichhore"

 

Diarahkan oleh Nitesh Tiwari, filem komedi ini menggandingkan Sushant Singh Rajput bersama Shraddha Kapoor, Varun Sharma, Saharsh Kumar Shukla, Tahir Raj Bhasin, Naveen Polishetty dan Tushar Pandey . Selain itu, ia turut menaIa merupakan salah satu filem paling berjaya lakonan Sushant Singh Rajput dan menerima lima pencalonan di Anugerah Filmfare ke-65, iaitu kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Jalan Cerita Terbaik, Dialog Terbaik dan Suntingan Terbaik.

Ia menceritakan kisah Anirudh "Anni" Pathak menyingkap semula kenangannya di kolej pada 1992, di mana dia bersahabat baik dengan lima lelaki berbeza latar belakang iaitu Gurmeet "Sexa" Singh Dhillon, Anil "Acid" Deshmukh, Derek, Sundar "Mummy" Shrivastav dan Baldev "Bevda" Yadav. Selain memulakan persahabatan, Anirudh juga mula bercinta dengan gadis bernama Maya.

Tarikh tayangan: "Chhichhore" akan ditayangkan pada Sabtu, 20 Jun 2020, jam 9 malam.

"Sonchiriya"

 

Filem aksi ini diarahkan oleh Abhishek Chaubey, dibintangi oleh Sushant Singh Rajput, Bhumi Pednekar, Manoj Bajpayee, Ranvir Shorey dan Ashutosh Rana. Keseluruhan filem ini menggunakan dialek Bundeli. Ia juga difilemkan di lokasi sebenar, iaitu di kawasan lembah Madhya Pradesh untuk mengembalikan era kegemilangan perompak bersenjata selepas kemerdekaan. Filem ini berjaya merangkul Anugerah Filmfare ke-65 bagi kategori Anugerah Kritik Filmfare untuk Filem Terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik.

Berlatarbelakangkan lembah Chambal pada 1975, di mana bermulanya legasi sekumpulan perompak bersenjata yang menggelar diri mereka Baaghis. Mereka pernah memerangi dan menakluki kawasan-kawasan penting di India.

Tarikh tayangan: "Sonchiriya" akan ditayangkan pada Ahad, 21 Jun 2020, jam 9 malam.

(Sumber foto: Tosshub, India West, Economic Times, Cinema Express)



Suggested Articles

6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

Jom ketahui mengapa 'King of Bollywood' ini menolak filem-filem hebat ini!

Pooja-Bhatt-Sindir-Kangana-Ranaut-Kerana-Persoalkan-Nepotisme Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

Pooja Bhatt Sindir Kangana Ranaut Kerana Persoalkan Nepotisme

Aktres itu tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap keluarganya.

Rahul-Roy-Dedah-Sebab-Dia-Undur-Diri-Dari-Dunia-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Rahul Roy Dedah Sebab Dia Undur Diri Dari Dunia Bollywood

Aktor itu menjelaskan keputusannya tidak ada kena mengena dengan industri tersebut.

Priyanka-Chopra-Bakal-Bintangi-Filem-Keanu-Reeves-The-Matrix-4 Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Priyanka Chopra Bakal Bintangi Filem Keanu Reeves "The Matrix 4"

Berita yang tular di Internet ini telah membangkitkan keterujaan ramai peminat.

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.