CLOSE
CLOSE AD

Punca Sushant Singh Rajput Bunuh Diri Akan Disiasat Dari Sudut 'Persaingan Profesional'

  • 17 Jun 2020
Punca-Sushant-Singh-Rajput-Bunuh-Diri-Akan-Disiasat-Dari-Sudut-Persaingan-Profesional

Pihak Polis Mumbai sudah pun menjalankan siasatan terhadap kes kematian Sushant Singh Rajput sehari selepas aktor itu disahkan meninggal dunia di kediamannya pada Ahad lalu.

Sehubungan dengan itu, memandangkan Sushant disyaki bunuh diri akibat kemurungan, maka pihak polis akan menyisasat dari sudut persaingan profesional dalam industri perfileman Bollywood.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Kabinet Maharashtra Anil Deshmukh menerusi sebuah video berdurasi 25 saat yang dimuat naik di laman Twitter.

"Menurut laporan bedah siasat aktor Sushant Singh Rajput, ia telah terbukti bahawa kematiannya berpunca akibat bunuh diri.

"Berdasarkan laporan media, sepertinya persaingan profesional dalam industri perfileman mungkin menjadi salah satu punca di sebalik kematiannya. Sudut ini akan disiasat oleh pihak polis," ujarnya yang dipetik dari The Economic Times.

Seperti yang dilaporkan, Sushant telah ditemui tergantung di siling kediamannya di Bandra dan laporan awal menyatakan aktor filem "MS Dhoni: The Untold Story" itu membunuh diri, namun tiada nota bunuh diri dijumpai.

Selepas kematiannya, beberapa individu dan selebriti ternama yang mengenalinya tampil mendedahkan bahawa Sushant berdepan cabaran berat selama berkecimpung dalam dunia Bollywood.

Malah dalam salah satu temubual, Sushant juga pernah mengakui dia tidak mempunyai ramai kawan dan ramai daripada kenalannya hanya berpura-pura suka kepadanya.

(Sumber: The Economic Times & Anil Deshmukh Twitter)
(Sumber foto: Mid-Day & Meredith Corp)



Suggested Articles

6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

Jom ketahui mengapa 'King of Bollywood' ini menolak filem-filem hebat ini!

Pooja-Bhatt-Sindir-Kangana-Ranaut-Kerana-Persoalkan-Nepotisme Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

Pooja Bhatt Sindir Kangana Ranaut Kerana Persoalkan Nepotisme

Aktres itu tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap keluarganya.

Rahul-Roy-Dedah-Sebab-Dia-Undur-Diri-Dari-Dunia-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Rahul Roy Dedah Sebab Dia Undur Diri Dari Dunia Bollywood

Aktor itu menjelaskan keputusannya tidak ada kena mengena dengan industri tersebut.

Priyanka-Chopra-Bakal-Bintangi-Filem-Keanu-Reeves-The-Matrix-4 Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Priyanka Chopra Bakal Bintangi Filem Keanu Reeves "The Matrix 4"

Berita yang tular di Internet ini telah membangkitkan keterujaan ramai peminat.

Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

Peminat setia itu mendaftarkan nama Sushant di bawah syarikat The Star Register.

Keluarga-Bekas-Pengurus-Sushant-Singh-Rajput-Minta-Hentikan-Spekulasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Jul 2020

Keluarga Bekas Pengurus Sushant Singh Rajput Minta Hentikan Spekulasi Palsu

Baru-baru ini timbul pelbagai spekulasi dan teori konspirasi kematiannya.