CLOSE
CLOSE AD

Peguam Failkan Kes Terhadap 8 Selebriti Atas Kematian Sushant Singh Rajput

  • 18 Jun 2020
Peguam-Failkan-Kes-Terhadap-8-Selebriti-Atas-Kematian-Sushant-Singh-Rajput

Kekecohan yang timbul mengenai isu nepotisme dalam industri Bollywood selepas kematian aktor Sushant Singh Rajput menjadi punca tindakan peguam Sudhir Kumar Ojha memfailkan kes terhadap lapan selebriti.

"Saya telah memfailkan kes terhadap lapan orang termasuk Karan Johar, Sanjay Leela Bhansali, Salman Khan dan Ekta Kapoor di bawah Seksyen 306, 109, 504 dan 506 Kod Penal India (IPC) berhubung kes bunuh diri aktor Sushant Singh Rajput di sebuah mahkamah di Muzaffarpur, Bihar: Peguam Sudhir Kumar Ojha.

"Saya mendapat tahu bahawa Sushant Singh Rajput telah dikeluarkan dari tujuh filem dan sesetengah filemnya tidak ditayangkan. Situasi itu memaksanya untuk mengambil tindakan keterlaluan," seperti yang tertulis di Twitter Asian News International.

Menurut dakwaan yang sebelum ini dibuat oleh ahli parlimen Parti Kongres Kebangsaan India, Sanjay Nirupam, Sushant telah menandatangi kontrak untuk tujuh filem dan kehilangan semuanya dalam tempoh enam bulan.

Dalam pada itu, seperti yang dilaporkan oleh Hindustan Times, penerbit Ekta Kapoor membalas dakwaan tersebut dengan meluahkan kekecewaannya kerana timbul teori konspirasi yang tiada bukti kukuh.

"Terima kasih kerana kes mengenai saya tidak memilih Sushant... apabila yang sebenarnya SAYA TELAH MELANCARKAN DIA. Saya sangat kecewa melihat bagaimana teori-teori ini diputar belitkan!

"Tolong biarkan keluarga dan rakan-rakan meratapi pemergiannya dengan tenang! Kebenaran akan terungkai," tulis Ekta menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram.

Untuk rekod, Sushant telah membuat debut lakonan sebagai pelakon pembantu dalam siri televisyen "Kis Desh Mein Hai Meraa Dil" di bawah terbitan syarikat produksi Ekta iaitu Balaji Telefilms.

Selepas itu, Sushant mula mengukuhkan namanya dalam industri apabila sekali lagi terlibat dengan siri televisyen terbitan Ekta berjudul "Pavitra Rishta".

(Sumber: Asian News International Twitter & Hindustan Times)
(Sumber foto: The Federal & Zoom TV)



Suggested Articles

Divvya-Chouksey-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-28-Tahun-Akibat-Kanser Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Divvya Chouksey Meninggal Dunia Pada Usia 28 Tahun Akibat Kanser

Aktres itu sempat berkongsikan nota menyayat hati Instagram sebelum kematiannya.

Kakak-Alia-Bhatt-Shaheen-Dedah-Mesej-Ugutan-Bunuh-Dan-Rogol-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Kakak Alia Bhatt, Shaheen Dedah Mesej Ugutan Bunuh Dan Rogol Di Media Sosial

Shaheen menegaskan dia akan mengambil tindakan terhadap semua pelaku.

Shabana-Azmi-Hema-Malini-Kesal-Pelakon-Veteran-Tak-Dibenarkan-Sertai-Penggambaran Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Shabana Azmi & Hema Malini Kesal Pelakon Veteran Tak Dibenarkan Sertai Penggambaran

Kerajaan India tak benarkan pelakon veteran sambung penggambaran.

Transformasi-Aktres-Bollywood-Era-90-an-Yang-Terkini Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Transformasi Aktres Bollywood Era 90-an Yang Terkini

Jom lihat perubahan wajah dan penampilan baru aktres-aktres yang disenaraikan.

Aishwarya-Rai-Daughter-Test-Positive-For-Covid-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jul 2020

Aishwarya Rai & Daughter Test Positive For Covid-19!

Aishwarya Rai and Jaya Bachan's Covid-19 test results are finally out... 

6-Selebriti-Bollywood-Yang-Kembali-Bekerja-Dalam-Tempoh-Pandemik Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

6 Selebriti Bollywood Yang Kembali Bekerja Dalam Tempoh Pandemik

Ia susulan kerajaan India melonggarkan sekatan Perintah Berkurung baru-baru ini.