CLOSE
CLOSE AD

Filem Tentang Sushant Singh Rajput Bakal Direalisasikan

  • 23 Jun 2020
Filem-Tentang-Sushant-Singh-Rajput-Bakal-Direalisasikan

Pemergian aktor yang meningkat naik Sushant Singh Rajput pada 14 Jun lalu mengejutkan seluruh industri perfileman Bollywood dan kes kematiannya telah menimbulkan pelbagai tanda tanya memandangkan ia berkait rapat dengan industri itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, pembikin filem Vijay Shekhar Gupta mengumumkan bahawa dia bakal menghasilkan sebuah filem berjudul "Suicide or Murder?" di bawah syarikat produksinya VSG Binge.

Tambahan lagi, Vijay turut menampilkan sebuah poster dan poster bergerak filem itu yang dimuat naik menerusi laman Twitter syarikat produksinya baru-baru ini.

Menurut laporan dari Mumbai Mirror, Vijay menyatakan tujuannya untuk menghasilkan filem itu adalah untuk mengakhiri monopoli bintang-bintang terkenal dan syarikat-syarikat produksi dalam industri perfileman.

"Menerusi filem ini, saya akan dedahkan Bollywood sepenuhnya. Hari ini, anak-anak dari luar, walaupun mereka mampu, mereka tidak mendapat peluang yang baik kerana kumpulan yang telah terbentuk dalam industri filem.

"Saya ingin pecahkan kumpulan ini. Filem saya akan tunjukkan semua kesalahan yang dilakukan terhadap Sushant. Dia terpaksa menamatkan riwayat hidupnya sendiri. Dia telah dibuli oleh orang ramai, diboikot dan dibuang daripada beberapa filem berulang kali.

"Filem ini bukanlah sebuah biopik tetapi sekadar inspirasi kehidupan Sushant. Ia akan merungkai pelbagai rahsia dalam industri filem. Semua orang mempunyai hak yang sama dalam filem dan Bollywood, tak kira dia berasal dari keluarga Bollywood mahupun orang luar," jelasnya.

Kata Vijay lagi, filemnya bukan hanya tertumpu kepada Sushant semata-mata, tetapi ia juga akan menceritakan kisah dan nasib beberapa orang aktor yang turut berdepan cabaran yang sama.

Sushant, yang telah menjayakan filem-filem seperti "M. S. Dhoni: The Untold Story" dan "Chhichhore", ditemui tidak bernyawa di kediamannya pada 14 Jun lalu, di mana dia disyaki bunuh diri akibat mengalami kemurungan selama enam bulan.

(Sumber: Vijay Shekhar Gupta Twitter & Mumbai Mirror)
(Sumber foto: VSG Binge Twitter)

 



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Dedah-Wataknya-Dalam-Dhoom-2-Diinspirasi-Daripada-Tiga-Aktor Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Hrithik Roshan Dedah Wataknya Dalam "Dhoom 2" Diinspirasi Daripada Tiga Aktor

Bintang Bollywood itu sambut ulang tahun ke-14 filem ikonik tersebut.

Selebriti-Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Diego-Maradona Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Selebriti-Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Diego Maradona

Legenda bola sepak itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Shah-Rukh-Khan-Dan-Salman-Khan-Akan-Tampil-Dalam-Sekuel-War Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Akan Tampil Dalam Sekuel "War"?

Para peminat mungkin berpeluang menyaksikan gabungan mereka dengan Hrithik Roshan.

Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

Pengarah Richie Mehta berkongsi keterujaan atas kemenangan itu.

Deepika-Padukone-Galas-Watak-Ejen-Dalam-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Nov 2020

Deepika Padukone Galas Watak Ejen Dalam Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Aktres itu akan sertai penggambaran "Pathan" bermula pertengahan Disember ini.