CLOSE
CLOSE AD

Adakah Filem-filem Bollywood Ini Akan Ditayangkan Di Platform Digital?

  • 18 Jun 2020
Adakah-Filem-filem-Bollywood-Ini-Akan-Ditayangkan-Di-Platform-Digital

Seperti yang diketahui umum, pandemik COVID-19 telah menjejaskan industri seni hiburan di serta dunia, dan ini termasuk juga industri perfileman Bollywood. Sejak kerajaan melaksanakan Perintah Berkurung di India, para pembikin filem terpaksa menangguhkan penggambaran dan tayangan filem mereka. Namun begitu, ia tidak menjadi masalah buat mereka memandangkan kini industri mula tertumpu kepada kandungan platform digital.

Menerusi medium ini, para pembikin mendapat kelebihan dari segi pengurangan kos pemasaran, tidak berdepan masalah penapisan kandungan serta menerima penonton yang lebih ramai secara global. Malah ia juga membuka peluang baru kepada pembikin-pembikin filem kecil dan tidak komersial untuk menayangkan filem mereka.

Baru-baru ini, sebuah portal penstriman video berbayar dilaporkan ingin menayangkan sebanyak lapan buah filem baru secara dalam talian. Ia susulan kejayaan filem Amitabh Bachchan "Gulabo Sitabo" menerima sambutan ramai setelah ditayangkan di sebuah portal penstriman video berbayar yang lain. Walau bagaimanapun, adalah dimaklumkan bahawa tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh pihak portal penstriman video berkenaan mahupun daripada pihak produksi setakat ini.

"Laxmmi Bomb"

 

Dibintangi oleh Akshay Kumar, 'remake' kepada filem Tamil "Kanchana" ini menampilkan Akshay sebagai Raghav, lelaki yang dirasuk oleh hantu 'transgender' bernama Laxmmi. Laxmmi, yang kini mengganggu semua penghuni di sebuah rumah, ingin membalas dendam terhadap orang-orang yang membuat salah kepadanya. Filem arahan Raghava Lawrence ini turut dibintangi Kiara Advani, Sharad Kelkar dan Mir Sarwar. Terdahulu, tarikh tayangan filem ini berlanggar dengan filem Salman Khan "Radhe: Your Most Wanted" pada Aidilfitri 2020 dan kini difahamkan ia adalah keputusan Akshay untuk meriliskan filemnya di platform digital pada 15 Ogos 2020, bersamaan dengan Hari Kemerdekaan India.

"Bhuj: The Pride of India"

 

"Bhuj: The Pride of India" diinspirasikan dari kisah benar peperangan Indo-Pakistan pada 1971, di mana tiga ratus penduduk wanita tempatan membantu dan membaik pulih pembinaan pangkalan udara di Bhuj, Gujarat. Ajay Devgn akan membawa watak Ketua Skuadron Vijay Karnik, iaitu komando pangkalan udara tersebut Filem arahan Abhishek Dudhaiya ini turut dibintangi oleh Nora Fatehi, Sanjay Dutt, Sonakshi Sinha dan ramai lagi. Tarikh tayangan asalnya di pawagam adalah 14 Ogos 2020. Perancangan untuk merilis filem ini di platform digital membuatkan para peminat Ajay berasa hampa dan memulakan 'trend' #BoycottBhujonOTT di Twitter.

"The Big Bull"

 

Sebuah filem biopik jenayah yang dibintangi Abhishek Bachchan, bersama pelakon lain seperti Nikita Dutta, Ileana D'Cruz, Sumit Vats dan Ram Kapoor. Menurut laporan, Ajay Devgn bertindak sebagai penerbit bakal menandatangani perjanjian untuk merilis filem arahan Kookie Gulati ini di platform digital. Diinspirasikan oleh kisah benar, ia menceritakan kehidupan Harshad Mehta, broker saham yang terkenal dengan kekayaannya dan pelbagai jenayah melibatkan kewangan yang berlaku pada 1992.

"Mimi"

 

Menampilkan Kriti Sanon sebagai peneraju utama, filem arahan Laxman Utekar ini merupakan sebuah 'remake' kepada filem Marathi arahan Samroudhhi Porey berjudul "Mala Aai Vhhaychy". Ia menampilkan Kriti sebagai watak seorang ibu tumpang, serta menandakan debutnya sebagai protagonis dalam sebuah filem. Spekulasi filem ini akan dirilis di platform digital membuatkan Kriti kecewa kerana dia berharap ia akan dirilis di pawagam terlebih dahulu, memandangkan dia telah bekerja keras sebagai persiapan wataknya. "Mimi" dijangka akan ditayangkan pada Julai 2020.

"Roohi Afzana"

 

Sebelum ini, filem Janhvi Kapoor "Gunjan Saxena: The Kargil Girl" telah pun disahkan tayang di platform digital, tetapi tidak bagi filem komedi seram "Roohi Afzana". Seperti yang dilaporkan, filem arahan Hardik Mehta ini dikatakan akan ke platform digital namun ia masih belum disahkan oleh pihak produksi. Filem yang turut diterajui Rajkummar Rao dan Varun Sharma ini berkisarkan tentang hantu yang menculik pengantin perempuan ketika mereka pergi berbulan madu. Sehingga kini tarikh rilisnya masih belum ditetapkan.

"Dil Bechara"

 

Filem romantik arahan Mukesh Chhabra ini merupakan filem terakhir lakonan Sushant Singh Rajput yang meninggal dunia akibat bunuh diri baru-baru ini. Ia menyaksikan gandingan Sushant bersama aktres baru Sanjana Sanghi dan merupakan sebuah 'remake' kepada filem Hollywood terkenal "The Fault in Our Stars". Para peminat Sushant kini merayu agar pihak produksi menayangkan filem ini di pawagam untuk memperingati dan menghormati Sushant buat kali terakhir. Malah mereka turut memulakan 'trend' #DilBecharaOnBigScreen di Twitter.

"Sadak 2"

 

Filem ini merupakan sekuel kepada filem "Sadak" (1991). Ia menampilkan Sanjay Dutt sebagai watak Ravi Verma, lelaki yang mengalami kemurungan. Dia kemudian telah membantu Shreya Parekh yang mahu mendedahkan seorang guru palsu yang mengendalikan ashram. Selain Sanjay, filem arahan Mahesh Bhatt ini turut menampilkan Aditya Roy Kapur, Pooja Bhatt dan Gulshan Grover. Terdahulu, filem ini sepatutnya ditayang pada Mac 2020 namun ditunda sehingga 10 Julai 2020. Menurut laporan, pembikin filem ini telah menandatangani perjanjian untuk merilisnya di platform digital dan Mahesh pula berpendapat bahawa ia agak mustahil untuk menayangkannya di pawagam pada waktu ini.

"Lootcase"

 

Kunal Khemu membintangi filem ini sebagai Nandan Kumar, lelaki yang perlu mencari jalan penyelesaian apabila menjumpai sebuah beg penuh dengan wang tunai. Tanpa diketahuinya, terdapat tiga lagi individu yang mencari beg tersebut. Asalnya, pihak produksi membatalkan tayangan filem ini di pawagam untuk ke platform digital, namun menarik semula keputusan tersebut. Nampaknya kini mereka kembali mengubah fikiran apabila "Lootcase" dikatakan akan ke platform digital.



Suggested Articles

Divvya-Chouksey-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-28-Tahun-Akibat-Kanser Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Divvya Chouksey Meninggal Dunia Pada Usia 28 Tahun Akibat Kanser

Aktres itu sempat berkongsikan nota menyayat hati Instagram sebelum kematiannya.

Kakak-Alia-Bhatt-Shaheen-Dedah-Mesej-Ugutan-Bunuh-Dan-Rogol-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jul 2020

Kakak Alia Bhatt, Shaheen Dedah Mesej Ugutan Bunuh Dan Rogol Di Media Sosial

Shaheen menegaskan dia akan mengambil tindakan terhadap semua pelaku.

Shabana-Azmi-Hema-Malini-Kesal-Pelakon-Veteran-Tak-Dibenarkan-Sertai-Penggambaran Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Shabana Azmi & Hema Malini Kesal Pelakon Veteran Tak Dibenarkan Sertai Penggambaran

Kerajaan India tak benarkan pelakon veteran sambung penggambaran.

Transformasi-Aktres-Bollywood-Era-90-an-Yang-Terkini Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jul 2020

Transformasi Aktres Bollywood Era 90-an Yang Terkini

Jom lihat perubahan wajah dan penampilan baru aktres-aktres yang disenaraikan.

Aishwarya-Rai-Daughter-Test-Positive-For-Covid-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jul 2020

Aishwarya Rai & Daughter Test Positive For Covid-19!

Aishwarya Rai and Jaya Bachan's Covid-19 test results are finally out... 

6-Selebriti-Bollywood-Yang-Kembali-Bekerja-Dalam-Tempoh-Pandemik Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

6 Selebriti Bollywood Yang Kembali Bekerja Dalam Tempoh Pandemik

Ia susulan kerajaan India melonggarkan sekatan Perintah Berkurung baru-baru ini.