CLOSE
CLOSE AD

Salman Khan Ajak Orang Ramai Sokong Para Peminat Sushant Singh Rajput

  • 22 Jun 2020
Salman-Khan-Ajak-Orang-Ramai-Sokong-Para-Peminat-Sushant-Singh-Rajput

Bintang terkenal Salman Khan telah mengajak orang ramai, terutama para peminatnya, untuk sama-sama menyokong para peminat Sushant Singh Rajput yang sedang berduka cita dan meratapi pemergian aktor itu pada 14 Jun lalu.

"Satu permintaan kepada semua peminat saya untuk menyokong para peminat Sushant dan tidak menggunakan bahasa-bahasa kesat tetapi emosi di sebaliknya.

"Tolonglah sokong keluarga dan para peminatnya kerana kehilangan orang tersayang itu amat memeritkan," tulisnya menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Twitter baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, perkongsian yang dimuat naik oleh bintang filem "Dabangg 3" itu tidak disenangi oleh segelintir warganet yang rata-rata mengecam serta melabelnya sebagai hipokrit kerana tidak mempedulikan pelakon luar seperti Sushant.

Seperti yang dilihat menerusi Twitter, #JusticeForSushantSinghRajput dan #BoycottSalmanKhan telah tular di laman Twitter, namun para peminat Salman turut menyokongnya dengan menularkan #WeStandWithSalmanKhan.

Baru-baru ini, beberapa selebriti terkenal dalam industri perfileman Bollywood telah menjadi sasaran kecaman warganet yang juga melabel mereka sebagai hipokrit dan berpura-pura kisah tentang Sushant selepas kematiannya.

Sushant disahkan meninggal dunia di kediamannya pada 14 Jun akibat bunuh diri, yang mana dia disyaki mengalami kemurungan selama enam bulan berpunca daripada tekanan yang dihadapi sepanjang berkecimpung dalam industri.

Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap kes kematian Sushant dan menyoal siasat sekurang-kurangnya 15 orang yang mempunyai pertalian dengan aktor tersebut.

(Sumber: Salman Khan Twitter)
(Sumber foto: Times of India)



Suggested Articles

Aditya-Chopra-Minta-Siasat-Kes-Pergaduhan-Di-Set-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jan 2021

Aditya Chopra Minta Siasat Kes Pergaduhan Di Set Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Baru-baru ini berlaku kes pergaduhan antara Siddharth Anand dan kru.

Kajol-Kongsi-Kisah-Penceraian-Ibu-Bapanya-Ketika-Berusia-Empat-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jan 2021

Kajol Kongsi Kisah Penceraian Ibu Bapanya Ketika Berusia Empat Tahun

Bintang Bollywood itu bersyukur masih menerima didikan terbaik sehingga dewasa.

Kangana-Ranaut-Buka-Mulut-Tentang-Isu-Whatsapp-Arnab-Goswami Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2021

Kangana Ranaut Buka Mulut Tentang Isu Whatsapp Arnab Goswami

Bintang Bollywood itu balas tuduhan yang mengatakan dia punca timbul kacau bilau.

Abhishek-Kapoor-Dan-Pragya-Tunai-Impian-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2021

Abhishek Kapoor Dan Pragya Tunai Impian Sushant Singh Rajput

Pasangan selebriti itu sambut ulang tahun kelahiran Sushant dengan rancangan istimewa.