CLOSE
CLOSE AD

Karan Patel Jadi Mr. Bajaj Dalam "Kasautii Zindagii Kay 2"

  • 30 Jun 2020
Karan-Patel-Jadi-Mr-Bajaj-Dalam-Kasautii-Zindagii-Kay-2

Aktor televisyen Karan Patel menjadi pilihan penerbit untuk menggantikan tempat Karan Singh Grover bagi menggalas watak ikonik Mr. Bajaj dalam siri televisyen "Kasautii Zindagii Kay 2" terbitan Ekta Kapoor.

Buat pengetahuan lanjut, Karan berjaya mencipta nama selepas menjayakan watak Mr. Bhalla dalam siri televisyen, juga terbitan Ekta Kapoor, berjudul "Yeh Hai Mohabbatein" bermula 2013 hingga 2019.

"Mr. Bajaj adalah satu watak ikonik dan ia telah berada dalam minda orang ramai selama bertahun-tahun. Jadi, saya berbangga dapat mengisi ruang yang Ronit Roy dan Karan Singh Grover tinggalkan dan membawanya dengan cara saya tersendiri.

"Saya ingin menjadikan watak ini ikonik dan disayangi ramai seperti mana yang saya lakukan terhadap watak Mr. Bhalla selama enam tahun," ujarnya yang dipetik menerusi laporan Hindustan Times.

Dalam musim pertama, Karan telah menggalas watak sebagai rakan kepada anak Mr. Bajaj dan berpeluang untuk membawa watak Mr. Bajaj dalam musim kedua siri itu adalah berita gembira buatnya.

Selain Karan, siri itu turut dibintangi oleh Erica Fernandes, Parth Samthaan, Aamna Sharif dan ramai lagi. Seperti musim pertama, ia turut menampilkan tetamu jemputan iaitu Rupali Ganguly, Sudhanshu Pandey dan Muskan Bamne.

Di samping membintangi siri televisyen, Karan juga merupakan peserta program aksi lagak ngeri Fear Factor: Khatron Ke Khiladi 10. Kali terakhir dia dilihat di layar perak adalah pada 2018 menerusi filem "Phamous".

(Sumber: Hindustan Times)
(Sumber foto: Social News)



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Dedah-Wataknya-Dalam-Dhoom-2-Diinspirasi-Daripada-Tiga-Aktor Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Hrithik Roshan Dedah Wataknya Dalam "Dhoom 2" Diinspirasi Daripada Tiga Aktor

Bintang Bollywood itu sambut ulang tahun ke-14 filem ikonik tersebut.

Selebriti-Selebriti-Bollywood-Beri-Tribute-Kepada-Diego-Maradona Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Selebriti-Selebriti Bollywood Beri Tribute Kepada Diego Maradona

Legenda bola sepak itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Shah-Rukh-Khan-Dan-Salman-Khan-Akan-Tampil-Dalam-Sekuel-War Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Akan Tampil Dalam Sekuel "War"?

Para peminat mungkin berpeluang menyaksikan gabungan mereka dengan Hrithik Roshan.

Delhi-Crime-Dinobat-Sebagai-Siri-Drama-Terbaik-Di-Anugerah-Emmy-Antarabangsa-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 26 Nov 2020

"Delhi Crime" Dinobat Sebagai Siri Drama Terbaik Di Anugerah Emmy Antarabangsa 2020

Pengarah Richie Mehta berkongsi keterujaan atas kemenangan itu.

Deepika-Padukone-Galas-Watak-Ejen-Dalam-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Nov 2020

Deepika Padukone Galas Watak Ejen Dalam Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Aktres itu akan sertai penggambaran "Pathan" bermula pertengahan Disember ini.