CLOSE
CLOSE AD

Ibu Jiah Khan Dakwa Kes Kematian Sushant Singh Rajput Sama Seperti Kes Anaknya

  • 06 Jul 2020
Ibu-Jiah-Khan-Dakwa-Kes-Kematian-Sushant-Singh-Rajput-Sama-Seperti-Kes-Anaknya

Sudah lebih sebulan sejak kematian aktor Sushant Singh Rajput namun pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap punca Sushant mengambil tindakan drastik dan membunuh diri akibat tekanan daripada industri perfileman.

Sehubungan dengan itu, ibu kepada aktres Jiah Khan, Rabia Khan, berpendapat bahawa kes kematian Sushant tidak jauh beza dengan kes anaknya, yang ditemui mati bunuh diri pada 3 Jun 2013.

"Senarionya sama, cara kematiannya sama, orang-orang yang terlibat juga sama. Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, kita tidak tahu sama ada mereka mengumpul atau memusnahkan bahan bukti.

"Selepas tujuh tahun, kami mendapati pihak polis mengganggu semua bahan bukti. Siapa orang atasan pihak polis? Siapa orang atasan perundangan? Pasti ada seseorang daripada pihak atasan polis yang tak buat kerja," katanya yang dipetik dari Republic World.

Selama bertahun-tahun Rabia cuba menegakkan kebenaran di sebalik kematian Jiah yang dia percaya ia bukanlah kes bunuh diri tetapi satu pembunuhan. Malah Rabia juga pernah mengupah pakar forensik British Jason Payne-James untuk membantu siasatan pada 2016.

Menurut Rabia lagi, parut jerutan pada leher Sushant, yang sama seperti Jiah, tidak mungkin berpunca daripada kain dan asfiksia seperti laporan bedah siasat juga dipercayainya sebagai salah satu helah pihak polis.

Berikutan kes kematian Jiah, satu nota bunuh diri telah ditemui dan mengandungi nama teman lelakinya yang juga aktor Sooraj Panchooli. Sooraj telah dipenjara dan kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.

Terdahulu, Rabia mendedahkan seorang pegawai Biro Siasatan Pusat India (CBI) mendakwa bahawa Salman Khan telah menghubunginya dan meminta untuk tidak mengganggu Sooraj.

Susulan itu, Rabia meminta supaya semua bintang Bollywood menentang persekitaran yang dianggap toksik dalam industri serta tidak membenarkan pihak-pihak atasan mensabotaj siasatan yang dijalankan.

(Sumber: Republic World)
(Sumber foto: India TV News & Huffington Post)



Suggested Articles

Bapa-Sushant-Singh-Rajput-Failkan-FIR-Terhadap-Rhea-Chakraborty Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Jul 2020

Bapa Sushant Singh Rajput Failkan FIR Terhadap Rhea Chakraborty

Bapa Sushant turut membuat beberapa tuduhan berat lain terhadap aktres tersebut.

Pengarah-Aksi-Bollywood-Parvez-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-55-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Pengarah Aksi Bollywood Parvez Khan Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

Difahamkan Parvez menderita serangan jantung pada malam sebelum kematiannya.

Kakak-Sushant-Singh-Rajput-Shweta-Singh-Kirti-Kongsi-Kenangan-Kanak-Kanak-Mereka Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Kakak Sushant Singh Rajput, Shweta Singh Kirti Kongsi Kenangan Kanak-Kanak Mereka

Shweta masih dibayangi kisah silam bersama adik kesayangannya itu.

Shekhar-Kapur-Sokong-Bakat-Dan-Kerjaya-AR-Rahman Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Shekhar Kapur Sokong Bakat Dan Kerjaya AR Rahman

Baru-baru ini AR Rahman mendakwa kerjanya dalam Bollywood berkurang akibat mendapat tentangan.

Hina-Khan-Dan-Mohit-Malhotra-Digandingkan-Semula-Dalam-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Jul 2020

Hina Khan Dan Mohit Malhotra Digandingkan Semula Dalam "Naagin 5"

Ia sekaligus menjawab persoalan para peminat mengenai pelakon siri tersebut.