CLOSE
CLOSE AD

Para Peminat Raikan Hari Ulang Tahun Kelahiran Ranveer Singh Di Media Sosial

  • 06 Jul 2020
Para-Peminat-Raikan-Hari-Ulang-Tahun-Kelahiran-Ranveer-Singh-Di-Media-Sosial

Nama Ranveer Singh tidak asing lagi dalam industri perfileman Bollywood, di mana di sudah berkecimpung dalam bidang lakonan sejak dua dekad lalu menerusi filem debutnya "Band Baaja Baaraat".

Selain menjayakan pelbagai jenis watak dan genre filem seperti "Bajirao Mastani" dan "Simmba", suami kepada bintang terkenal Deepika Padukone ini juga terkenal sebagai ikon fesyen lelaki dan mempunyai personaliti yang menarik.

Kejayaannya disertakan dengan empat Anugerah Aktor Terbaik Filmfare bagi filem "Band Baaja Baaraat", "Bajirao Mastani", "Padmaavat" dan "Gully Boy", serta beberapa anugerah berprestij yang lain.

Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-35 pada hari ini (6 Julai), para peminat dilihat membanjiri media sosial dengan ucapan-ucapan istimewa dan mewujudkan #HappyBirthdayRanveerSingh yang 'trending' di Twitter.

Dalam pada itu, penantian para peminat bakal berakhir apabila Ranveer akan muncul dengan tiga buah filem baru yang akan ditayangkan pada tahun ini iaitu "83", "Sooryavanshi" dan "Jayeshbhai Jordaar".

Pada kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan selamat hari jadi dan semoga sihat sejahtera kepada Ranveer Singh!

(Sumber: Twitter)
(Sumber foto: Grazia)



Suggested Articles

Bapa-Sushant-Singh-Rajput-Failkan-FIR-Terhadap-Rhea-Chakraborty Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Jul 2020

Bapa Sushant Singh Rajput Failkan FIR Terhadap Rhea Chakraborty

Bapa Sushant turut membuat beberapa tuduhan berat lain terhadap aktres tersebut.

Pengarah-Aksi-Bollywood-Parvez-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-55-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Pengarah Aksi Bollywood Parvez Khan Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

Difahamkan Parvez menderita serangan jantung pada malam sebelum kematiannya.

Kakak-Sushant-Singh-Rajput-Shweta-Singh-Kirti-Kongsi-Kenangan-Kanak-Kanak-Mereka Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Kakak Sushant Singh Rajput, Shweta Singh Kirti Kongsi Kenangan Kanak-Kanak Mereka

Shweta masih dibayangi kisah silam bersama adik kesayangannya itu.

Shekhar-Kapur-Sokong-Bakat-Dan-Kerjaya-AR-Rahman Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Shekhar Kapur Sokong Bakat Dan Kerjaya AR Rahman

Baru-baru ini AR Rahman mendakwa kerjanya dalam Bollywood berkurang akibat mendapat tentangan.

Hina-Khan-Dan-Mohit-Malhotra-Digandingkan-Semula-Dalam-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Hina Khan Dan Mohit Malhotra Digandingkan Semula Dalam "Naagin 5"

Ia sekaligus menjawab persoalan para peminat mengenai pelakon siri tersebut.