CLOSE
CLOSE AD

Peminat Namakan Sebutir Bintang Atas Nama Sushant Singh Rajput

  • 07 Jul 2020
Peminat-Namakan-Sebutir-Bintang-Atas-Nama-Sushant-Singh-Rajput

Sebagai tanda peringatan buat idola kesayangan, seorang peminat setia Sushant Singh Rajput menamakan sebutir bintang atas nama aktor itu di bawah pendaftaran The Star Register.

Buat pengetahuan lanjut, The Star Registry adalah sebuah syarikat berpengkalan di Illinois yang membenarkan orang awam untuk mendaftarkan nama bintang mengikut kesukaan sendiri.

Sesiapa yang berminat boleh mendaftar dan memaklumkan koordinat bintang dengan bayaran $48 (RM205.18) bagi sebutir bintang.

"Sejak mula lagi Sushant meminati bintang-bintang jadi saya namakan sebutir bintang atas namanya. Saya berasa diberkati kerana pernah menyaksikan seseorang berjiwa indah. Semoga kamu terus kekal bersinar!" tulis peminat bernama Raksha itu di Twitter.

Sehubungan dengan itu, Raksha turut berkongsikan sijil berdaftar yang disertakan dengan nota peribadi khas buat aktor filem "M. S. Dhoni: The Untold Story" tersebut.

Para peminat Sushant pasti sedia maklum bahawa aktor itu sememangnya mempunyai minat mendalam terhadap bidang astronomi, malah dia juga pernah terlibat dengan latihan khas di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

Lebih menarik lagi, Sushant juga memiliki sebidang tanah di bulan bernama Mare Muscoviense atau 'Sea of Muscovy', yang dibeli dari syarikat International Lunar Lands Registry pada 2018.

Sushant meninggal dunia pada usia 34 tahun selepas ditemui mati bunuh diri di kediamannya pada 14 Jun lalu. Siasatan mendapati Sushant mengalami kemurungan sebelum kematiannya.

(Sumber: Raksha Twitter)
(Sumber foto: CDN Siasat & Raksha Twitter)



Suggested Articles

Aditya-Chopra-Minta-Siasat-Kes-Pergaduhan-Di-Set-Filem-Shah-Rukh-Khan-Pathan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jan 2021

Aditya Chopra Minta Siasat Kes Pergaduhan Di Set Filem Shah Rukh Khan, "Pathan"

Baru-baru ini berlaku kes pergaduhan antara Siddharth Anand dan kru.

Kajol-Kongsi-Kisah-Penceraian-Ibu-Bapanya-Ketika-Berusia-Empat-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jan 2021

Kajol Kongsi Kisah Penceraian Ibu Bapanya Ketika Berusia Empat Tahun

Bintang Bollywood itu bersyukur masih menerima didikan terbaik sehingga dewasa.

Kangana-Ranaut-Buka-Mulut-Tentang-Isu-Whatsapp-Arnab-Goswami Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2021

Kangana Ranaut Buka Mulut Tentang Isu Whatsapp Arnab Goswami

Bintang Bollywood itu balas tuduhan yang mengatakan dia punca timbul kacau bilau.

Abhishek-Kapoor-Dan-Pragya-Tunai-Impian-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2021

Abhishek Kapoor Dan Pragya Tunai Impian Sushant Singh Rajput

Pasangan selebriti itu sambut ulang tahun kelahiran Sushant dengan rancangan istimewa.