CLOSE
CLOSE AD

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

  • 02 Jul 2020
BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai

Sudah masuk separuh kedua tahun 2020 dan kali ini saluran Astro BollyOne HD membawakan lima filem Bollywood menarik yang boleh ditonton di kaca TV anda! Filem-filem ini akan ditayangkan sepanjang bulan Julai.

Filem-filem yang terdiri daripada genre aksi, romantik, komedi dan seram ini menampilkan barisan pelakon terhebat Bollywood seperti Kriti Sanon, Arjun Kapoor, Vikram Bhatt, Sunny Singh, Kartik Aaryan, Sara Ali Khan, Randeep Hooda, Neeraj Sood dan Sanaya Irani.

Bagi para penonton yang tidak melanggan saluran BollyOne HD, jangan bimbang, anda kini boleh melanggannya dengan hanya serendah RM5 sebulan untuk menikmati semua filem yang disenaraikan ini!

"Panipat"

 

Berlatarbelakangkan kurun ke 18, di mana berlakunya peperangan ketiga antara Empayar Maratha dan Raja Afghanistan, Ahmad Shah Abdali, pada 14 Januari 1761. Maratha merupakan empayar paling berkuasa, sehinggalah Raja Ahmad Shah Abdali merancang untuk menguasai India. Perdana Menteri Maratha, yang juga dikenali sebagai Peshwa, kemudiannya memerintahkan Sadashiv Rao Bhau untuk menghalang raja tersebut.

Filem epik sejarah peperangan ini diarahkan oleh Ashutosh Gowarikar. Ia menceritakan tentang apa yang berlaku ketika Peperangan Ketiga Panipat. Ia dibintangi oleh Arjun Kapoor, Sanjay Dutt, Kriti Sanon, Mantra, Kunal Kapoor, Mohnish Bahl, serta kemunculan semula Zeenat Aman.

Tarikh tayangan: 2 Julai (9:00 PM)

"Ujda Chaman"

 

Rambut bukan sahaja mahkota perempuan, tetapi juga lelaki! Filem komedi arahan Abhishek Pathak ini mengisahkan kehidupan seorang pensyarah berusia 30 tahun, Chaman Kohli, yang menghidap penyakit alopesia, iaitu keguguran rambut yang kritikal.

Dapatkah Chaman mencari jalan penyelesaian untuk masalahnya demi mencari calon isteri sebelum hari jadinya yang ke-31? Filem ini menapilkan barisan pelakon seperti Sunny Singh, Maanvi Gagroo, Saurabh Shukla, Atul Kumar, Grusha Kapoor, Gagan Arora dan Rajendra Chawla.

Tarikh tayangan: 9 Julai (9:00 PM)

"Yahan Sabhi Gyani Hai"

 

Pappu Tiwari menanggung keluarganya dengan menjual tanah-tanah miliknya. Apabila dia ingin menjual tanah terakhir warisan keluarganya, dia bermimpikan mendiang ibunya dan percaya terdapat harta karun di dalam tanah tersebut. Oleh sebab itu, dia sanggup menolak tawaran orang lain untuk membeli tanah berkenaan dan merancang perkahwinan anak perempuannya.

Situasi menjadi kelam kabut apabila keluarganya tidak menjumpai harta karun itu dan tarikh majlis perkahwinan anaknya semakin hampir. Diarahkan oleh Anant Tripathi, filem ini merupakan sebuah komedi berunsur sindiran. Ia dibintangi barisan pelakon seperti Atul Srivastava, Neeraj Sood, Apoorva Arora, Shashi Ranjan dan Meena Naithani.

Tarikh tayangan: 16 Julai (9:00 PM)

"Love Aaj Kal 2"

 

Filem romantik arahan Imtiaz Ali ini menampilkan gandingan serasi Kartik Aaryan dan Sara Ali Khan sebagai pasangan kekasih. Ia dianggap sebagai 'spiritual successor' kepada filem "Love Aaj Kal" (2009) yang dibintangi Saif Ali Khan dan Deepika Padukone, yang turut diarahkan oleh Imtiaz Ali.

Ia berkisarkan tentang kisah cinta dua pasangan dari tahun 1990 hingga 2020. Pasangan Raj dan Leena berdepan tentangan masyarakat, sementara Zoe dan Veer perlu menyeimbangkan komitmen antara kerja dan hubungan mereka.

Tarikh tayangan: 23 Julai (9:00 PM)

"Ghost"

 

Filem aksi sudah, filem romantik pun sudah. Kali ini apa kata anda tonton filem seram pula dengan "Ghost", arahan Vikram Bhatt. Vikram turut menggalas watak penting dalam filem ini. Selain Vikram, ia turut menampilkan pelakon lain seperti Sanaya Irani, Shivam Bhaargava, Caroline Wilde, Gary Heron, Rabia Maddah dan Ameet Channa.

Ikuti kisah tentang Karan Khanna, seorang ahli politik India berpengkalan di United Kingdom, yang dituduh membunuh isterinya. Namun dia memberitahu peguamnya bahawa terdapat roh jahat yang melakukan pembunuhan itu dan ia yang sepatutnya dibicarakan. Sejauh manakah kebenaran yang diceritakan oleh Karan?

Tarikh tayangan: 30 Julai (9:00 PM)



Suggested Articles

Bapa-Sushant-Singh-Rajput-Failkan-FIR-Terhadap-Rhea-Chakraborty Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Jul 2020

Bapa Sushant Singh Rajput Failkan FIR Terhadap Rhea Chakraborty

Bapa Sushant turut membuat beberapa tuduhan berat lain terhadap aktres tersebut.

Pengarah-Aksi-Bollywood-Parvez-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-55-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Pengarah Aksi Bollywood Parvez Khan Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

Difahamkan Parvez menderita serangan jantung pada malam sebelum kematiannya.

Kakak-Sushant-Singh-Rajput-Shweta-Singh-Kirti-Kongsi-Kenangan-Kanak-Kanak-Mereka Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Kakak Sushant Singh Rajput, Shweta Singh Kirti Kongsi Kenangan Kanak-Kanak Mereka

Shweta masih dibayangi kisah silam bersama adik kesayangannya itu.

Shekhar-Kapur-Sokong-Bakat-Dan-Kerjaya-AR-Rahman Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Shekhar Kapur Sokong Bakat Dan Kerjaya AR Rahman

Baru-baru ini AR Rahman mendakwa kerjanya dalam Bollywood berkurang akibat mendapat tentangan.

Hina-Khan-Dan-Mohit-Malhotra-Digandingkan-Semula-Dalam-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Hina Khan Dan Mohit Malhotra Digandingkan Semula Dalam "Naagin 5"

Ia sekaligus menjawab persoalan para peminat mengenai pelakon siri tersebut.