CLOSE
CLOSE AD

Fakta-Fakta Menarik Tentang Kehidupan Tabu

  • 29 Jun 2020
Fakta-Fakta-Menarik-Tentang-Kehidupan-Tabu

Tabassum Fatima Hashmi, atau lebih dikenali sebagai Tabu, merupakan seorang aktres berbakat besar yang telah menjayakan filem-filem seperti "Maachis", "Kalapani", "Astitva", "Chandni Bar", Maqbool, "Cheeni Kum", "Haider", "Drishyam" dan "Life of Pi". Seperti yang dilihat menerusi filem-filemnya, aktres ini berupaya untuk menggalas segala jenis watak. Tabu membuktikan dirinya adalah seorang aktres versatil dan wanita berdikari.

Berjaya dalam kariernya sebagai penggiat seni, tetapi bagaimana pula soal cinta dan perkahwinan? Menerusi entri kali ini, kami akan kongsikan fakta-fakta menarik tentang kehidupan aktres versatil ini, termasuk mengenai kisah-kisah cintanya bersama tiga individu terkenal di Bollywood!

Berbakat dalam membintangi filem pelbagai bahasa

Membuat debut dalam industri perfileman Bollywood menerusi filem "Hum Naujawan" (1985), kini Tabu telah membintangi pelbagai filem berbeza genre dan bahasa. Biarpun majoriti filem lakonannya berbahasa Hindi, namun Tabu juga terkenal di industri perfileman India Selatan dengan filem-filem berbahasa Telugu, Tamil, Marathi, Malayalam dan Bengali. Bukan itu sahaja, Tabu juga pernah membintangi filem Inggeris "Hanuman" (1998), "The Namesake" (2006) dan "Life of Pi" (2012). Filem "The Namesake" yang turut dibintangi Irrfan Khan itu telah menerima reaksi dan rumusan positif daripada para pengkritik filem di Amerika Syarikat.

Rakan baik dalam industri perfileman

Sebagai seorang wanita bekerjaya, Tabu jarang ada waktu untuk menghadiri majlis-majlis sosial memandangkan jadual kerjanya selalu padat. Biarpun begitu, Tabu masih mempunyai rakan-rakan baik dalam industri yang rapat dengannya iaitu pengarah Farah Khan dan aktor terkenal Ajay Devgn. Buat pengetahuan lanjut, Tabu dan Ajay sama-sama membesar dalam kawasan kejiranan yang sama, jadi tidak hairanlah jika mereka mempunyai hubungan persahabatan yang akrab. Kata Tabu, Ajay juga menjadi punca dia masih bujang kerana Ajay dan sepupunya Sameer Arya, akan membuli mana-mana lelaki yang ingin mengenalinya.

Pendapat tentang perkahwinan dan anak

Biarpun usianya sudah mencecah 40-an, namun Tabu masih bujang. Walau bagaimanapun, dia sentiasa terbuka untuk berbicara soal perkahwinan, tetapi tidak menganggap ia sebagai satu keperluan dalam hidup. Selain itu, Tabu turut berpendapat bahawa setiap wanita layak untuk bergelar ibu, tidak kira sama ada dia mempunyai suami ataupun tidak. "Tiada siapa boleh halang saya jika saya ingin mempunyai anak walaupun tidak berkahwin. Tetapi saya tidak berhasrat untuk mengasingkan seorang anak itu daripada ibu dan bapanya," katanya.

Kisah cinta Tabu

Bercakap mengenai soal cinta, Tabu dilihat sentiasa terbuka untuk berkongsikan kisah cintanya. Bermula dengan cinta pertamanya bersama aktor Sanjay Kapoor, yang mana kedua-duanya mula rapat selepas membintangi filem "Prem" (1995). Orang ramai tahu akan hubungan mereka walaupun kedua-duanya tidak pernah membuka mulut. Walau bagaimanapun, cinta mereka tidak berkekalan dan kedua-duanya tidak lagi bertegur sapa selepas berpisah, tanpa diketahui sebabnya.

Lelaki kedua yang hadir dalam hidupnya adalah pembikin filem Sajid Nadiadwala. Hubungan cinta mereka bermula selepas Sajid kehilangan isterinya yang juga aktres Divya Bharti, yang meninggal dunia akibat terjatuh dari balkoni pangsapurinya. Divya juga berkawan rapat dengan Tabu. Tabu dan Sajid bekerjasama buat pertama kali menerusi filem "Jeet" (1996). Biarpun kedua-duanya berkongsi keserasian, namun lama-kelamaan perasaan cinta Tabu terhadap Sajid mula hilang.

Hubungan cinta Tabu bersama aktor Nagarjuna memberi pengajaran dalam hidupnya. Semuanya bermula selepas mereka membintangi filem Telugu "Aavida... Maa Aavide". Kedua-duanya meneruskan hubungan mereka walaupun Nagarjuna sudah berkahwin dan Tabu masih bersama Sajid. Sajid membuat keputusan untuk undur diri selepas menyedari Tabu tidak akan berpaling kepadanya lagi. Isteri Nagarjuna juga tidak mempercayai spekulasi tentang hubungan sulit mereka, lebih-lebih lagi apabila Nagarjuna sering menafikannya kepada media.

10 tahun menjalinkan hubungan bersama Nagarjuna, tetapi lelaki itu tidak pernah mengajaknya berkahwin menjadi faktor untuk Tabu undur diri. Kegagalan dalam percintaan tidak menghalang Tabu untuk terus kuat menempuh kehidupannya, malah dia dipandang sebagai seorang wanita berdikari.



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Dedah-Wataknya-Dalam-Dhoom-2-Diinspirasi-Daripada-Tiga-Aktor Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Hrithik Roshan Dedah Wataknya Dalam "Dhoom 2" Diinspirasi Daripada Tiga Aktor

Bintang Bollywood itu sambut ulang tahun ke-14 filem ikonik tersebut.

Selebriti-Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Diego-Maradona Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Selebriti-Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Diego Maradona

Legenda bola sepak itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Shah-Rukh-Khan-Dan-Salman-Khan-Akan-Tampil-Dalam-Sekuel-War Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Akan Tampil Dalam Sekuel "War"?

Para peminat mungkin berpeluang menyaksikan gabungan mereka dengan Hrithik Roshan.

Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

Pengarah Richie Mehta berkongsi keterujaan atas kemenangan itu.

Deepika-Padukone-Galas-Watak-Ejen-Dalam-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Nov 2020

Deepika Padukone Galas Watak Ejen Dalam Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Aktres itu akan sertai penggambaran "Pathan" bermula pertengahan Disember ini.