CLOSE
CLOSE AD

Isteri Inder Kumar, Pallavi Dedah Aktor Itu Adalah Mangsa Nepotisme

  • 25 Jun 2020
Isteri-Inder-Kumar-Pallavi-Dedah-Aktor-Itu-Adalah-Mangsa-Nepotisme

Sejak kematian aktor Sushant Singh Rajput, isu nepotisme semakin dibangkitkan dalam industri Bollywood, dan kini isteri aktor Inder Kumar, Pallavi Sarraf, mendedahkan bahawa suaminya juga pernah menjadi mangsa nepotisme.

Menurut dakwaan Pallavi yang dikongsikan menerusi Instagram, suaminya telah diberikan harapan palsu oleh pembikin filem Karan Johar dan bintang terkenal Shah Rukh Khan.

Tulis Pallavi, suaminya telah berdepan pelbagai cabaran dan pergelutan untuk mencari kerja dalam industri perfileman Bollywood sebelum meninggal dunia akibat serangan jantung pada tiga tahun lalu.

"Seperti Sushant Singh Rajput, suami saya yang juga aktor Inder Kumar mencipta namanya dengan usaha sendiri. Dia berada di puncak kariernya pada tahun 90-an. Saya masih ingat dia meminta kerja kepada dua nama besar sebelum meninggal dunia.

"Pada ketika itu dia telah pun terlibat dengan projek-projek kecil tetapi dia ingin bintangi filem-filem besar. Dia pergi bertemu Karan Johar bersama saya. Di hadapan saya semuanya berlaku. Kami terpaksa menunggu di luar vannya selama dua jam.

"Pengurusnya Garima memberitahu Karan sedang sibuk tetapi kami tetap tunggu sehingga dia keluar. Dia suruh Inder terus berhubung dengan Garima kerana buat masa itu tiada kerja untuk Inder. Selama 15 hari Inder diberitahu tiada kerja untuknya sebelum nombornya disekat.

"Perkara yang sama berlaku dengan Shah Rukh Khan. Dia memberitahu dia akan menghubungi Inder dalam tempoh seminggu. Ia berlaku di set penggambaran "Zero". Kemudian Inder diminta untuk berhubung dengan pengurusnya Pooja. Apa yang Pooja buat sama seperti Garima," katanya yang dipetik dari Republic World.

Tambah Pallavi lagi, dia seakan tidak percaya yang dua syarikat produksi besar tiada menawarkan peluang pekerjaan dan menyoalkan mengapa sukar untuk mereka membantu individu-individu berbakat.

Dalam pada itu, Pallavi turut berharap agar isu nepotisme dapat dihentikan dan orang-orang ternama sedar akan kesannya terhadap pelakon-pelakon atau bakat-bakat baru. Dia turut bercadang supaya kerajaan mengambil tindakan terhadap orang-orang sebegitu.

Untuk rekod, Inder pernah membintangi beberapa filem Bollywood seperti "Baaghi", "Kahin Pyaar Na Ho Jaaye", "Hathyar", "Paying Guests" dan "Wanted".

(Sumber: Republic World)
(Sumber foto: Times of India)



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Dedah-Wataknya-Dalam-Dhoom-2-Diinspirasi-Daripada-Tiga-Aktor Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Hrithik Roshan Dedah Wataknya Dalam "Dhoom 2" Diinspirasi Daripada Tiga Aktor

Bintang Bollywood itu sambut ulang tahun ke-14 filem ikonik tersebut.

Selebriti-Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Diego-Maradona Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Selebriti-Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Diego Maradona

Legenda bola sepak itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Shah-Rukh-Khan-Dan-Salman-Khan-Akan-Tampil-Dalam-Sekuel-War Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Akan Tampil Dalam Sekuel "War"?

Para peminat mungkin berpeluang menyaksikan gabungan mereka dengan Hrithik Roshan.

Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

Pengarah Richie Mehta berkongsi keterujaan atas kemenangan itu.

Deepika-Padukone-Galas-Watak-Ejen-Dalam-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Nov 2020

Deepika Padukone Galas Watak Ejen Dalam Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Aktres itu akan sertai penggambaran "Pathan" bermula pertengahan Disember ini.